Alhamdulillah.. Selesailah sudah and berakhirlah sudah kecuakan aku untuk hari ni.
Rasa gembira tak bila dapat tolong orang?
YES OF COURSE !!
Rasa happy gilerr, plak tu masa depan orang bergantung gak laa sikit sikit dekat kita.
Lagi la rasa happy bila sebuah kejayaan bermula dengan pertolongan kita kan?
Fuhh.. Memang aku tumpang gembiralah bagi pihak abang besar aku, Abg Qawi. Wakakaka!
Abg Qawi tu yang macam Muthusamy kat bawah yang berbekung merah tuh ha. Hihihi.. Gambar ni time sambut hari jadi ahli yang lahir bulan Januari. And time ni aku tengah training dengan skuad demo rasanya, sebab dah takde nak watpe, training demo je lah. Haihh.. Rindu nye..
| sorry la gambar blurr sebab orang yang tengah tangkap gambar ni kena luku kat pale. HAHA |
Tengahari tadi dalam pukul 12 aku gerak dari rumah sorang-sorang pegi Kubang Kerian.
Destinasi asal nak ke IPD Pengkalan Chepa.
Tapi disebabkan aku tak berapa mahir jalan ke Pengkalan Chepa, aku terpaksa follow abg besar.
Hampir setengah jam aku tunggu die, naik beku kaki tangan dalam kete.
Seperti yang dijanjikan, aku tunggu die depan HUSM Kubang Kerian.
Setibanya die, dengan berpakaian kemas, berkemeja, berkasut, bertali leher, masuk kete aku and panggg !! Tutup pintu. Kelam kabut punya pasal. Sebab dah lewat, termujanji di IPD pukul 2.
Sebuah kete family die dah laju ke depan. Die naik dengan aku.
"Nadia boleh bawak sampai sana tak?"
Em, Abg Qawi bawak je lah. Jom tukar.
Vroommm kete meluncur laju menuju ke PC. Kitorang follow kete family abg besar.
Mak ayah kakak die sume ade. Sogan denn.. HAHA.
Cis ! Orang Kelantan tak pro jalan ni camane? Mak die yang bukan orang Kelantan tu boleh drive sampai sane. HAHAHA. Buat malu je aku ni. =p
Kecuakan aku bertambah-tambah macam air paip dibiarkan mengalir memenuhi baldi.
Wuwuwuwu.. Dari mula aku sampai, dah terdengar si polis tengking tengking calon die.
Haish ! Naik stress aku dibuatnya. Small mistake, dimarahi sampai aku sakit jiwa mendengarnya.
Tapi bukan abg besar la yang kena marah, orang lain.
Terpinga-pinga aku kat situ. Dah la pompuan tunggal ! Calon lain sume bawak pengadil peribadi lelaki. Diulangi, pengadil peribadi lelaki ok !
Duk sembang sembang dengan abg besar kejap, muncul sorang kakak nih.
Yes ! Ade geng. Kakak tu senior aku kat Uniten, aku panggil Kak Yani je. Tapi aku tak sempat ngan die pun, dah lama grad, abang besar yang kenalkan kitorang. =)
Mulut die potpetpotpet. Perghh.. Matching sangat rr dengan jurusan die, Marketing. Sekarang die businesswoman yang berjaya meletop ! Banyak skandal dengan Datuk youuuu.
Segala macam cite skandal die story kat aku. Sampaikan aku geleng kepala gak. MasyaAllah Kak Yani nih, gedeban betol lah. Orang Kelantan cakap, galok. Haa..
HAHAHA. Katanya, berdamping dengan lelaki tu perkara biasa bagi seorang businesswoman.
Tettt.. Aku stop cite Kak Yani kat situ. Btw, die ni sangat baik ! Suka bersembang and berbobok dengan die. HAHAHA. Boleh buat geng rr kire walaupun umo die dah 25 tahun.
Selepas abg besar mintak IC aku, isi borang sume, tertera atas borang tu, biodata pengadil-pengadil peribadi. Ternyata, aku dengan Kak Yani je pompuan. Calon lain sume bawak bodyguard lelaki. Duhh.. Malu gilerr la sengal. Huhuhu.. Abg besar taktau nak contact sape dah, kebetulan aku dengan Kak Yani je available untuk hari ni, aku pun berbesar hati lah nak tolong die. =)
First time wooo kena soal siasat dengan polis. Orang besar der, taknak mention kat sini, nanti korang dengki plak aku disoal siasat oleh orang besar Bukit Aman. Heee.. Tangan kaki sume seram sejuk.
Sume polis yang berkeliaran kat tempat interview tu muka dah ok dah, tapi sekali tengking, duhhh.. Gugur jantung aku. Nasib baik aku bukan dalam kalangan calon untuk pangkat Inspektor tuh.
Kalo tak, memang kena reject awal-awal. Aku gabra kottt !! HAHAHA.
Selesai Kak Yani di interview, turn aku plak masuk bilik berdua-duaan dengan Tuan Polis.
Die tu lawak nak mati ! Boleh masuk raja lawak. Bagi aku laa..
Tapi abg besar kata, tuan polis tu garang, and die terkejut sebab Tuan Polis tu boleh bergelak ketawa lagi dengan kitorang time interview part sorang-sorang tuh.. Haihh.. Ajaib tuh. Tetibe je kan jadik happening.
Aku kena soal macam-macam ! Macam aku penjenayah pun ade gak. Giler.
Aku gabra nak mati. Tapi bila Tuan Polis tu asyik berseloroh, bergurau senda, aku naik tocang la. Ape lagi.
Dilamarnya aku untuk jadik bini nombor dua die, kalo taknak jadi bini, jadi gewe pun jadi lah. Dikomennya contact lens yang aku pakai, cantik and matching dengan gadis Asia katanya. Die siap bagi tips lagi camane nak pakai lens matching dengan kaler bulu kening. Erkk..?! HAHAHA. Ni dah lari topik sesi interview.
Soalan die sepatutnya berkaitan dengan background abang besar. Tapi melencong ntah kemana.
Memang die ni boleh dibawak bersembang. Al maklumlah, pompuan depan mata kan?
Pengadil peribadi yang lain sume laki, die strict la sikit.
Kak Yani siap promote lagi product kecantikan die kat Tuan Polis tu. Giler.
HAHAHA. Seharian duk bantai gelak dengan Kak Yani.
Dalam duk gabra aku disoal siasat oleh Tuan Polis tu tadi, sempat gak berseloroh. Memang banyak la !
"Die ni muka macam kaki pukul je.. Samseng macam ni mana boleh jadi Inspektor polis kan? Gangster, rekod mesti tak bersih.. Awak rasa die layak ke pegang jawatan ni?"
Aku membalas ,
"Muka die memang macam samseng pun, tapi dalam hati die ade bunga tuan, jangan main-main. "
KAHKAHKAHKAH ! Tuan polis tu gelak separuh mati. Diketuknya meja dumm dumm dummmm!! Laptop die terkalih sebab terlanggar siku. Aku buat kelakar ke sampai die gelak tak hingat dunia tuh? HAHAHA. Aku pun ikut gelak sama sebab aku rasa macam kelakar je details aku bagi pasal abg besar ni. Tuan Polis tu gelak berair mata. Gelak, gelak jugak. Dalam hati aku tengah risau, kang aku terlepas cakap pape, nanti abg besar kena reject. Kalo bukti or info aku bagi tak memuaskan hati pihak polis bukit aman nih, nanti diorang pangkah abg besar ! Untuk temuduga hari ni, abg besar kata, dorang nak pilih sorang je calon yang layak untuk ke depoh, masuk PULAPOL. Lagi laa kitorang cuak kan?
Paling kelakar, Tuan Polis tu kate,
"Die jurulatih awak kan, sakit ke tak kena sepak terajang dengan die? Jalan terhinjut hinjut tak?"
Aku balas kaw kaw pnyerr.. Padahal aku kelentong je. KAHKAHKAH.
"Fuhh.. sepakan die lebih kurang sepakan penalti yang Hairudin selalu buat time football match tu la tuan, memang power gilerr tuan. Sekali sepak, lembik lutut saya ni tuan. Die memang konsisten dengan silat. Nama pun jurulatih kan tuan, belt merah tu. Saya memang respect ah kat die. Bertanggungjawab terhadap persatuan, bertanggungjawab terhadap anak buah die ni, degree accounting die pun berjaya tuan, asyik join symposium je, aktif la tuh kan. Lagi satu, die memang aktif gilerr dengan hoki. Kalo muka die takde kat kampus, hah ke Bukit Jalil lah nampaknya, bermain hoki. Memang aktif tuan. Muka die memang cenggitu, die cam samseng, tapi die baik tuan. Bukan nak kata baik dengan pompuan je, tapi baik dengan sume orang. Tengok laa gaya die tuh, dah macam CEO tuan, tapi tu laa, nak jugak die keje dengan PDRM. Tuan terima je lah die.. Konpem tak menyesal. Saya yakin die memang sesuai gilerr jadik Inspektor polis nih.. "
Tuan tu nak korek lagi. Aii, tak puas hati nampak? Ok fine, tanya lah sampai puas hati. Yang mana aku taktau, aku bantai je. Kelentong sekali sekala. Sila sila..
"Die keje ape sekarang? Kat mana?"
"Em, die keje bahagian audit dekat company mane entah. Saya tak sure laa plak, company kat KL. Tu la tuan, dah syok syok jadik auditor, nak pulak die jadik polis. Kalo saya, saya taknak tuan. Setia dengan keje lama. Tapi tu la, die kata serabut dengan company tuh, boss macam hampeh. Lagipun, background family die macam best je. Ayah die bekas tentera, abang die keje Air Force TUDM Kuching, die plak nak jadik polis. Memang cantekk lah tuan..."
Hah ! Tu dia. Sepatah Tuan Polis tu tanya, panjang lebar aku explain. Biar die tak tanya banyak. Wakaka ! Aku dah habis-habisan tuh backup abg besar, buat cerita baik punyerr.. Eh tu bukan cerita tipu, tu sume kebenaran, aku cakap jujur je. Takmo aku tipu tipu, nanti Tuan Polis tu psiko aku, mampusss. Reject terus Al Qawi Haqq tuh. HAHAHA.
Setelah banyak bersembang dengan Tuan Polis tuh tadi, die berkata ;
"Baiklah, tu saja soal siasat saya tentang latar belakang Al Qawi Haqq ni. Semoga kita berjumpa lagi, ade masa saya hantar rombongan meminang ye, and selamat menjalankan pengajian di Universiti. Terima kasih kerana bagi kerjasama.. Assalamualaikumm.."
Giler. HAHAHA.
Aku pun blah dari bilik die dengan senyuman tak lepas lepas ! Gelak sorang sorang ! Giler betul la Tuan Polis tuh, siap offer aku jadik bini, jadik awek die. Memang ngada ngada kan? Buat lawak bodoh betol la. Nak berloyar buruk ngan aku sampai esok pown tak habis. Die soal tentang latar belakang abg besar, aku jawab je la mane yang aku tau. Sebab kitorang saling mengenali, nak kata rapat boleh laa tahan.
And people, u know what? He got it ! Alhamdulillahhh..
Congratulations abg besar for the selecting.
Happy gilerr dengar die cite, Tuan Polis tu suruh die turunkan tandatangan, and then dorang bersalaman,
"Tahniah, kita jumpa di depoh, awak tunggu surat panggilan nanti"
Yabedabeduuu.. ! Kitorang memang excited gilerr ah. Kak Yani siap lompat lompat lagi. Syukur.. Tersengih memanjang abg besar tuh. Siap belanja kitorang makan lagi. Perghhh.. Plak tu, siap belanja aku lagi. Belanja ape? Haa.. Kak Yani kan businesswoman, menjual product kecantikan brand die buat sendiri. Memang berjaya la akak nih. Die offer kat aku satu product ni, harga asal mahal gak laa untuk student cam aku nih kan, tapi die kasi murah gilerr dekat aku. Kebetulan aku takde duit kecik nak hulur, abg besar pun hulurkanlah duit die. Heeee.. Segan plak aku. Menyusahkan je.. Heeee.. Macih abg besar. Macih Kak Yani.
And now, dah kenal Kak Yani, seorang businesswoman yang berjaya, product dah femes dalam Malaysia, die offer aku untuk jadi pengedar. Tapi aku malas. Tak berminat la. Takpe, die kata kalau ada masalah berkaitan dengan kecantikan, jumpa je die. Harga special Kak Ni bagi kat Nadia. Yeyy ! Bertuah dapat kenal Kak Yani nih. Die nice gilerr walaupun lifestyle die macam 'kurang best' sikit kan, tapi as long as die berbuat baik dengan aku, aku ok je. Hidup die, die yang tentukan. Kita takyah masuk campur ok. HAHA. Tapi Kak Yani memang best lah !
Habis makan dekat Permai Cafe, kitorang gerak balik. Kak Yani vroomm vroomm pegi buat keje, nak pantau pekerja die. Jeles betol laa.. Rasa macam nak keje sekarang. Hehehe.. Aku and abg besar plak balik same-same. Dari Pengkalan Chepa, bawak die pegi Wakaf Che Yeh sebab family die tunggu kat situ. Stop kan die kat Horizon Garden, aku masuk dalam jap, salam salam dengan family die sume, aku mintak diri nak balik.. Konon nak tunjuk sopan laa kan. Tak elok plak blah camtu je. Hehehe.. Mak ayah die tak habis habis duk berterima kasih kat aku. =) Rasa dihargai tau ! Sama-sama kasih makcik pakcik kakak kakak sume.. Hehehe..Rezeki die. Semoga berjaya lah ye abg besar. Tahniah sekali lagi. Persetankan orang lain yang tak setuju and tak suka abg besar jadik polis, yang penting kita tahu matlamat hidup kita. Dorang bukan kasi duit kat kita pun nak halang-halang keje kita kan.
Aku vroomm vroomm balik sensorang meredah malam di waktu maghrib di atas jalan tanpa sebatang tiang lampu. Gelap la ngokk ! Kalo orang eksiden pun takde orang nak tolong sebab tak nampak. Aku plak blurr blurr bawak kete malam. Nak nangis je rase sebab silau dengan lampu kete bertentangan. Tapi, gelap ke, tak gelap ke, aku speed tetap maintain 100+. Merbahaya, tapi macam adventure. Abg besar cakap, respect ahh pompuan bawak manual, jalan jauh, laju-laju. Memang expert. HAHA. Aku memang suke manual kot, aku suka main gear. Walaupun kaki lenguh tekan clutch, do i care? Yang penting, aku suka manual ! Hehehe.. Mak aku dah bising sebenarnya, sebab dah malam aku tak balik balik lagi. Huu.. Tu speeding aku cecah 140. Wah ! Kau nak mati Nadia? =.='
![]() |
| doesn't exist, and never exist in a lifetime, anymore. |
Nota Kaki : Sangat setuju dengan pandangan abg besar tadi, "abis tu, Nadia tak minat dah?" Yes i am. Saya tak cari bf sebab saya dah tak berminat. Saya bukan lesbo, tapi saya macam takde perasaan je dekat lelaki nih. Cukuplah saya gembira pabila melihat orang lain gembira.

2 comments:
kemah keming!
kemah kemah.. hahaha..
Post a Comment