Seperti yang kita sedia maklum, hari ni hari Isnin ye. Dimana hari Isnin ni terletak pada tarikh 29 November 2010, tarikh dimana birthday makcik aku (haha tuonyo mokcik), bernama Nur Zakiah. Tanpa bercakap panjang, HAPPY BIRTHDAY TO CHE SUE (23th), MAY ALLAH BLESS YOU. Oh, kelmarin 'kau' datang membawa reminder (haha alarm handphone), birthday makcik aku gak, bernama Nur Izati Amanina. HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MEKTI (19th), HAVE A BLAST AND GOOD LUCK FOR YOUR STPM. Ni mokcik hok paling kacip la ni walopon dio tu tok brapo nok pok, tapi takpolah mugo membesar bersama, tikah setahun tu gak, dulu duk main korek pasir skali, tido skali, mandi skali.
Ok. Dikala fikiran tak centre ni, hati resah dan gelisah sebab esok dah nak balik U meneruskan perjuangan di semester baru iaitu semester 4, dimana semester 3 penuh dengan kejatuhan dan kehancuran, tak pernah jadi macam tu and itu sudah memecah rekod pencapaian terburuk aku. Grr.. Bodo laa.. Abah frust, aku laaaagi frust. Doh nok wat guano.. =( Walopon abah berkato-kato disebabkan kejatuhan bergolek golek aku tuh, sero kecik ati la jugok tapi kecik ati oghe tuo kito banyok lagi pado kito. Haa.. Keno ingat gitu. Tapi takpo ! Walopon dio kato gitu, walopon kesok ati sapa teraso diri takdok guno (cewahh), tapi takpo.. Doh namo pom degil, wat pekok jah la walopon hakikatnyo raso bersaloh sapa ko hari ni. Tamat.
Nok bui tips ni sikit. Hati lara buleh terubat. Tapi keno jupo ubat hok betul betul ubat la. Gi la jupo Dio.. Triok la sapa tubik airmato daroh putih skalipom, ngadu la nok ngadu pom.. Dio dengar walopon tokleh nok uboh doh gapo hok jadi.. Kalu duk braso ubat ni tok jadi, gi la cari ubat sampinge. Jange gi kutip dadoh pulok ! Aku kerat palo sep mung. Maksudnyo, 'ubat' supo kanda. Wahh ! KANDA itu ubat. Ah ngarut. (malu padahal). Gi la teney teney jiwo kalu doh tok jupo ubat sampinge gak. HAHA. Tapi keno yakin la nge ubat hok mulo mulo tuh sebab janji dio tu pasti. Dio tok bui gapo hok kito nok, tapi dio bui gapo hok kito perlu (waaa ni ayat dale blog Abe Jie kito nih..)
Hooo.. Namo Abe Jie alik atah tu bukey sajo sajo sebut. Tapi nok oyapnyo Abe Jie tag aku kat blog dio. Bia napok ado kesinambunge gak etep paragraph sebelum dan selepas (haha). Tapi braso nok ngila tok mudoh ni Abe Jie tu, pah ko dale blog ado jugok panggile "DEKSU". Wuwuwu. Manjo molep bunyi. HAHAHA. Hai, saya DEKSU. Nak berkenalan? (ayat nok mitop napa..hahaha). Tibo tibo raso mudo pelik nah ado oghe panggil Deksu dih? Bo bo.. Nok start ngarut doh ni. Marilah wahai jari kita menaip jawapan kepada soalan soalan yang ditanya oleh Abe Jie a.k.a Abe Long (braso supo lamo doh tok panggil Abe Long ko Abe Jie. hahaha) Untuk skodeng skodeng mahupun stalking stalking ataupun membaca entry entry di blog Abe Jie, silalah klik link ini -----> nEscaFe+Milo
1. Apa yang penting dalam hidup korang?
Hidup ini bergantung kepada satu nyawa. Dan nyawa ini milik sang Pencipta. Jika tiada Pencipta, tiadalah nyawa, maka tiadalah aku seorang budak pompuan yang purah purah. Bereh? HAHA..
2. Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri.
Women's beauty products (melabur di Watson beberapa hari yang lalu)
3. Dimanakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?
Tempatnya mestilah di rumah sendiri. Tema, lek luu.. 5 tahun lagi.
4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Dari kecik lagi dah bercinta dengan buku.
5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Redhalah dengan ketentuan. Kalau hari ni kasih dan cinta tu hilang, nak terima ke tidak? Lu pikirlah sendiri.. Dah besar kan.. Konklusinya, Sehingga rasa cinta itu ditarik balik oleh Pemberinya, maka tiada lagi cinta. Betul ko dok? Hahahaha..
6. Dimanakah korang selalu berjumpa kekasih korang?
Hahaha. Soalan ni taknak jawab. Sebab lucu kisahnya. =p
7. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Remaja. Cun cun melecun lencun Fida & Heliza dalam front page Remaja tu.
8. Apakah nama penuh korang?
Rajin rajinlah baca info di profile aku kat atas sebelah kiri tu. Orait?
9. Antara mak dengan ayah, mana korang lebih mesra?
Sejak umur meningkat dewasa, abah aku jadi rajin melayan karenah anak pompuan die ni. Berbeza dengan mak aku. Mungkin die fikir, di umur 20 tahun ni aku dah cukup matang, tak perlu laa nak manja manja sangat. Walaupun ada perbezaan dalam dua kondisi tersebut, kedua-duanya punya takhta dan singgahsana di dalam sekeping hati (cewah..)
10. Namakan orang yang korang betul betul nak jumpa dalam hidup korang?
Sape nak jumpa aku, aku pun nak jumpa die gak. Sape sape?
11. Adakah korang basuh baju sendiri?
Entah kenapa, dari zaman asrama lagi, bagi aku, NO HANDWASH. Malas kan? Ada certain baju tu takleh guna mesin basuh takut rosak tekstur kain die, kalo yang tu baru la aku merungut, apsal laa aku ade baju ni, malas betul nak basuh. Konklusinya, 99% pemalas --> mesin basuh berbakti.
12. Pilih salah satu, peluk or cium?
Woahh ! Dua dua best. Tapi, orang tua tua kata, pelukan itu meredakan kegelisahan dan memberikan ketenangan. Say yes to peluk ! Hahaha..
13. 5 benda yang korang sangat sangat sayang dalam hidup korang?
5 je ke? Macam tak adil plak untuk benda keenam yang disayangi tu. Kita kena berlaku adil walaupun manusia ni tidak mampu berlaku adil. Hahaha.. Pandai je nak putar belit. Takpe, pelan pelan kayuh. Senang senang, aku sayang semua lah. Kalau tak sayang, dah lama aku buang. Hahaha..
14. Lagu yang korang suka dan selalu dengar.
2000 ++ lagu yang ada dalam laptop ni la yang aku suka dengar. Yang selalu dengar plak, lagu yang dinyanyikan oleh Suki Dania. Korang kenal? Die tu nyanyi memang 'best' giler. Sebab tu aku selalu dengar nyanyian die. Setiap hari ok. =.='
15. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
Hari kesembilan belas di dalam bulan pertama di setiap tahun. Dimana? Klik disini untuk kisah selanjutnya ----> Copy From Miszbalqis dan juga ini 19 Januari 2009.
16. 6 orang blogger yang korang nak tag.
Nota Kaki : Tak berminat la nak join contest contest tu sume. Sebab saya bukanlah secantik blogger blogger lain. Kalo melibatkan contest kecantikan tuh mintak maap la, saya tak berminat sebab konpem saya kalah punyerr and konpem memalukan diri sendiri. Percaya atau tidak, dengan menyertai ataupun mewujudkan contest, blog mereka akan mendapat follower yang beribu riban dalam satu minggu. So, sape sape nak up kan traffic dorang, nak komersialkan lagi blog korang tuh, boleh la anjurkan contest (e.g : mata menawan, iklan colgate, shawl tercantik, hidung terkemek, etc..) or korang join saje contest blogger lain. =) Mudah bukan?
Toodles !
No comments:
Post a Comment