FOLLOWERS

Sunday, November 7, 2010

Hasrat sekeping hati..

saje letak model cun ni. lawa kan die? gadis melayu tu. hehehe.. pic credit to Ahmad Najmi.


Begitu cepat masa berlalu.
Terasa diri ini baru sahaja menjejakkan kaki ke gedung ilmu yang serba indah itu.
Terasa bagaikan diri ini begitu kerdil dimata warganya. Tapi hari ini tidak lagi.
Aku bergelar senior. Wakaka. Macam la baru jadi senior. Dah dua tahun jadi senior, baru hari ni terasa.

Terkadang diri ini terfikir jua, apa hala tuju?
Terkadang bertubi-tubi soalan datang menimpa. "Apa plan seterusnya?" Setiap detik, soalan itu dipertimbangkan untuk diberi jawapan. Akhirnya, aku tenggelam dalam kekalutan dan kekeliruan sendiri. "Haihh.. Entahla.. Tak nampak hala tuju lagi.." Itu jawapan lemau namanya. Tapi bagi sesetengah orang, itu jawapan biasa. Yes, berada di dalam tahun dua, jawapan itu sudah mencukupi. It's worth.

Namun, bila tiba saat dan ketika, melihat mereka yang berjaya memegang segulung ijazah, terasa begitu rendahnya diri. "Dia dah ada ijazah.. Lepas ni mesti sambung lagi tinggi.." Ye, itu pemikiran kolot yang selalu berlegar di dalam benak fikiran. Aku, masih terkapai-kapai disini, namun masih memikirkan dan melihat kejayaan orang lain dengan iri hatinya. Tapi, itulah cabaran. Itulah pembakar semangat.

Oh yeah ! Skema ok. Actually, semakin lama disini, semakin jeles aku rasa. Kampus Bisnes dan Perakaunan, memang tempat untuk pelajar berjiwa korporat, setiap satu antara mereka harus memiliki sebuah calculator, setiap satu antara mereka harus memahami prinsip debit kredit, setiap satu antara mereka harus cair dan lebur mengenai komitmen besar yang akan digalas sejurus menamatkan pengajian. Eh, skema lagi. Erghh..!

22 November ini akan berangkatnya seorang kawan rapat aku tatkala aku menuntut di Oxford Languages Centre, syurga bahasa penjajah, ke negara penjajah itu juga. Disitu aku mengenali seseorang bernama Ahmad Farid. Beliau berada satu aliran dengan aku, dimana kami di sekolah berada dalam aliran Sains Ikhtisas. Kami belajar Fizik, kami belajar Kimia, kami belajar Add Maths namun kami tidak mengetahui selok belok tentang Biology kerana kami menempatkan diri untuk mempelajari ilmu kira-kira yang berbapakan Luca Pacioli ini. Perbezaan umur kami sejauh 3 tahun nyata memberi impak begitu besar dalam hidup aku tatkala beliau begitu jelas dan tekun mencurahkan ilmu kira-kiranya kepada aku yang ketika itu masih belasan tahun.


Dan hari ini, setelah tamatnya pengajian beliau di salah satu kolej swasta di ibu negara, beliau memberikan khabar gembira buat aku. Aku orang pertama, dan aku orang kedua. Pertama kerana, aku orang yang log in website itu rentetan peristiwa internet dirumahnya terputus, dan aku orang pertama melihat kejayaannya diterima di salah sebuah universiti di United Kingdom. Ternyata aku gembira macam nak melompat-lompat. Kedua kerana, aku adalah insan yang diberitahu akan tarikh untuk beliau terbang melewati angkasa raya.. Sungguh hati begitu pilu dan sayu pabila beliau akan meninggalkan aku disini, menempatkan dirinya jauh beribu batu.. ='(

Aku bukanlah awek beliau mahupun sesiapa nak sedih-sedih. HAHA. Aku hanya insan biasa bergelar seorang rakan yang dijaga dan didekatinya aku persis seorang adik. Oh Farid, begitu mulia jiwanya memberi harapan dan semangat agar aku berjaya mengikut jejak langkahnya. Terima kasih saudara.

Beliau tanpa segan silu memperlihatkan aku dengan keputusan akhir beliau di kolej tersebut. Beliau bukanlah tergolong dalam golongan First Class Honour, namun dengan semangat dan keinginan beliau, semuanya tidak mustahil. Beliau tidak berpegang kepada ilmu kira-kira, jauh sekali meletakkan ilmunya sebagai kebanggaan, namun beliau mengingatkan aku bahawasanya, beliau hanya berpegang kepada satu naskhah Al-Quran dari mula beliau menjadi mahasiswa sehinggalah beliau bakal melanjutkan pelajarannya di peringkat professional, Association of Chartered Certified Accountants - the global body for professional accountants. Begitu tingginya penghormatan aku terhadap beliau.. Beliau bukanlah golongan mereka yang setiap semester tampil menerima anugerah dekan, jauh sekali menjadi rujukan rakan-rakan. Beliau hanya insan biasa, pelajar biasa, yang mana sentiasa kekurangan ilmu. Tapi tu lah, nak sambung ACCA dowhhhhh.. !! Sumpah jeles.

Aku juga teringatkan seorang senior aku di Uniten suatu ketika dahulu. Beliau sama juga seperti Ahmad Farid, bezanya Ahmad Farid muda setahun. Beliau baru menamatkan program ijazah beliau di Uniten tahun ini, dan baru sahaja berada dalam majlis graduasi Ogos lepas. Dan kini, beliau sudah berada di United Kingdom juga, meneruskan pengajian dalam bidang yang sama yang bakal diceburi oleh Ahmad Farid, iaitu ACCA. Amazing bukan? Mungkin bagi anda, yang tidak berada dalam situasi yang sama dengan aku dan mereka, anda tidak merasai. Tapi bagi aku dan mereka yang berjuang dalam aliran yang sama, kami sentiasa cemburu melihat kejayaan mereka yang semakin jauh meninggalkan kami yang masih lagi terkapai-kapai dan keliru dalam menentukan kejayaan sendiri.


Bagaimana dengan aku? Aku, masih disini. Berbakikan tempoh pengajian setahun setengah tanpa dihitung bersama latihan industri. Sentiasa aku suarakan dan menceritakan kejayaan orang sekeliling aku kepada abah aku. Beliau hanya mampu tersenyum. Berkatanya aku tentang keinginan untuk mengikut jejak langkah mereka namun aku masih disini.. Dibalas olehnya, "Habiskan ijazah dulu, belajarlah dulu, kalau nak sambung takde hal, sambung saje, abah sedia tanggung yuran pengajian kaklong, yang penting kaklong nak belajar..." Yes father ! Anakanda memang mahu mahu dan mahu. 5 tahun anakanda menyimpan impian dan hasrat ni ayahanda. Anakanda sengaja kecundangkan diri dua tahun yang lalu, kerana jalan sekarang ini menjanjikan kejayaan yang pasti bagi anakanda dan anakanda tidak menyesal. Anakanda abaikan rezeki dua tahun yang lalu demi jalan sekarang yang anakanda lalui. Terima kasih ayahanda, akan anakanda berusaha sepenuh jiwa dan raga walau ada saat dan ketika anakanda rebah menyembah bumi, namun anakanda harus bangkit, bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri sendiri. Kerana itu keinginan dan hasrat anakanda =)

Nota Kaki : Lamo doh tok gi airport nih.. Haih..

7 comments:

udin said...

like. :)

Admin said...

jom3 ore bwak g aiport!!

hehehe..
^^,

admin said...

belajr jgn x blajar....agok2 ley PhD kalih...hehe rjin sunguh mg..

admin said...
This comment has been removed by the author.
Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

udin :
eheh..thanks ! :)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

kak ayu :
jom ! kfc di airport nk? hehe..

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

faizol-1 :
ngaa~ phd joe??
tuo la tok laki aku nunggu aku abih ngaji sajo.. kahkahkah..