FOLLOWERS

Wednesday, November 17, 2010

Pengorbanan itu perlu.

Indahnya langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah aidiladha kerana pengorbanan..

Bersempena dengan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah, kita semua akan menyambut hari raya aidiladha dimana hari raya ni tidaklah ramai sanak saudara yang pulang ke kampung akan tetapi aku stress tengok status pakcik aku yang asyik merungut disebabkan kesesakan lalu lintas dari KL menuju ke Kelantan. 

Nothing much for this aidiladha, tiada rumah terbuka. Sebab mak aku penat, malas nak melayan tetamu. Tapi di musim ni ramai orang nak mendirikan masjid. 10 Zulhijjah itu sendiri menjadi pilihan untuk memeterai sebuah ikatan janji. Haih.. Tengok orang kawen, kita pun nak kawen jugak. =.='

Setelah berpuasa sunat hari arafah hari ni, aku didedahkan sedikit sebanyak dengan sirah sirah nabi oleh ayahanda tersayang. Kami satu family puasa, and riuh rendah meja makan waktu berbuka. Aidiladha tidak seperti aidiladha katanya abah aku. Tak rasa macam nak raya pun, tapi kita kena tanam dalam diri kita satu sifat suka berkorban. Pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah.

Sila klik DI SINI. Intisari di sebalik perayaan aidiladha.

Selamat Hari Raya Aidiladha semua ! Dan tidak lupa, takziah buat atlet wushu negara diatas kematian datuknya dan tahniah diucapkan diatas pingat emas yang disumbangkan untuk negara kita. =)

Nota Kaki : Kesian sungguh dekat Mr.Superman. Oghe kelik rayo di kapong, dio duk rayo KL, plok tu gi bderaks pah Port Dickson.. Sungguh tak aci gi pata tanpa aku.. Grr.. Gi preboh lembu tepi pata ko sep dio.. Pelik pelik. (haha)

No comments: