Setiap orang mesti ada angan-angan Mat Jenin dari kecik sampai besar konon-konon nak duduk tempat mat salleh. Bila tengok cerita omputih, mulalah berangan, mood di awang-awangan, nak merasa apa yang mereka rasa. Hidup di tempat yang ada salji, ada musim luruh. Nampak seronok kan?
Tapi itu dulu, zaman kanak-kanak yang kita tak pernah fikir kebaikan duduk di negara sendiri. Yes ! The answer is aku nak stay di Malaysia sampai bila-bila. Could live anywhere? Kalau duduk sekejap-sekejap tu lain cerita lah, maksud dia kat sini dengan menjadi penduduk tetap. Oh my.. Macam taknak je duduk negara lain sebab Malaysia ni dah cukup cukup cukup bagus. 14 buah negeri, dah habis jelajah ke? Aku belum.. Di negeri sendiri, Kelantan pun dah rasa seronok, inikan pulak di negeri lain?
Walaupun Malaysia ni banyak konflik dalam pentadbiran negara, tapi effect dia boleh diatasi, dan sedang diatasi sebab tu banyak timbul isu-isu semasa yang gaduh-gaduh tu semua. Sebab nak elokkan keadaan, sesetengah perkara akan jadi semakin teruk. Itu biasalah. Politik Malaysia kotor? Memang kotor, semua parti kotor. Sekarang ni tak boleh nak cakap mana elok mana tak elok, sebab yang elok bagi kita tu ada jugak terselit yang tak elok di dalamnya. No comment.
Malaysia bebas daripada rusuhan dan peperangan. Best kan? Kesian tengok negara lain yang huru-hara, budak-budak kecik kutip nasik tepi jalan, mak ayah kendong anak ke sana ke mari tak pakai slipper, sedih siot aku! :'( :'( :'( Bersyukur sangat-sangat dah hidup di negara Malaysia ni. Tak pernah pulak aku terfikir nak tukar kewarganegaraan. Nak melancong tu normal lah kan, nak tengok negara luar, nak tahu budaya sana. Tapi untuk tinggal menetap selain di Malaysia, a big no for me.
In conclusion, Malaysia adalah tanah tumpah darahku. Tanahair tercinta, masakan aku menyimpan hasrat untuk berpindah ke luar negara? Oh tidakkk.
Nota Kaki : Tapi aku tak puas hati betul bila keluar statement "Kelantan negeri termiskin".
Toodles !




