FOLLOWERS

Thursday, November 18, 2010

kesakitan jiwa melanda.

Aidiladha kurang meriah sambutannya.
Jika Aidilfitri, riuh rendah di sekeliling rumah. Pakcik Man dengan sanak saudaranya, aku dengan sanak saudaraku. Meriah pabila mempunyai permata berharga di dalam keluarga.
Namun Aidiladha tidaklah sebegitu disini. Apatah lagi di kota? (stail nok nganying ko hok tok kelik)
Kami di kampung tidak merasakan kehangatannya, apatah lagi mereka di bandar? (haha)

Padahnya apabila Aidiladha, mak aku akan masak menu special constantly sampai la habis stock. Tau ape? Daging lembu ! Grrr.. Sememangnya aku suka makan daging goreng, sup daging, singgang daging, hati goreng, aku suka semua tuh. Tapi beginilah seandainya banyak makan daging dalam kuantiti yang banyak - cepat marah. Percaya tak? Darah tinggi tu satu hal, cepat marah tu hal kedua. Grrr.. Macam mana mahu elak benda ini berlaku? Bukan salah ibu yang memasak makanan yang enak enak berasaskan daging, tapi salah diri sendiri yang barannya mengalahkan The Hulk. Eceh ! Terover plak. Tak macam tu pun sebenarnya. =p Tapi semalam ada ura-ura daku mahu mengamuk entah kerana apa. Lalu daku teringat bahawasanya daku banyak makan daging tadi, ni rupanya puncanya daku nak melenting, bukan salah sesiapa. Ok, bila sudah berfikir sebegitu, dapatlah daku control amarah daku tuh kan? Nanti tak pasal pasal daku kena chop ibu singa. Grrr..

Semalam satu round makan-makan berasaskan daging. Pada awalnya hati sedikit terkesot sebab tacing dengan kawan baik, konon jadi tak lalu makan la. Tapi bila duk dengar tetamu makan kat luar kletang kletung kletang kletung bunyi sudu mengetuk pinggan mangkuk (haha upacara gamelan ke ape), hati meronta ronta nak makan jugak. Hee.. Maka disumbatlah makanan berlaukkan semuanya daging dengan begitu tamak sekali. Tettt tetibe dapat mesej. "jangan makan daging banyak banyak tau, bahaya.." KAHKAHKAH. Tersembur nasik di dalam mulut lalu terkena si adik bongsu. Amarahnya lagi menggunung. Bila die tengah potpetpotpet marah sebab kakak yang baik ni dah sembur nasik kat die, kakak die senyum je memanjang sebab nak marah balik tak boleh kan, memang it's my fault. Hee.. Last last "mu senyum ko gapo? doh la sembur nasik kokre.. aku nok balas balik.." KAHKAHKAH. Hampir tersembur buat kali kedua, tapi nampak gayanya hanya tersedak kecil. HAHA. Begitu prihatin peringatan jangan makan daging banyak. Takut aku melenting la tewww.. Hihihi.. Tau takuttt.. =p

Oh berkaitan dengan keadaan hati. Heh, hati pilu mendengarkan kisah benar dari mulut beliau sendiri. Ufhh. Kenapa dan mengapa aku buta hati ye sebelum ini? Kesian dekat beliau. Begitu tinggi ingatan beliau terhadap semua perkara yang berlaku, tapi aku cuma ade secebis ingatan sahaja terhadap itu. Sorry, it's my fault again. Hee.. Semoga dimakbulkan akan doamu itu. Daku juga mendoakan yang sedemikian untuk kesejahteraan bersama. Ececece ade unsur unsur nak jiwang kat situ, nak menggedik gedik. Haktui tulang rusuk sape la berperangai cenggini nih. (tak ngaku siap!)

Begitulah suasana Aidiladha yang seakan 'meriah' di tv sahaja. Haha. Eh bukan ! Hari raya pertama juga meriah. Meriah tatkala lembu diheret untuk dipenggal kepalanya. Meriah tang tu je la, korban lembu pagi, abis melapah daging sume, balik rumah, maka habis la meriahnya. Balik umah, tido. HAHA. Baekk punyer. Tapi daku tidak pegi la ke tempat korban itu, hanya bapa daku dan adik adik daku sahaja pergi berdamping dengan lembu dengan hasrat abah di dalam hati "aumm makan sup tulang sodap nih." HAHA. Dan, ye ! Sup tulang jugaklah yang mak aku buat setelah daging daging segala diagih-agihkan kepada orang ramai.

Subuh tadi berlaku sedikit perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerja yang agak memalukan buat diri sendiri. Ade ke pulak berebut nak pakai kaler untuk wedding mereka nanti? Yang tu nak hijau, yang ni nak putih campur kuning, yang tu nak biru tapi biru dah biasa sangat katanya, yang ni nak putih merah sempena anak jati Klate, kena la ikut warna bendera Klate, yang tu nak hijau lumut, yang ni nak kaler hijau pucuk pisang, dah macam laki bini dah gadohnye. Nak pilih kaler je pun. Tu pun kawen taktau bile. Haih. Sungguh sengal perancangan mereka itu, memalukan aku yang mendengarnya. Siapakah mereka itu? Ha.. Itu yang kita taktau. Adios.

Nota Kaki : Andai sudah tersurat akan ketetapan jodoh antara dua jiwa, maka itulah yang akan berlaku dengan izin Allah s.w.t. Jika itu yang terbaik, sesiapa pun akan mengiyakannya. Daku juga begitu, ku fikir ini yang terbaik, tidak pernah ku jumpa hati yang setulus sebegitu. Grrr.. Tok oyakk awal awal mano la oghe nok tau. Pahtu tuduh bukey bukey. Aku lesinggg baru tau. Grrr..

No comments: