FOLLOWERS

Saturday, November 13, 2010

Eksaited !

Green Carpet
Kalau sebut pasal cuti, lajuuu je kita nak balik kampung. Ye tak? Jangan nak berdalih lagi, sume excited cam cipan nak beranak time nak balik kampung. Gelisah komain lagi, nak beli tiket bus la, nk booking flight la, nak tumpang member la, nak konvoi la, etc..

Di Green Carpet aku jumpe mende nih. Seriously, aku taktau pape pun pasal offer AirAsia ni. Almaklumlah kan, balik kampung bukan naik kapal tube. HAHAHA. Baca punya baca, aku bagitau member Klate aku yang selalu duk balik sekali.

And yeah, she's asking me for this ticket. Suruh aku booking. Harga memang berbaloi, free of ticket, RM6 taxes. Tapi tak tambah lagi laa dengan harga luggage sume tuh. Lebih kurang je kalo naik bus pun. Maybe dengan offer AirAsia kali ni ramai gilerr booking kan? Aku nak booking jugak, tapi on what date should i go? Joe assumed 31 Ogos 2011 tu raya puasa, tapi dekat dekat tarikh tu aku maybe tengah midterm exam, and maybe balik lagi awal. Kalo takde midterm, balik lewat. So, takleh nak decide la nih jawapannya. Haishh..

Discuss punya discuss dengan member, kitorang give up dengan AirAsia. Offer memang best, tapi taknak leburkan timing derr. Nak amik exam awal? Jangan harap, pale otak jemm study awal pada orang nih. At the same time, aku terlupa bahawasanya bulan Februari tahun depan, FireFly dah available di Kuantan. Woah. Terus cancel AirAsia. Kita fly bersama FireFly.

Bukan ape, if AirAsia, kitorang kena pegi KL dulu. Penat pun ye, almost 4 hours. Makan duit banyak pun ye, tiket bus RM20 ke Hentian Putra, tak kira lagi nak gi KL Sentral sume tuh kan. Kalo korang kate kitorang kedekut, yes memang kedekut ! Walaupun seringgit, aku tetap berkira. Jangan tanya kenapa, ini lumrah kehidupan aku dan mereka. (majoriti orang chop budak accounting kedekut, what da heck!) Cut cost ! Cut cost ! Haishh.. Derr, agak tension mendengar perkataan Cut Cost tuh. HAHA. Tapi konsep tu la jadi panduan pekerjaan nanti. =)

Kesimpulannya, cuti sem 5 nanti kita akan terbang bersama FireFly ye anak-anak. Muadzam Shah-Kuantan dekat je, kalo aku yang drive mungkin sejam lebih. Kalo orang lain drive sejam setengah. Kalo naik bus dua jam terus ! Hehe.. Tu lain cerita, yang pasti kita merasa pulang ke kampung dengan FireFly. Tak penah merasa lagi nih dengan FireFly. MAS dah, AirAsia dah. Jejak kaki ke airport Kuantan pun tak penah lagi. Wiwwiiittt... 

No comments: