FOLLOWERS

Monday, February 29, 2016

Checklist: Kursus Kahwin

Hai! Assalamualaikum. A bit "lewatnyaaa" entry. I'm about to sleep dah pun jam 1 pagi tadi, tapi bila fikir esok off day wehuu, mata cerah balik. 

Dalam kepala to do list full apa nak buat esok. First thing, nak kemas rumah. Kesian tengok Ma sakit kaki sekarang tak larat, so better i ringankan kerja yang mana patut. Sampai terfikir nak beli Pamoga Qu Puteh tauu untuk mak ayah kita. Huhu. Semoga Ma dan Abah diberikan kesihatan yang baik untuk tahun ni dan tahun-tahun yang akan datang. Aminnn..

Korang mesti dah ramai yang attend kursus kahwin awal-awal kan? Dengan kawan-kawan Universiti maybe? Masa aku study kat Muadzam dulu pun dah pernah attend, tapi sijil tu valid untuk 6 bulan je. Cis! Patutlah bayar murah.

Bila dah counting months menuju big day ni, memang kursus kahwin nak buat balik. Macam pelik je ayat tu? Abaikan, thinking that sekarang pukul 6:12am and aku tak tido lagi, pening-pening lalat gitu. HAHA. Oiii solat subuh jap! 

****************************************************

Kursus kahwin ni benda paling ma abah aku bising. Sebab, yelah. Daftar lambat-lambat, tempat dah full kot. Tu la, tangguh-tangguh lagi. Kan dah timbul masalah. Aku pun dah bagitau MSA awal-awal, siap gaduh-gaduh manja bagai sebab dia "loleh-loleh"/lengah-lengah masa (biasalah lelaki). Orang lelaki ni kalau kita tak paksa and tak bising, memang sehari sebelum nikah agaknya baru dia fikir nak attend kursus. HAHA. :P

Mula-mula kesian sebab MSA taknak ambil cuti, nak save untuk bulan 5 tu nanti. Tapi apakan daya, since kat KL sana pun dia macam tak biasa dengan majlis agama and for sure banyak kerja dia kena kehulu kehilir nak settlekan daftar kursus ni, and forrrrr sure kena off day gak sehari just nak pergi majlis agama etc, aku fikir better dia ambil cuti and balik berkursus bersama (cewah! padahal aku je yang mengada nak pergi kursus sama-sama). Sebab, kursus kahwin ni kalau kita attend tempat yang tak diiktiraf oleh pejabat agama, sijil tu maybe tak sah and valid beberapa bulan je yang sepatutnya sijil kursus kahwin valid seumur hidup kan. So, we decided to go tooogetherrrr HEHE (yesssss berjaya pujuk setelah banyak kali merajuk hehe)

Nak dijadikan cerita, disebabkan sikap bertangguh tu, memang kursus kahwin tarikh yang kitorang nak tu dah full! Tapi syukur alhamdulillah sepupu aku, Abe Hilmi tu pegawai MAIK.

Abah mintak tolong dia. Dia cakap, Abe Hilmi cakap nanti pergi pejabat agama MAIK kat Balai Islam Lundang, just bagi borang je. Sebab dia dah bagitau kawan dia staff incharge bahagian tu, kitorang nakkkk tarikh 15 and 16 Mac tu. Oh, FYI kalau taktau, tarikh kursus ni dia ada banyak, kalau kat MAIK Kota Bharu Kelantan hari kursus tu jatuh pada Selasa Rabu and Jumaat Sabtu. Pejabat agama daerah lain ada yang berbeza hari kursus. So nak taknak, kat Balai Islam memang ada hari Selasa Rabu je untuk bulan 3. Kalau nak attend bulan 4, lewat sangat plak since banyak lagi benda dengan pejabat agama tak settle kan.

So petang tadi abah teman aku pergi MAIK, just submit borang and salinan ic je which is borang tu korang boleh download kat website MAIK. And bayar, dia proses jap, tadaaaa, tunggu hari kursus je nanti. Kalau korang taknak leceh beratur amik borang and isi kat pejabat agama nanti, better korang download borang, print and isi siap-siap, stapler dengan salinan ic and duit RM70, nanti pergi kaunter pejabat agama tu terus submit je. And tunggu beberapa minit sementara dia proses and dia bagi resit rasmi kuning bawah ni. Syukur, settle yang ni. Yuran, macam standardized je RM70/person. Kan kan kan? Waktu kursus, jam 8 pagi - 4:30 petang.


