Jumaat tiba lagi. Penghulu segala hari. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, hingga ke hari ini, aku, keluargaku, saudara maraku, sahabat handaiku, rakan-rakan seperjuanganku, masih diberikan nafas untuk merasa dan melihat keindahan ciptaan Tuhan. =)
Perkara kurang baik akan dilakukan hari Jumaat ni, mencuci mata. HAHA. Taknak dah post dekat wall, "saya suka tengok lelaki pakai baju melayu dan bersampin. Hensemmm.. Hari jumaat blablablabla.." Sekali buat post gedik macam tu berpuluh-puluh datang like. Dengan adik-adik aku sekali like status tuh. Tapi hari ni tak sempat nak mencuci mata, sebab bangun lambat. Grrr..
Selalunya lepas solat Jumaat, ramai la jugak yang lepak kat masjid MS. Tapi tadi bile aku and the kawans nak pegi solat Zohor kat masjid (sebab tak sempat patah balik umah after lunch), masjid dah kosong.. Haih.. Walaubagaimanapun, muka kitorang berempat ni sangat femes ye di masjid. Makcik, pakcik yang selalu duk kat masjid dah cam. =) Selalu merayau kat luar, keluar pagi balik petang, manenye nak sempat solat kat umah. Ape lagi, bertandang ke masjid la jawabnye.
Ok, berbalik kepada tajuk entry ni yang memang gedik bunyinye.
Aku gedik? Yes i am. Berapa kali aku nak taip, aku gedik.
Tapi kegedikan aku takleh lawan kegedikan seorang lelaki ni kau tawu? Lelaki ni, mak aihh.. Gatai !
Asal nampak pompuan cantekk, lawa, terus approach. Pulak tu pandai pandai mengayat mintak number.
Gedik la tu kan? Lagi gedik daripada aku yang tak melayan. Aku geli dengan lelaki gedik.
Nak termuntah baca ayat-ayat lelaki gedik ni. Susun punya susun, last-last nak mintak number je pown.
Dan aku terbaca blog post Cik Linn,berkaitan dengan lelaki. Cik Linn tak bajet, tapi Cik Linn menyampah.
Yes ! That's what a girls supposed to be. Asal tak melayan lelaki je, dikatakan bajet?
Hiyahh..!! dushh dushh dushhh.. ! Aku kasi penumbuk tiga alam untuk lelaki yang tuduh Cik Linn macam tu.
Itu lain, pompuan dituduh bajet. Ni aku nak tuduh lelaki bajet. Eh, bukan bajet, tapi buaya !
Aku tak faham dengan lelaki macam ni. Korang? Hope to hear that, kawan kawan aku tak mewarisi jenis yang macam ni. Berkawan, tak lama pun, just kenal baca baca profile je, ter'add' mana-mana, terdengar cerita daripada kawan, terus mintak mintak number fon? Sakit jiwakah?
Tak tahu apa motif. Nak berkawan dengan lebih rapat? Auwww.. Berjutanya kawan pompuan kau ! HAHA.
Pastu bila pompuan tu taknak bagi number fon, dikatanya pompuan tu berlagak.
Hello, die bukan berlagak but you tu yang gatai. (silalah terasa)
Plizz la, zaman dah berubah. Bila berperangai macam tu, pompuan boleh detect la you ni jenis macam mane.
Or else, die ade pengalaman dengan lelaki macam tu. Jakunnya lelaki yang taksub dengan wanita.
If you ikhlas sekalipun, it's not a '3 days' untuk mintak number fon laaa.
Berkawan lah dulu. Mungkin pompuan tu salah anggap, bersangka buruk dengan you.
Tapi itu vice versa kan?
Pompuan, bukan buta. Pompuan, bukan tak bijak.
Ok, aku nak bersangka baik ni.
Maybe lelaki buat macam tu sebab nak pilih calon yang terbaik. Betul tak?
Bila dah ramai kawan pompuan, mintak number fon sana sini, dapat mesej mesej, dapat usik usik (auww gedik nak lempang je), mesti la jatuh hati kat mane mane kan?
Berkawan memang beribu, tapi kita guna logik akal sikit laa kan. Correct me if i'm wrong.
Over perfectionist. Sebab nak mix and match dengan background die lah kononnya, tapi perangai ya Tuhan.. (geleng kepala). Tak salah nak cari yang sempurna, tapi lihatlah diri.
Nampak tak? Kalo tak nampak, nak aku cakap kat sini tak? HAHA. Tak payahlah eh. Nanti lari pulak wanita wanita yang bakal didampingi tuh. HAHA.
Itu untuk golongan macam tu lah. Tapi lain pulak dengan golongan yang sangat gentleman.
Tawu tak macam mane? Gentleman ni die slow slow, smooth je dalam berkawan.
When the times comes, he makes a proper decision, proper words, "shall we?" HAHA. Macam cite omputih. Macam Dr.Fadzilah Khamsah cakap gak laa.
Pompuan ni, bukan selective sangat. Tapi kerana lelaki yang begitu perfectionist, pompuan terpaksa menjadi selective. Pastu mulalah tuduh cerewet, berlagak, gedik. Kan?
Tak semua orang perfect la sayang. Tak salah pun nak mencari yang perfect.
Tapi, jangan terlalu mengejar kesempurnaan sampaikan orang disekeliling ketawakan kita.
Ade kita tahu kita diketawakan? Tak kan. Better make a different, be cool, and be yourself.
Kalau you macam tu, macam tu lah you dengan pompuan.
Tak payah ubah ubah, berlakon, kononnya sense of humor melebih-lebih nak attract pompuan.
Tak attractive ok ! Menyampis !
Dalam kita mengejar kesempurnaan tuh, mungkin Allah kaburkan pandangan kita. Percaya tak? Dalam mencari yang halal, kita terjebak dengan yang haram. Aku sendiri pun selalu nak yang perfect, serba sempurna. Tapi bila tengok diri sendiri yang Tuhan saje tahu, gugur hasrat mencari kesempurnaan tuh. Sedar diri lah jugak, bukan macam sesetengah orang tu, cakap punya la hebat, tapi buatnye tak. Membazir air liur je. Mungkin orang ikut cakap die, dapat gak laa pahala, tapi diri sendiri tak mengamalkan. Terbalik tak?!
To be honest, aku sendiri pun macam Cik Linn jugak. =)
Memang la laman sosial macam facebook, tagged, myspace sume tu tempat orang berkenalan, make a friends. Tapi lebih cenderung kepada nak menggatal, bukan nak berkawan. Betul tak?
Sebab tu, jangan approve orang yang bukan-bukan. Tapi mane kita nak tau orang tu bukan-bukan?
HAHA. Takyah approve, senang cite. =p =p =p
Friend request aku sekarang dah cecah 159. Sikit je kan kalo nak bandingkan dengan kawan kawan yang lain. Aku tak cantik, aku tak lawa, buat ape nak berlagak cantik, approve semua orang, then bila ade orang puji, mula nak kembang. Itu sangat annoying. Nak berkata terima kasih pun macam malas je. Cukup dalam hati, alhamdulillah die kata aku cantik. Tapi lagi cantik si tuuttt, si teeettt, si twitt twitttt.. HAHA ! Katanya mak aku, kalo ade orang puji cantik ke, pandai ke, rajin ke, jawab je alhamdulillah.. Itu ciptaan Allah, tak salah memuji, dan tak salah menerima pujian. This is our amanah. Kecantikan, kesempurnaan, jasad. Kalo tak, takde laa pulak dalam Al-Quran cakap "wajiblah kamu menjaga diri sendiri" kan? Diri sendiri kat sini luas aspeknya, termasuklah yang aku cakap atas-atas tu.
