FOLLOWERS

Wednesday, November 3, 2010

blogging with retail (^_^)v


Home sweet home sudeyh ! Jeles tak jeles tak? HAHA. Hari ni 3 November, last paper dalam jadual exam. Cian siot sesape abih exam lewat. Kalo batch aku, budak Bisnes yang abih paper 2hb or 3hb ni. Wakaka. Tu la, dulu korang nganjing bebudak Akaun sebab always abih lambat kan, sekarang korang la plak rase, Uniten buat style baru. HAHA. =P

TRIP TO KOTA BHARU.

Jauh perjalanan aku before sampai Klate ni. Abis exam Isnin lepas kul 12 tengahari, aku terus ke Kampung Balok. Ke rumah Che Na (makcik member), rest kat umah die sementara tunggu bus kul 6.40 petang. Aku buat macam umah sendiri dah kott. Sib baik anak die sume kecik, aku tak segan. Che Na tu plak baik, ramah je. Aku pun jadi makin tak malu. HAHA. Ngantuk punya pasal, mata sangat takleh blah woo. Kalo tak control, aku konpem tertido atas sofa. Nak abaikan mata ngantuk, aku main dengan baby Che Na, umo baru nak masuk setahun, Umairah namanye. Weee.. Budak ini comey lotey. Mata die boolaatt.. Macam pakai contact lens anak mata die, ngikut Che Na. Lawa ok.

Disebabkan aku dah lama tak main ngan baby, aku jadi ralit dengan Maira... Die pun seronok dalam dakapan aku. Cewahh.. Dah la tembam, drumstick die macam ayam KFC ! Macam lazat je, gebu gebu. Dalam duk main peluk die sambil penat tersandar di sofa, aku hampir tertido and Maira pun tak bergerak-gerak dah. Ohh ingatkan lena, rupanya die tengah cool dalam dakapan aku. Auww.. Rasa macam ibu. =) Comel je Maira, aku tersandar di sofa, sambil tepuk tepuk montot die, die plak makin melekap macam beruang koala. Macam taknak gerak lagi dah, kemah keming melekap kat orang. Comel tak comel tak? Boleh imagine tak? Haishh.. Nak kena ada baby cepat cepat nih. Nak suruh die panggil ibu. Sweet kan anak panggil ibu? Penyayang je bunyinye. Ibu ibu.. Waaa.. Sabar Nadia, sabar. Control. HAHAHA.

Naik bus lepas Maghrib, sebab bus tersangat laa lambat. Naik depan Petronas Balok, penat woo tunggu. Dengan beg sume, tunggu tepi jalan. Lalu sorang, tekan hon. Lalu dua, duk main feewit fewwitt.. Lalu tiga main main hon lagi. Aii aii aii.. Jakun agaknya. Tau la kitorang 4 comey comey, stock model majalah DARA pun ada, takyah laa wat jakun cenggitu. Rimas der.

On the way balik, aku dan member tak banyak bersembang, sebab naik aje bus, duduk atas kerusi, sumbat tinge dengan MP3, kitorang krohh krohh.. Sumpah penat. Sedih melihatkan diri sendiri penat camtu. 3 hari tak tido malam, kiranya dah tahap maksimum kepenatan otak aku tuh. Ape laagi, aku goal terus ! Bila driver bus stop makan je baru aku terjaga, and mulut potpetpotpet bersembang 4 ketul. Memang bising, konpem orang dalam bus tu marah. HAHA. Nak wat camane, kitorang tak kira tempat tak kira masa, if bersembang, dunia macam kitorang punya. Main main transfer movie. Sampaikan makcik kat belakang aku duk usha je movie ape yang ade. HEHE. Last last die mintak cite Nur Kasih, bubuh dalam pendrive comel die. Rasa seronok je dapat berbuat baik dengan orang. =)

Kalo dalam bus, takyah cakap laa, aku punya handphone taktau kemana. Mungkin jatuh, mungkin dalam poket. Entah. All the way to Terengganu handphone aku duk bawah kerusi rupanya. HAHAHA. Makcik belakang tu yang tolong ambikkan sebab die kate bunyi banyak kali. Erkk. Kalo bunyi tak banyak kali, die taknak tolong ambikkan ke? Haha..

NH : Mu nak balik Kajang ke dok?
Aku : Mu nak balik bile? Aku kat Kuantan doh ni..
NH : Aku balik esok.. Aku oyak doh ari tu kan?
Aku : Aku lupe la.. Em, ok tak exam?
NH : Alhamdulillah ok la kot.. Mu nak balik Kajang ke ni?
Aku : Eh, tak la. Nak balik Klate la ni..

Aku ingatkan mamat nih merajuk ngan aku. Sepanjang musim exam, takde sekali pun die mesej or call aku. Aku naik heran gak. HAHA. Selalunya ade ade je die mintak tips exam la, ape la.. Tapi kali ni senyap terus, ingatkan merajuk kes aku bagi tips Micro lambat hari tu. Hari tu aku ingat nak pegi Kajang, umah Uda. Nak balik laa ngan die, sebab satu hala je, die pun duk Kajang. Tapi terpaksa cancel, sebab tiket ke KB member dah beli siap siap untuk aku.

INILAH YANG DIKATAKAN BAITI JANNATI.

Tiba saje di rumah, aku dummm rebahkan badan terbaring atas katil. Heaven giler ! Masuk bilik, dah siap bau wangi wangi bilik aku. Mak ayah aku kalo tau aku nak balik, konpem diorang switch on perfume bilik aku tu ha. =) Wangi, terus tak jadi nak call member aku tu, nak bagitau aku dah sampai umah. Tido !

NADI AKU DAH KEMBALI.

Semalam, sepanjang pagi aku duk dalam bank. Haish. Ni yang rasa nak keje kat bank ni. Macam best je. Aku pegi settlekan kad ATM CIMB tu. First, pegi CIMB Wakaf Che Yeh. Tapi ade problem, sebab time nak apply kad atm baru, aku kena turunkan tandatangan. Tapi, tandatangan aku tak same dengan yang ada dalam buku bank aku. Alamakk.. Takleh nak tiru dah camane signature dulu dulu. Tu la, time nak sign bukan main style lagi, pastu mula la susah nak tiru. Memang takleh tiru langsung ! Adehh.. Last last kena pegi CIMB dekat KB Mall tu jugak, branch asal time aku bukak akaun CIMB. Terpaksa tukar signature baru. Banyak betul procedure, penat aku duduk bangun duduk bangun. Huhu..

Tapi alhamdulillah, sume berkaitan CIMB dah settle, and bila tengok buku bank aku, ya tuhan.. 3 tahun aku dengan CIMB, penyimpanan and pengeluaran aku beramountkan RM 24,838.43 and ada payment sikit sikit, plus interest from CIMB. Woo.. HAHAHA. Tu sume urusniaga dengan pihak MARA la, ape lagi. No wonder lah rekod debit credit CIMB aku berpuluh pulu ribu camtu. CIMB khas untuk MARA sahaja. Akaun bank lain tak usik pun, personal use only. Kalo budak PTPTN mesti lagi banyak kan? Sebab kalo kat Uniten, untuk semester khas, PTPTN bank in duit kat akaun, and korang kena draw duit gi bayar yuran sendiri kan? MARA tak buat camtu pun. Segala hal tentang yuran pengajian, MARA terus debit ke Uniten. So that, tak payah tangan terketar-ketar bawak keluar duit hampir RM 5,000 setiap semester. Dah la CIMB kasi limit sampai 3k je untuk sehari. Adoii. Parkinson derr pegang cash beribu ribu. Kena ada bodyguard kiri kanan nih. HAHA.

Tapi no worries, Muadzam Shah is secure from peragut. Tak pernah dengar cite lagi la budak Uniten kena ragut. Tapi pernah dengar sekali, ade mat rempit nak ragut sorang makcik, tapi bila tiba di simpang 3, die eksiden. U see ?! Serve him right. Allah balas kejahatan die tu sekelip mata. Kalo korang nak rasa teruja giler dengan akaun bank korang, pegi la update buku bank. Lepas tu for sure korang terkejut dengan duit yang korang dapat, and duit yang korang gune. =) Korang nilailah, korang ni jenis savings ke, boros ke. Wee.. Aku boros, tak tipu !

KITA HANYA MERANCANG.

Esok lusa mau keluar, beli stock contact lens. Adik laki aku pun dah bising bising, lens die dah expired, nak ajak gi buat lens baru. Aiyoo.. Duit sape? Duit aku jugakkkkkk.. Ni aku tak keje lagi, tapi dah kena support lens die every 3 month. Botok palo aku. HAHA. Lens plak bukan yang cikai cikai, nak yang FRESHKON, yang BLINCON, stock stock lens branded sume tuh. Yang kaler kaler. Duhh.. Pakai yang colourless sudeyh, name pun budak sekolah lagi. Wat mende pakai yang kaler vogue vogue sume? Adehh.. Aku dulu pun kenal contact lens diusia 18 tahun. Tapi adik aku nih, diusia 15 tahun dah pakai lens segala. Gedeban wei !

