FOLLOWERS

Monday, August 23, 2010

Indahnya Persahabatan.


3 April 1988
7 Ogos 1989
23 Ogos 1990

***********************
Itu itu semua tarikh terpenting bagi kawan baik aku 3 ketul tu. Tarikh dimana mak dorang bersabung nyawa nak lahirkan dorang. Indahkan bila kita sedar bahawasanya kita sudah hidup di atas bumi ni dah berpuluh-puluh tahun. Aku, dah bernafas selama 20 tahun.. Aku, memberi kebahagiaan pertama kepada ibu bapa aku, sebab aku anak sulung. Aku, banyak menyusahkan ibu bapa aku, sebab aku kan kak long, mesti banyak songeh and keras hati and degil and macam-macam. Tapi, ibu bapa aku sendiri dah 20 tahun bersabar dengan perangai aku yang macam-macam ni. Tabah kan dorang..? One fine day, aku nak jadi seorang ibu yang baik hati, cool dan serba boleh dalam menguruskan hal ehwal rumahtangga macam mak aku. Dan aku jugak nak jadi seorang yang penyayang, tolak ansur, dan tegas dalam mendidik anak-anak macam abah aku mendidik aku, Abe We (Faris), Bani Cik, and Diknur.

Sebenarnya aku rindu dekat mak ayah aku. Dah la terharu gilerr dengan mesej abah siang tadi. Die cakap, kalau demam tak payahlah puasa. Die ingat aku demam teruk macam aku selalu demam kot. Tapi aku tak sampai demam teruk pun. Kurang sihat je. And dah sihat walafiat la kiranya sekarang nih. Abah aku cakap lagi, bila kita tengok wajah ibu bapa kita, kita akan dapat pahala. Aaaaa.. Ni umpan nak suruh semangat balik kampung aku ni berkobar-kobar ke ape. HAHA! Tunggu kepulangan anakandamu ini. :) :) :)

Eh lari topik. Hari ni birthday Ipah. :) Selamat hari jadi yang ke-20, semoga ko sihat selalu, gembira disamping kitorang, and bahagia dengan keluarga. Wish u all the best in everything u do. And, aku harap kita sangat sangat menghargai detik-detik terakhir aku kira bagi kita semua kat sini.. Ia masih bersisa, tapi sisa waktu ni akan berlalu dengan cepatnya sampaikan kita tak perasan kita akan meniti penghujungnya.. Aku ingat lagi, hari first aku jumpa ko kat Desasiswa Harmoni, bertarikh 28 Jun 2008. Time tu kita sama-sama nak mendaftar kat sini, and mak ayah kita sama-sama blurr lagi dengan jalan kat sini. Dari situ mak ayah aku berkenalan dengan mak ayah ko and aku berkenalan dengan ko. Selesai mendaftar, kita tak serumah, tapi aku kenalkan ko kepada housemate aku semua and hubungan kita semakin baik sehinggakan kita declare kita berempat sebagai kawan baik sehingga ke tarikh ini, 23 Ogos 2010, tarikh birthday ko. Nak cakap banyak pun tak larat gak, nanti aku bebel panjang-panjang, tak best. Indahnya persahabatan. HAHAHA.


(happy belated birthday to Watip, 7 Ogos yang lepas. Orang lahir bulan Ogos macam ko ni memang perangai pelik. Macam-macam! HAHAHA...)

Nota Kaki : Selamat hari jadi kepada semua pemilik tarikh 23 Ogos. Semoga anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t sentiasa.

10 comments:

amal_fc1303 said...

happy birthday to your frenz...

ieka said...

^_^.. sweet...
nilai pershbtan n azam tok jd ibu yg baik... so sweet n i hope u can do..yup u can do..
eppy burfday your frenz.. god bless ur frenz,,

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

amal_fc1303
:) on behalf, thank u dear.
nnt i wish birthday u plak. HEHE.. bile bile?? :D

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

ieka
hehe..azam nk jadi ibu tu sgt penting ye. jom2 kite same2 berazam. hehehe...thanks a lot ieka. may god bless u too. :)

ieka said...

sy pown nk jd ibu n isteri n ank yg baik serta hamba ALLAH yg solehah.. tgh baiki diri jugak..

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

=) semoga Allah mempermudahkan..

Datin NurulSyazwanie said...

aik..
besday aq dOp engt dOh 2..
cdey ah nga mg mc nad...

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

ninieynoty :
ngehehehe...hepi belated besdayy wani mucuk2....rama dooh etep besday oghe. :D may Allah bless..

amal_fc1303 said...

birthday saya jumpa tahun dpan je la awak. 13 march 1990. nie la birthday saya. wish jgn xwish yer...

*kidding

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

ouhhh..! kena jumpa taun dpn dah eh..
hahaha..bereh2.. 13 march, same dgn birthday org trsayang sy . :) mesti ingat punyerr... :D