FOLLOWERS

Tuesday, November 30, 2010

Seorang lelaki yang kecewa.

Petang di Muadzam Shah memang tenang. Housemate aku, Ipah dah ade. So, malam ni aku tak tido sorang sorang ye, ade teman. Hee.. Roomate aku ngan lagi sorang housemate aku balik esok petang. Kesemputan aku dah bermula la ni, kemas kemas barang, unpack sume kain baju.

Oh ye, aku nak share satu kisah ni. Ini kisah benar, takde tipu takde tokok tambah tak berkurun pun. Segar dari ladang punyerr.. Let's check it out. Aku namakan kisah ni sebagai tajuk kepada entry ni.

Once upon a time.. Haziq (bukan nama sebenar) berkenalan dengan Ain (bukan nama sebenar). Dorang ni belajar di universiti yang sama. Mereka mula berkenalan sejak Haziq menyertai salah satu community terkenal di universiti. Pada waktu itu, Ain merupakan salah seorang daripada tulang belakang community tersebut. Ain prihatin terhadap anak anak buah dan 'junior' yang baru menyertai dan kemesraan Ain tu begitu disenangi.

Lama kelamaan, Haziq dan Ain semakin rapat. Mereka seringkali mengikuti program program yang dianjurkan oleh pihak universiti dan juga program terpenting community. Mereka berkerjasama, bergurau senda seperti berada di dalam satu keluarga memandangkan community tersebut begitu berkesan dalam merapatkan ukhuwah sesama mereka.

Nak dipendekkan cerita, sewaktu Haziq berkenalan dengan Ain, Haziq bergelar seorang junior dan Ain sebagai senior. Jarak umo mereka 1 tahun sahaja. Ain mengenali Haziq dengan rapatnya ekoran daripada mereka sering bertemu untuk program community tersebut. Setiap minggu mereka akan bertemu samada untuk meeting ataupun untuk program mingguan. Dari situ, timbul rasa suka di dalam hati Haziq tapi langsung tidak disedari oleh Ain. Kerana bagi Ain, Haziq dianggap sebagai seorang adik, sebab itulah beliau melayan Haziq dengan baik dan lemah lembut. Tapi, keakraban mereka suatu ketika dahulu disalah ertikan oleh Haziq. Haziq sudah mula menyukai Ain, senior beliau sendiri..

Haziq juga menjadikan Ain sebagai rujukan untuk beliau lantaran daripada mereka berada di dalam bidang yang sama. Ain cuba membantu semampu yang boleh. Begitulah baiknya perhubungan mereka. Bagi Ain, Haziq adalah seorang junior dan juga seorang adik yang harus ditunjuk ajar dari bawah sampai la Haziq sudah berada di puncak untuk memikul tanggungjawab penting ketika berada di universiti.

Imbas kembali.. Ain menyenangi sifat Haziq yang begitu mesra dan peramah. Ain dan rakan rakan seringkali melepak bersama Haziq tatkala mereka bertemu untuk program program di universiti. Sehinggalah tiba suatu hari, Ain tidak lagi berada bersama mereka di dalam community kerana masanya telah tiba untuk beliau fokus kepada pelajaran. Memandangkan tanggungjawab itu diketepikan untuk sementara, Ain dan Haziq tidak lagi berjumpa. Terkadang, di dalam satu semester hanya sekali dua sahaja mereka bertemu. Itupun jika selisih di tepi tepi jalan di bandar. Hanya berbalas senyuman.. 

Tanpa disangka, Haziq berani mati menghantar khidmat pesanan ringkas kepada Ain kerana Ain pernah berpesan "kalo takde hal penting jangan mesej aku tau, jangan main main missed call. Aku tak suka.."

Setelah berbulan lamanya mereka tidak mengirimkan khabar, tiba-tiba Haziq menghubungi Ain..

