FOLLOWERS

Friday, November 12, 2010

Dia pergi..



Tamatlah sudah riwayat hidup binatang kesayangan aku sekor nih.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

As usual, setiap hari aku bangun lambat. Well, that's nature, aku akan tido sampai lebam.
Tengahari tadi, sewaktu korang korang yang lelaki ni pegi solat Jumaat, mak aku kejut aku bangun. =.='
Actually aku dah bangun pagi tu, tapi sebab takde ape nak buat, kemas rumah malas, tolong mak aku malas, aku masuk bilik then pejam mata balik. Tak bertuah kan sape dapat anak macam aku?

Mak aku kejut, suruh tanam sekor rebit yang dah mati. What?!!
Mak aku pun cite cite la, awal pagi tadi rebit yang bernama Ody tu nampak terkulai layu je dalam sangkar die. Adik beradik die yang lain plak duk pijak pijak die sebab berebut nak makan time mak aku bagi makanan. Mak aku pun macam pelik lah tengok Ody lemah je. Mak aku bawak masuk die dalam rumah.
Kitorang memang macam ni, if ade rebit sakit, kitorang akan masukkan dalam bakul then letak dalam rumah, nak rawat sampai sembuh. Mak aku kate lagi, tup tup tup time orang tengah bagi khutbah kat masjid, Ody menghembuskan nafasnya yang terakhir. =( Semoga roh Ody dicucuri rahmat.. Ody binatang baik, tak pernah buat nakal yang melampau. Aku sedih, tapi ape nak buat? Redha dengan permergiannya..

Setelah disiasat dan dikenal pasti punca kematian Ody, baru aku teringat, semalam hujan lebat disertai angin kencang. Tempat tinggal dorang memang bawah bumbung, tempat tinggal dorang tuh abah aku dah buat awning siap, tapi disebabkan angin yang kuat, sangkar Ody terkena tempias hujan, dan jatuh bergelimpanganlah papan papan yang aku lindung sangkarnya. Bila papan tu sume dah jatuh, ada can la air hujan nak membasahi mereka sebab tempias kan. Mungkin Ody lemah cenggitu sebab terkena air hujan semalaman. =( I'm so sorry.. Ody mati kesejukan.. Sepatutnya bila hujan lebat angin kencang macam semalam, aku kena make sure mereka selamat, mungkin aku boleh lindung sangkar dorang dengan kain. Tapi apakan daya, aku tak keluar rumah pun time hujan semalam. Just tengok mereka dari tingkap.. Sobs sobss.

Makanya, aku menggali liang lahad untuk arwah Ody.. Dengan mengantuknya, dengan muka ketatnya, aku cangkul tanah tu dengan perasaan zero. Bila aku pegang and angkat arwah Ody dari bakulnya, baru kesedihan tu menyelubungi diri aku.. Mata arwah Ody tidak tertutup rapat, mungkin binatang ni memang mati macam tu. Mukanya macam suci je, badan arwah Ody sejuk, tapi masih terasa kelembutan bulu die.. Aku tak sanggup nak letak Ody dalam lubang yang aku gali. Agak lama arwah Ody berada dalam dakapan aku, aku cuba terima kenyataan, Ody takkan kembali..

Alamak ! Berair pulak mata aku ni kann.. Haishh.. Ody dah pulang kepada penciptanya diusia lewat 4 @ 5 bulan.. Sorry once again.. I love u..

Nota Kaki : Keep concerning the rest of them.. I will..

4 comments:

ZaHiN said...

smpai ati cik nadia xjage die (T_T) WaaaaAAAaaa~

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

eyhhhh..bukanlaaaa.. =(
dh nk smpai ajal die nk wt cmane..

amal_fc1303 said...

kesian nyer..
dah tinggal baper ekor je rabbit cik nadia nie??

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

huuu..tggl 13 ekor dh...