Banyak muhasabah dalam ni sebenarnya. Untuk diri sendiri, dan nasihat untuk yang lain. Ini pandangan aku lah, pedulikan yang lain. Masing-masing ada hak untuk berkata-kata.
Tapi masih dalam keadaan sedar melontarkan bait-bait kata yang tersusun, walaupun terselit kekurangan, tapi itu tetap pandangan dari diri sendiri. Correct me if i'm wrong.
Nota Kaki : Desasiswa Ilmiah sudah kosong. Terima kasih. Balik la ke kampung halaman, jangan datang sini lagi dah. Rasa macam heaven je bila takde orang.



15 comments:
cik nadia! sy nak arnab je! xgedik kan? hehehe (>_<)v
perghh,,sokmo ko g masjid?hehehe.bgs2.imarah kn masjid deh
zahin :
ngade ! gedik dh berjangkit ngn amad nije ke pacik ?! x kire, gedik gak. =p
cik linn :
buleh kiro sokmo la.. hehehe..
time x dae nk smaye dumoh gk, smaye d masjid. hehhee..
nad,mcm pnah ku dngr 'penumbuk tiga alam'.aper tu eh babe?
baidewei,berbisa sunggoh.,,terasa nie babe haha tapi aku baek,aper brng kaco awek,awek kaco aku ader le
sen _1989 :
haaa..tuh r ko..
blajar sekerat jalan..
berbisa ka? ngahaha..baguss
terasa ka? ngahaha..laaagi baguss..
ko perah santan x laku2 pn der.
awek mane kaco ko nih? meh sini aku kasi penumbuk 3 alam gk. hahhaa
agagaga aku taw ah aku blajar x abih
kalo ko bijak tue buah umum yg keberapa?haaaaaaa jwab mek jwab
awek2 cun ah kaco aku ko pe taw.=p
erk erkk erkk...
ko tny cenggitu aku tade jwpn.
x ingt lorh yg nmbo bape.
eleh,kate org plak.
baik aku la drpd ko, habiskn sume buah2 tuh. habis ok.?
ko ape dpt? blaja skerat jalan.
hahaha.. jgn tny sal buah umum la weh kalo ko sndiri 6-6 pn x dapat.
aiyoooo.. pi main jaoh2. hahaha. =p
wiwwiitt!!garangnyer nadia.guraw2 je lah.taw ah org blajar x abih,xdpt nk saingi kehebatan ko nyer.wuwu
HAHA ! blah la sen. cepuk kang.
hebat tang mana xtau lah.
dh berbulan2 dowh aku x turun class. =.='
eh td aku g kenduri kt pinggir plangi, t'jumpe ngn abg hanis. =)
excited giler der jumpe die.
die mcm x cam sgt, sbb aku n da geng dh matang, sume cun2 plak tu kn. hahaha ! =p nk2 balik bru die perasan, die dtg sembang2 jap. rindu abg hanis. =)
hoh~ arnb je pun.. mane de no fon cik nadia kat tapak kaki arnab tu :-P laen la law cik nadia yg letak tp law cmtu cik nadia la yg gedik. ahaks! ntah la nije.. nak gak arnb. bg la 1 kat die, 2 kat saye yer (>_<)v
erghh.. !
tak buuuulehhh !
eh buleh2, nnt dtg raye aji kt umh ek.
kat nije xnak bagi sbb die jahat.
sy bg kt pacik zahin je. hehehe..
(tgh baik ni, jgn mcm2)
raye aji ek? de wat rendang daging arnab x cik nadia? (>_<)hehehe~ hoo? cik nadia tgh baek? cam pelik je.. ahaks! tp xpe, sy xmcm2, sy smacam je :-P hohooo~
ah. jgn ckp byk la, klo nk dtg raye aji. awk mmg x mcm2, tp awk lain mcm. HAHA !
hahahaha~ org dtg kang jgn tkejut :-P hoho~ lain mcm er? ciss!
Post a Comment