MY PETS, YOUR PETS TOO. ^_^

Ok, nak cite pasal pets ! HAHAHA. My rabbit comel comel belaka. Suka hati aku tengok si Ody, Oyen, Zip, Zorro and Zip dalam cage. Dah besar ! Aku pun takut dah nak pegang yang size besar cenggitu, takut kena gigit. Cepat betul korang membesar. Pastu gi tengok cage lagi satu, mak aku tempatkan si bapak, Bunny sorang sorang dalam cage tu. Sebab si ibu tengah susukan babies lagi, takleh nak bersekedudukan lagi lah pasangan cintan cintun ni. Malas plak aku nak layan Bunny, sebab die sombong. Duduk je taknak gerak gerak. Aku belai belai pun tak bagi respon nak manja manja. Blah rr.. Takmo kawan ngan Bunny. Aku tengok plak cage si ibu dan si bayi. Wahh.. Bayi gitu ! Bukan bayi lagi dah, dah 2 minggu babies die. Sume dah boleh celik mata, bulu pun dah lebat. Tapi dorang sume kecik lagi, besau tapak tangan je. =)

Aku dah suarakan hasrat kat abah, nak cari induk mixed Lop Ear dengan Lion Head. Abah aku taktau pun ape mende tuh, aku ngan mak aku je yang tau. HAHA. Mereka ni sangat comel ! Once dah ada induk, nanti dorang bagi zuriat, bleh la aku bergomol dengan babies dorang plak. Asyik bergomol dengan babies Mongolia je, nak jugak babies Holland Lop tuh kan. Comel teramat, harga pun cantekkk.. Lebih kurang RM2OO sepasang untuk Lop Ear. Kalo Lion Head lagi murah kot.... Weee.. Tunggu ye, fulus sudah ade. Kedai pun dah aim. Tapi nak usha kedai lain dulu, kot laa ade induk yang lagi comel kann.. Anggora pun best ! Bulu menutup mata. Serius rasa nak cium nak gomo gomo je. HAHAHA..

Bila dah banyak rabbit nih, abah aku dalam pale otak die bisnes la. Ape lagi. Dulu bisnes buku. Tak puas berbisnes dengan buku buku, kitab kitab segala, nak pulak bisnes rabbit. Pegang rabbit pun geli, nak buat bisnes? HAHA. Ni sah sah mak aku jadi mangsa abah aku kalo time nak pegang bawak keluar menatang comel tuh sume. Kat umah aku sekarang dah ade 12 ekor. Campur dengan induk. Last week Cristina delivered baby baru, 10 ekor tapi yang stay 7 ekor je, tu pun sekor telinga cacat, panjang sebelah sebab cedera time bersalin, katanya mak aku, telinga soyok and rabik. HAHAHA. Terkejut gilerr tengok ade sekor yang special sifatnya. Telinga panjang sebelah, macam bercabang sebelah yang cedera tu. Nasib baik la kau hidup sampai sekarang, adik beradik kau yang lain if cedera, awal awal lagi dah masuk kubur buatan mak aku. Bagus betul kau ni, boleh survive sampai sekarang. I love u lah ! ^^,

Abah dah mula berbisnes dengan kawan-kawan die. Bercerita dengan kawan-kawan tentang pets kitorang bela nih, of course la ade orang nak beli ! Kena plak kawan-kawan die tu memang peminat arnab, ape laagi, dorang mau angkut aku punya rabbit maaa.. Amik ler. Buat pasaran secara kecil-kecilan. Induk ade, no hal.. Bleh buat anak lagi. HAHA. Tunggu tunggu tungguuuu aku nak angkut Lop Ear kat area Melor tuh. Wahh.. Tak sabar gituuu.. Hehee.. Sekarang tengah tunggu 'banglo' dorang siap. Besar katanya. Fuhh.. Bahagia la mereka tuh sume bila dah siap banglo 4 pintu dorang tuh. HAHA. Aku plak dah reserved sepasang, maybe Ody and Oyen, nak bagi free free je dekat sorang member aku tu. =) Heee.. Free je, takyah bayar.

Stock susu rabbit ade banyak lagi, and 7 babies tu masih bergantung susu dengan ibu die. Katanya abah aku, tiap kali jenguk je mesti duk bergayut kat perut ibu. Asal jenguk je mesti duk berebut rebut bawah perut ibu. Comel gilerrrr dorang menyusu. Aku tau, susu Cristina tak banyak sebab first batch die give birth, susu langsung tak keluar. Sebab tu anak die banyak mati, dari 11 ekor, yang dapat survive sampai hari ni 5 ekor je. Kesian kan? Mati kelaparan. Untuk 2nd batch ni, aku tak berani biarkan diorang kelaparan. Aku order susu rabbit dengan ARNABKUS sekali dengan syringe, so that boleh buat manual feeding. And yes ! Semalam for the first time aku buat manual feeding untuk babies ni sume. Penat woo nak kasi picit itu picagari slow slow dalam mulut dorang. 7 ekor der, haih. Kalo yang nakal tu, takyah cakap la, habis sume tangan aku dicakarnya walau die baby lagi tapi kuku die tetap tajam. And terpaksa buat force feeding.

Ape itu force feeding? Haa, force feeding ni istilah aku bagi untuk rabbit yang nakal and buas, aku dengan adik laki aku yang sedang bercuti tu berkerjasama buat manual feeding, dimana mereka akan dipegang dengan kemas tanpa menyakitkan dan aku kasi dorang minum susu yang aku picitkan dalam mulut comel mereka tu. Yeyy ! Berjaya. Tanda-tanda babies kenyang, di kiri kanan perutnya kembung buncit sebab susu terkumpul. HAHA. Berjaya jugak akhirnya aku buat first manual feeding. Dorang ni comel tau, bila aku pegang, and mata bertentang mata, dorang diam ! Tak bergerak, tak mencakar. Macam terpana bila mata bertentang mata nih. WAKAKA ! Asal? Ape ade dalam mata aku sampai ditenungnya dengan khusyuk? Muahhh ! Satu ciuman untuk rabbit manja ni. =)

KELANTAN BANJIR, RUMAH TENGGELAM.

Eh, nanti nanti. Tu bukan rumah aku yang tenggelam. Lot 5549 zon bebas banjir, alhamdulillah setakat ni tak naik air pun. =) Yang teruknye, area bawah jambatan Pasir Tumboh tu. If korang yang kenal tempat ni, and lalu lalang kat jambatan tu, jenguk la sekali sekala. Tengok perubahan before and after banjir. Aku lalu area situ petang tadi terkejut beruk kot ! Haih. Rumah dah separuh tenggelam, nasib baik umah kat bawah jambatan tuh sume dua tingkat, and tinggi tinggi belaka. Selamat la dorang, tapi kete moto sume kena parking tepi jalanraya, and kena naik perahu nak balik ke rumah. Kesian kan?

Tengahari tadi aku ke rumah member aku di Pasir Puteh, sepanjang jalan tu aku boleh agak laa kan, bekas banjir. Cuma sekarang hujan tak berapa nak turun, air pun dah surut. Kalo kawasan Rantau Panjang sume tuh aku taktau la ape bentuk rupenye. Banjir makin teruk, ramai yang dah pindah. Bila dah banjir banjir, musim tengkujuh macam ni, kita pun tak selesa dok? Orang Kelantan cakap "se'e.." Se'e tu macam rimas or geli camtu, rimas dengan air banyak banyak, basah sana sini, nak jalan pun kena senteng kain senteng sluar. Baik takyah keluar kalo camtu, mampu ke nak senteng seluar sampai ke lutut? =.='

PLAN TERGENDALA, DEK BANJIR MELANDA.

Segala bagai plan aku dengan member-member terpaksa cancel buat masa terdekat nih sebab banjir. Mak aku tak kasi keluar pegi jauh-jauh. Baru je plan nak gi Rantau Panjang, berphotoshoot di masjid stylo ala-ala Beijing punya design tuh. Nampak gayanya kena postpone dulu lah. =.='

Eh tetibe rasa cuak semacam je time duk ketak ketak ketak tekan keyboard nih. Ni mesti sebab esok. Sumpah aku rase cuak gilerr nak masuk balai polis. Sepanjang hidup aku 20 tahun ni, aku rasa aku tak pernah lagi masuk balai. Esok, jam 12 tengahari, aku vroomm vroomm ke balai polis PC. Erkk.. Cuak weh, cuakkk..! Aku bukan penjenayah. Serius tak tipu, aku tak buat jenayah pape pun. Tapi kena gi balai polis, antara hidup dan mati nih. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami kejayaan, demi nusa dan bangsa. Aminnn.. =)
Nota Kaki : Kelantan banjir, semoga banjir kali ni tak menghalang lalu lintas aku nak berderaks. Nasib baik duduk dekat bandar, takyah susah susah aku redah lalu lintas yang dinaiki air, jalan jalan yang ditutup, lecah sana sini. Huu.. Scary betul driving time hujan kan? Tapi paling scary, drive kete lewat malam. Woooo.. Aku failed der ! Mata tak power pabila drive di waktu malam. Masalah silau masih dalam proses pemulihan. Permata Hijrah memainkan peranan penting. Terima kasih PM. =)

2 comments:

Anonymous said...

blincon ada jual kat kb x? klu ada, ktne ye?

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

anonymous :
ade dear. kt kbmall, kt milan optic,focus point. ckp je kt die nk tgk blincon lens, klo ade stock, die tnjuk la pamplet die.