*********************************************
Haziq : I miss you Ain..
Ain : Haha.. Pandai la pulak ko nak miss2 aku kan..
Haziq : Aku betul2 rindu kat ko.. aku seyes ni..
Ain : Hahaha.. Bertuah aku ade orang rindu. :p
Haziq : Sebenarnye.. aku ske kat ko Ain..
Ain : Oo yeke.. Huhu..
Haziq : Em.. ko katne skarang?
Ain : Kat umah la. kenapa?
Haziq : Takde pe.. Ain.. ko ske aku tak?
Ain : Hahaha. Aku ske orang yang ske aku. Tapi setakat ske je la.. Tak lebih2, haru biru gewe aku nanti. Hee.. :P
Haziq : Gewe?
Ain : Yup.. Kenapa?
Haziq : Kecewa aku..kenapa ko tipu aku Ain?
Ain : Asal plak.. Mase bila aku tipu ko? Ko dah terlambat kot.. sebelum ni ye aku single..tp sekarang dah ade komitmen. Takkan aku nak heboh satu kampus kot aku ade boyfren..
Haziq : Aku sayangkan ko Ain.. dari dulu lagi..tapi aku segan nak berterus terang ngan ko..hurmm..takpela..takde jodoh la tu..
Ain : Takpe.. ramai lagi pompuan ko bleh cari.. Yang lawa2 sume tuh.. aku ni ape la sangat..
Haziq : Kalau ko single skarang, ko bleh trima aku tak?
Ain : Em.. aku anggap ko tak lebih daripada kawan la..nak kata anggap sbg adik pun ye.. Ko jangan salah faham kenapa aku baik ngan ko..
Haziq : Ok thanks..
Ain : Ala rileks la Ziq.. Perasaan ko je tu, nak trick. Jangan keliru ngan perasaan sendiri, nanti merana di kemudian hari..
Haziq : Aku seyes sayangkan ko..em..takpela..aku ok. : ) Ain, ti mesej k..aku nak mandi solat..salam..
Perbualan mereka terhenti disitu. Ain serba salah. Bukan niat die untuk permainkan perasaan seorang lelaki, tapi wujud salah faham diatas keakraban antara mereka. Haziq ibarat seorang adik kepada Ain dan rakan rakan. Dahulunya Haziq memanggil Ain dengan panggilan Kak Ain. Tapi semakin jauh perkenalan mereka, bertukar jadi aku kau.

************************************************

Moral of the story : (1). Jangan tunggu lama2.. Nanti dikebas orang. (2). Jangan berharap pada hubungan yang tak pasti. (3). Bataskan pergaulan dan betulkan niat sewaktu berkawan then u will safe from loving someone that will dissappoint u later on because of he/she does not love u.. =)
Nota Kaki : Harus diet ni..52 kg is ideal weight for me tapi tak puas hati sebab nak maintain 49 jugokkkk..Haishh..3kg der naik.. The biggest loser ko gapo nih.. 
Toodles !

8 comments:

Unknown said...

deksue..cito ni mmg jayo r..MOTS tu abe jie pegey sapa ko bilo2..ahaha...
apo pon slmt berdiet la...make roti grdenia hok br tu buleh smggu..x payoh mamoh nasi..turun 6 kg eh

PenarikBecaEhsan said...

valuable story!

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

sekuk tawa :
hahaha..jayo dih? Ain bersaloh ko dok dale hal nih??
tidok kae make roti koho kembung oghe kato? hu..muko doh la bulak doh, jd koho bulak gakkkk

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

penarikbecaehsan :
thank u !! ;D

Anonymous said...

olololorr..comelnya dia 52kg..berat sy pn 68kg..hahaha..

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

anonymous :
awk lelaki ke pompuan? huu..harus diingt ye, tulg lelaki lbih kuat drpd tulg pmpuan, no wonder la if awk lg berat drpd sy. ;) awk berat tulg. =p (bkn pemalas ye.)

emMa saRdOn said...

nice story :)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

eheh.
thanks kak ema. =)
true story ni. heee~