FOLLOWERS

Wednesday, November 24, 2010

Suatu rasa [part II]

meh kita breakfast dengan coffee ni. =)

Aku ingat lagi, ade sorang kawan aku ni pernah tulis artikel dengan judul "Cinta Tak Berbalas". Ye, kalau kita nak berbicara tentang cinta lah kan, takkan ade pengakhirannya. Ade ade je kita nak putarbelitkan fakta mahupun auta tentang perkataan yang bersimbulkan bentuk hati berwarna merah (cinta), kerana cinta adalah satu anugerah yang indah bukannya cinta itu menimbulkan gelisah. I told you before, cinta itu anugerah bukan? :)

Cinta tak berbalas ni menyakitkan bagi korang yang merasai. Korang pernah rasa tak? Hehehe.. Kalo korang tanya aku balik, emm setakat ni aku tak pernah ada lagi cinta tak berbalas. Cinta aku berbalas,namun putus di tengah jalan. Haa, itu hukum karma tau dan sekarang aku percaya kepada hukum karma tersebut, what goes around comes around. Terkadang kita gembira, terkadang kita sedih namun tak pula kita akan sedih sampai mati, ataupun tak semestinya kita sedih pah cerohhh, akan datang la balik rasa gembira tu nanti. Itu hukum alam wahai kawan kawan Cik Nadia sekalian.

Cinta tak berbalas ni membuatkan hati kita jadi penasaran (haha). Betul ke? Sekaligus bila cinta tak berbalas, akan membuahkan angan-angan Mat Jenin. "kalaulah die pun ade hati kat aku..." , "die tahu ke tak perasaan aku sebenarnya?..". Nak taknak kita kena akui dengan hati yang jujur ape jawapan yang kita nak jawab terhadap persoalan hati kita tuh.

 Nah, sekarang ni camane plak kalau cinta berbalas? Haa.. Adakah seperti gambaran orang patah hatinya kerana cinta diorang bertepuk sebelah tangan? Tidak sama sekali weh. Cinta berbalas tu majoritinya merasakan tu satu rasa yang sungguh bahagia. Korang korang yang sedang hangat bercinta (ehem ehem) sila mengaku cepattttt ! HAHAHA.

Kita tak pernah merencana untuk mencintai seseorang or dalam erti kata lain kita tak pernah agak dengan siapa kita akan jatuh cinta kan? Cinta tu datang tak terduga, terkadang ia mengalir begitu saje, dan yang paling parah, cinta tu ibarat air sungai yang mengalir memang susah nak hentikan, tapi tak mustahil. Ingat tu. Disaat virus hati merah tu datang pada kita, ape yang tersirat di hati kecil kita? Yes, cinta itu berbalas. Gembirakah kalian?

Oh ye, Cik Nadia nak berkongsi satu prinsip disini ye. Prinsip dimana diguna pakai oleh diri sendiri dan ternyata ini memang fakta. Women can forgive, but never forget. One day, if she had forgotten, that means she can no longer to remember that.

Betul tak pemilik-pemilik tulang rusuk kiri di luar sana?(haha). Betul. Bila die dah membuat keputusan untuk melupakan, tidak semestinya die berjaya tawu, but when she succeeds in doing such thing, keputusannya selamat tinggal je lah. She really mean it that she need to move on.

Tapi, cinta cinta pun, kena beringat. Di saat kita gembira dengan si dia, saat itulah rasa takut hadir. Takut kerana ape? Haa... Di saat kita merindukan si dia, di saat itu jugalah kita merasa malu dengan Dia sebab kita jarang mengingati Ar-Rahman sebagai pemilik hati kita.. Padahal, Dia yang bagi kita rasa tu. Suatu rasa dimana kita tersedip dihati kita untuk memiliki dan untuk menyayangi (haha..macam geli je aku taip ayat ni)

alangkah bagusnya jika semua manusia ade kesungguhan hati macam ni kan?

"Berhati-hatilah dengan hati yang melambung tinggi, kerana kita akan sakit tatkala ia jatuh terhempas...."
Itulah peringatan terhadap diri sendiri, itu menjadi salah satu prinsip di dalam kehidupan tapi terkadang aku lalai gak, konon nak buat prinsip baekk punyer tapi still lupa, alpa. Kanda, hati kita tak sentiasa berada di puncak bahagia kanda, ada saat dan ketika hati kita begitu goyah dan tatkala itu kembalilah kita kepada pemilik hati, tanyalah padaNya kenapa kita rasa sedemikian? Jawapan yang pasti semestinya kerana kita alpa dengan rasa yang Dia bagi, kita tidak bersyukur dan kita leka.. Ingat itu Kanda, rasa itu anugerah, kita bukan pemiliknya.. Takde laa pulak aku bagi sepenuh hati terhadap cinta kerana selayaknya ia diberikan kepada pemilik hati kita. Tapi pemilik hati tu memberikan satu anugerah iaitu rasa. Rasa yang memerlukan pengorbanan untuk melebihkan Dia daripada dia. Wah, ayat cam keling, korang jangan pening. Pagi pagi buta lepas solat subuh ni mood memang nak skema je. Skema skema pun ayat tetap cam keling.

Nota Kaki : Jari manis dinda ini masih kosong tiada apa-apa lagi... =)

1 comment:

PenarikBecaEhsan said...

niceeeee
(________o0,________)