The most amazing things that ever happened to me --> bila aku tengok The Amazing Race. Serious rasa woahh bombastic fantastic plastic puih! HAHAHA joke. :O
Benda-benda amazing ni memang banyak berlaku dalam hidup sejak dilahirkan 19 Januari dua dekad yang lalu. Aku nak petik salah satu je lah untuk isi dalam entry ni.
It is when you never expected that you will fall in love with someone that you really wanna get rid of forever. Bila berlaku jugak benda tu, memang amazing sangatlah ketentuan Tuhan ni. Dalam hati dah terdetik macam-macam, aku benci dia ni, asyik cari gaduh je. And you know what, tak pernah tercapai dek akal yang benci tu turn up to sayang. SERIOUS bukan cerita dongeng.
Tak pernah terfikir akan ada perasaan tu. Sebab aku memang suka pandang orang sebelah mata je. Tapi bila tiba masa baru aku tahu and baru aku nak rasa kehilangan. Betul jugak pepatah yang cakap "bila ada depan mata taknak hargai, bila dah hilang mula tercari-cari.." Aku dah rasa dah. Tapi aku tak mintak pun woi jadi macam tu. Tak mintak pun nak tercari-cari. Tak mintak pun nak ada "rasa" macam tu. It suddenly happen, so how?
"Rasa" itu pernah pergi tinggalkan aku, tapi dia kembali semula after a thousand days. Amazing kan ketentuan Tuhan? Time tu tak payah cakap, rasa menyesal, rasa bodoh sebab tak reti menghargai. Dah la yang hilang tak kembali, bila ada yang nak mengganti aku pulak buat donno.
Actually, yang menyebabkan aku tak reti menghargai tu sebab aku terlalu berharap dan meratapi kehilangan yang sebelumnya dan taknak berganjak daripada pintu yang sudah tertutup tu sehinggakan aku tak nampakkk pun pintu lain sedang terbuka luas untuk aku. Sehinggalah pintu yang sedang terbuka tu tertutup hari demi hari... Bila pintu tu sudah tertutup, dan pintu yang aku duk dambakan terbuka tu tak jugak terbuka, aku nekad mengatur langkah memasuki fasa baru, tapi bila pusing belakang, kelihatan seperti ada sesuatu yang memanggil dan menyeru nama aku...
And what amazing thing happened, pintu yang baru sahaja tertutup terbuka kembali dan memanggil-manggil aku menuju kesitu. Dan pintu yang sekian lama tertutup tu hilang dari pandangan. Aku tak nampak, kerana tiada lagi rasa dan harapan. Aku yang awalnya kecewa sebab tak reti menghargai dulu tanpa berfikir panjang terus menuju kearah pintu yang terbuka kembali sebab aku taknak rasa kehilangan untuk kali kedua pada waktu tu dan aku zahirkan rasa aku dengan melangkah ke pintu itu.
Cukuplah rasa mereng sekejap sebab pintu tu main cikucak. Nak terbuka tu biarlah lama sikit, sempat aku buat keputusan. Tapi mungkin DAH TERLALU LAMA dia terbuka tapi aku tak nampak-nampak pun. Aku ingatkan ia akan tertutup untuk selama-lamanya dan memberi aku peluang melihat pintu lain. Tapi rupanya tidak. :) Terima kasih kerana kembali dan mengerti bahawasanya saya memang ingin menuju ke situ..
Orang kata, patah tumbuh hilang berganti. Yang berganti tu tak sama dengan yang hilang. Memang pun, it just happened. Harapan aku semoga yang berganti ini lebih baik insyaAllah. Aminnnn~ He knows everything more than we know. Kalau kita rasa kita ni dah terlalu baik untuk seseorang, tapi Allah lebih tahu siapa yang lagi terbaik untuk dia. Semua sudah ditentukan.
Nota Kaki : Sebenarnya tak tahu apa yang amazing untuk buat story dalam entry ni. Yang aku tahu ni je. Wakakaka. Ni pun amazing jugak, dah lama tak blogging, tetiba muncul. Woahh so amazing! Puih :O
Toodles!