Aku tanya staff situ, bulan 3 dah full ke. Dia cakap "kalau ikutkan memang dah penuh, tapi sebab awak dah inform boss sendiri, boleh lah masuk" Fuhhh. Big thanks to Abe Hilmi. Banyak dia bantu family aku dalam urusan majlis aku ni (in terms of pejabat agama lah since dia kerja kat situ).


Siap-siap semua, inform kat MSA. Tapi esok dia baru apply cuti untuk 15 and 16 Mac tu. Ok settle yang ni, yang tak settle lagi, surat pengesahan tok imam mukim. Since kitorang nak akad nikah kat majlis besar nanti, so kena mintak kebenaran daripada pejabat agama dulu sebab nak guna tok imam masjid besar, bukan imam mukim. Masjid besar tu dekat je dengan rumah dalam 5-10 minit camtu, tapi sebab dia dah masuk mukim lain, tu yang jadi banyak hal sikit. Oh macam tu ek? Seriously sebelum ni mana aku tau wakaka. Ingatkan nak kahwin kat masjid mana-mana pun boleh, tapi kalau luar mukim memang kena mintak permission naik turun pejabat agama gak yang ni haa.. But no worries abah kata, serahkan pada dia. Abe Hilmi ada katanya. HAHAHA. Family benefitsssss :p

Kursus kahwin ni aku memang niat lama dah aku nak ambik sama-sama dengan bakal suami. Yang mana input kita dapat mesti sama. Dapat rasa sweet sweet and excited nak kahwin bila attend kursus kahwin sama-sama hihi. Alhamdulillah for now, everything went well. Doakan urusan kitorang dipermudahkan ye! Malas pulak rasa nak berkursus ni, sampai ke petang plak tu. Huuu


Setibanya hari kursus pra-perkahwinan, awal pagi lagi MSA datang jemput kat rumah, jam 7 pagi. Faham, dia sampai rumah from KL pun dah pukul 4 pagi macam tu, dia tidur kejap je, 6 pagi dah bangun siap-siap. Kesian pulak aku tengok. :(

Sampai je kat Balai Islam Lundang, aku ajak dia makan sebab aku tau dia kalau tak makan pagi, mood dia mesti lain HAHA. Aku takpelah sebab aku memang bukan breakfast person. Tapi dia tak. MUST. So kitorang pergi kantin Balai Islam tu, makan-makan, baru beratur untuk pendaftaran. Nasib baik sempat breakfast, sebabbbb pihak jabatan agama memang tak prepare breakfast okkay!! Learn from that! Kursus start pukul 8 pagi, so pukul 7 pagi dah kena ada untuk daftar bagai. Kalau rumah jauh, better korang makan dulu pagi tu sebab diorang tak prepare breakfast. Kebulur woi.

Kursus tu so far so good, apa yang tak good nye cuma pengurusan diorang. Breakfast tak prepare, makan tengahari kena beratur macam kat asrama and bila sampai turn kau, lauk habis. Makan hati tak? SANGAT!! Why not diorang bungkus siap-siap, just ambik and terus makan. Takyah nak cedok nasi lauk bagai. Kalau yang jenis makan banyak tu, sepinggan tu lauk saja. Habis tu orang belakang ni nak makan kuah je ke? Marah gak aku. Tak sistematik. Peserta ramai, dekat 200 orang. Hmm.


Input kursus kahwin korang faham sendiri lah kan, pasal pengurusan keluarga, perasaan etc.Ada feeling bestttt bila attend kursus dengan bakal suami. Hikhik. MSA nampak sangat matang and bertanggungjawab haritu. Semua dia concern pasal aku. Makan, minum, mengantuk, solat. Dia jaga habis-habis la, macam baby plak rasa HIKHIK. Takut orang tackle kot HAHA. Yelah,masa tu tak ramai pasangan, semua nampak datang forever alone, yang ada pasangan rasanya tak sampai 10 orang.:)

yeay alhamdulillah dah ada sijil, jom kahwin. hehe

surat kebenaran daripada tok imam pun dah settle, dah submit ke jabatan agama,everythings done perfectly! Alhamdulillah

 Bab borang-borang ni syukur semua settle. Penat tau. Penat emosi. Berapa kali bertekak dengan MSA pasal ni sebab dia buat kerja last minute. Tapi alhamdulillah kitorang berjaya settle benda ni dengan jayanya dan gembiranya. HHEHE. Thank you sayang, awak banyak bantu saya buat keputusan apa-apa. Nak kahwin dah kita ni. Hehe




Toodles!

No comments: