FOLLOWERS

Sunday, November 14, 2010

Doaku..

 

Bismillah.. Yaa Rahmaanu yaa Rahim, Bismillah
Bismillah.. Yaa Fattahu Yaa Halim, Bismillah
Yaa Allah.. Yaa Mannaanu Yaa Karim, Yaa Allah
Yaa Allah.. Yaa Mannaanu Yaa karim,Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah

Yaa Rabbi.. sudilah pandang kami

Terangi jalan gelap ini...
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri..

Yaa Rabbi.. dengarlah doaku ya Rabbi..

Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Syahdu jiwa mendengarkan Doaku sumbangan suara Haddad Alwi yang sememangnya penyanyi kegemaran aku dari zaman sekolah menengah lagi. Dulu, di asrama setiap hujung minggu, setiap pagi, ade pelajar yang ditugaskan menjaga radio fm.. Dah nama pun sekolah agama, memang tak lepas dengan nasyid.. Dari situ aku kenal kumpulan kumpulan nasyid, banyak yang jadi kegemaran aku..

Tapi ada certain time budak-budak ni terlepas gi pasang Era.Fm. HAHAHA. Time tu Era tengah hot, Hot.Fm pun takde lagi. Bila tiap tiap hari disuap dengan lagu nasyid, boleh jadi addicted ! Tapi bila cikgu disiplin - Cikgu Zawawi takde di asrama, mulalah dorang buat setan, pasang Era teruss ! Ape lagi, seronok nak menggelupur kitorang yang duk dalam dorm ni ha.. Jakun dengan Era la katakan.. Hehehe.. Pastu keluar dorm, duk tepi beranda melalak lalak lagu yang hot di Era.Fm contohnya lagu Pencinta Wanita. Wakaka. Lagu ni femes gilerr dalam kalangan kitorang. Pastu volume tu taknak kalah derr, maksimum punyerr.. Satu asrama boleh dengar. Bukan setakat asrama, rumah orang sebelah asrama pun boleh layann.. Pastu bila nampak kelibat kete wira Cikgu Awi masuk perkarangan asrama, budak-budak tuh tukar IKIM balik. Gilerr hipokrtitt.. Haktui betul.. HAHA.

Oh, time tu jugaklah ade seorang hamba Allah ni bagi ucapan dengan menggunakan microphone. Aku lupa dah kitorang panggil ape benda bila buat cenggitu. Ade nama khas untuk sampaikan ucapan dekat member member yang tengah syok tido dalam dorm, tapi aku plak lupa ape istilah yang kitorang panggil tu. Nak dijadikan cite, hamba Allah ni tujukan lagu Haddad Alwi dekat kitorang (aku dan beberapa orang lagi member). Start dari situ, aku minat gilerr dengan Haddad Alwi ok. Lagu Ummi dulu pun tak berapa minat sebab tak kenal sape tu Haddad Alwi. Bila dah kenal, sume lagu nak dengar. Time tu tak reti lagi download download lagu. Dulu setia dengan radio IKIM.Fm.. Dengar nasyid kat situ je, pastu salin lirik lagu dalam buku lirik nasyid yang menggunakan buku log setebal 500 pages tu. HAHA. Addicted dengan lagu nasyid bukan? =)

Erkk.. Aku cakap ape tadi? Melalak? HAHA. Jahanam betol pompuan melalak tepi beranda dorm yang jelas bertentangan dengan dorm lelaki. Boleh nampak satu persatu, dorang seksi tak seksi dorang berguling tertungging, memang boleh nampak. =.=' Kawasan limited derr, asrama dekat-dekat je.. Aku dan beberapa orang member lagi bukan budak baik sopan santun di sekolah, sedia maklum dah kan? Yang duk rajin langgar disiplin asrama tu lah kitorang. Yang selalu 'lompat pagar' balik tak mintak kebenaran tu lah aku. Yang selalu bawak benda-benda haram tu memang kitorang. Yang tak ikut peraturan sekolah pakai tudung tak berapa nak labuh, pakai stokin kartun kartun, tak pakai benda-benda sepatutnya tu lah kitorang.

Tapi yang nakal tak semestinya jahat. Contohnya, kawan-kawan lelaki aku kat sekolah dulu semua budak nakal, satu class boleh dikatakan otai. Bukan setakat kelas aku je, mereka geng dengan semua. Tapi yang nakal tu lah yang ingat akan budi cikgu bila dorang dah besar panjang. Yang sopan santun, yang baik budi dulu tu mane? Diam seribu bahasa.. Taulah awak belajar tinggi tinggi, sekurang-kurangnya bagi khabar berita dekat kawan-kawan.. Mungkin mereka dah temui kawan baru, terus dilupakan kawan seperjuangan di sekolah yang sama.. Sekurang-kurangnya aku boleh tengok dari situ, walau nakal macam dajjal sekalipun, ukhuwah dorang tetap ada sehingga ke hari ni tau. Tu yang aku respect pasal kawan-kawan lelaki aku kat sekolah tu. Bila sorang susah, semua nak tanggung. Bila sorang senang, kongsi senang ramai-ramai. Sape yang tak respect kalo macam tu? Sayu derr bila teringat kat dorang, tak sangka dalam ramai-ramai kawan yang entah ape-ape, wujud kawan yang jenis macam tu. Bertuah tak badan? Segalanya bermula di SEMEKAM.. =)

Nota Kaki : SMKA Melor dalam kenangan. Sungguh aku rindu akan setiap yang terjadi. Hari demi hari mungkin ada kenangan yang terhapus, seiring usia, kita tidak selama-lamanya mengingati akan memori yang berjuta-juta itu, neuron neuron di dalam otak sudah ada yang terputus ikatannya dengan berjuta lagi neuron, tapi akan ada memori yang terpahat dalam ingatan untuk selamanya.. =) Itulah yang dinamakan kenangan abadi..

No comments: