Apa yang dimaksudkan dengan cinta?
Adakah dengan cinta hidup kita lebih gembira?
Adakah dengan cinta kita lebih ceria menghadapi hari-hari mendatang?
Adakah dengan jatuh cinta terhadap seseorang juga mampu membuatkan kita tersenyum walaupun terselit kehibaan dan tangisan?
Segalanya tentang cinta sukar diungkapkan..
Namun, bagi aku, jatuh cinta itu suatu perasaan yang indah.
Yang mana perasaan itu sukar dikongsi dengan sesiapa, bukan seperti berkongsi pizza, berkongsi nasik ayam. Tidak sama sekali. Kerana cinta itu hanya di dalam diri. Cinta yang dikurniakan oleh Allah..
Dia memberi kita nikmat untuk merasai cinta. Belajar mencintai dan dicintai..
Sepertinya dunia ini adil, namun ada saat dan ketika kita cuba berlaku adil dengan diri sendiri bahawasanya dunia ini tidak adil. Berhenti menyogok diri sendiri dengan jiwa yang penuh titik-titik hipokrit..
Dunia ini adil, Allah juga maha adil, diberinya kita merasa suatu rasa yang sama. Ada benci, ada rindu, ada cinta, ada marah, ada simpati..
Namun dunia ini sungguh tidak adil, yang kaya dipandang tinggi, yang miskin dipandang hina..
Disebalik keadilan ini, cuba kita renungkan, adilkah kita terhadap mereka yang begitu jujur, begitu tulus untuk menghiasi dunia dunia kita? Menghiasi hari-hari kita, berkongsi suka dan duka..
Aku juga mencuba berlaku adil, berlaku jujur dengan diri sendiri.. Ternyata, aku temui akan rasa itu..
Terkadang jua aku terfikir, mengapa aku mesti sesepi ini?
Mengapa aku harus melalui rasa seperti ini?
Namun, disebalik persoalan persoalan tersebut, aku tidak sedar akan wujudnya satu perasaan yang indah itu. Perasaan dimana aku tertumpahkan rasa kasih dan cinta terhadapNya.
Sepi mengajar aku erti bahagia. Dengan sepi aku mampu berfikir dengan lebih tenang..
Setiap hari kita kembara untuk menjadi insan, bukan menjadi orang.
Di sebalik pengembaraan hidup itulah Dia wujudkan kembali satu rasa untuk aku.
Dulu rasa ini pernah hadir menjengah diri..
Tapi ia terhapus tatkala ia disia-siakan..
Kini hadirnya memberi aku satu kesan di dalam jiwa, dimana rasa itu begitu bermakna dari yang terdahulunya. Sungguh rasa ini seperti bermain-main di dalam jiwa..
![]() |
| comel tak ? HAHA. |
Tidak akanku lupa akan waktu itu, saling berbahagi cerita, berbahagi teka teki..
Tidakku suka akan teka teki, begitulah aku dan dia bertelagah agar masing-masing memberikan jawapan..
Aku tidak mahu mengalah, dan akhirnya dia mengalah..
Begitulah kesudahannya, terlerai dengan gelak tawa..
Berbahagi akan cerita lain pula, cerita tentang perihal hati.
Namun tidak pula disentuh akan rasa yang sudah lama ada di dalam diri kedua-duanya..
Kerana masing-masing takut untuk berbicara tentangnya..
Takut akan penerimaan tidak lagi seperti biasa keadaan diri aku dan dia..
Lantas diabaikan akan rasa itu, kerana aku bahagia tanpa ada rasa terungkap.
Tapi, rasa yang terpendam itu, suatu hari nanti masing-masing akan menyedari..
Kita mungkin mampu tersenyum, mampu bergelak ketawa sama-sama, tapi di dalam hati hanya Allah yang tahu betapa dalamnya rasa itu.
Kita tidak mampu berbicara, biarkan hati kita sahaja berfantasi, menginginkan itu menginginkan ini..
Harapnya cuma satu, kita temui satu kekuatan untuk menzahirkan ia..
Rasa yang diberiNya tidak ternilai dengan wang ringgit..
Tiada ku jumpa rasa ini di lorong-lorong gelap, di pasar-pasar malam..
Cinta itu satu anugerah.. Alhamdulillah.. Akhirnya aku temui ia kembali.. =)



No comments:
Post a Comment