Maksud bestfriend adalah kawan rapat/baik ataupun orang Kelantan sering menyebut panggilan tu dengan panggilan "gu kkacip" dan kami selalu menggunakan motto "sek kito jange pecoh" especially digunakan oleh geng yang berkawan rapat. Semua tu untuk menunjukkan keakraban dan kekentalan hubungan persahabatan lah kan. Bukan senang tau nak cari kawan baik. Dan bukan senang jugak nak jadi kawan yang baik.
Kawan baik/rapat tak mengumpat belakang-belakang. Sebab kawan baik ni kalau ada tak puas hati apa-apa, dia akan sound direct setempek kena atas muka. Kau pernah rasa? Aku selaluuuuu. Aku kena sesedap rasa, sebab aku buat salah, memang patutlah. Tapi itu lebih bagus daripada cari partner nak mengata belakang-belakang, lepas tu buka aib yang tak sepatutnya dia bagitau. Bila dah tak puas hati ni, mulut lebih lantang bersuara, no wonder lah rahsia bukan lagi rahsia. =.=' Sangat benci dengan kawan yang macam ni.
Contoh situasi ;
Si A : Kau tahu tak, Nadia tu sebenarnya ada affair dengan budak yang nama Aaron Aziz tu. Tapi kau jangan bagitau siapa-siapa, ni rahsia. Aku sorang je yang tahu sebab aku kawan baik dia.
Si B : Owh.. Yeke? Pandai dia sorok..tak nampak macam ada secret affair pun.. Okay, aku diam-diam je..
Tapi, seperti yang kita tahu, orang yang bukan kawan baik dengan kita semestinya ada kawan baik dia tersendiri. Betul tak? Maka...
Si B : Weh, nak tahu satu rahsia tak? Ni hot punya..
Si C (kawan baik Si B) : Kau korek rahsia dari mana ni?
Si B : Nadia yang satu kelas dengan kita tu ada affair dengan Aaron Azizzzzz. Tapi kau jangan bising-bising tau, kita-kita je yang tau ni. Tau tau??
Dan berlanjutan lah cerita tu tanpa disedari oleh mangsa. Lepas sorang, sorang yang tahu. Maka, rahsia bukan lagi rahsia. Pernah berada dalam situasi begini? AKU PERNAH. Tapi cerita atas tu rekaan je. Cerita sebenar berlainan 100%. Orang yang buat aku macam tu aku dah letak dalam list backstabber, dan sampai ke saat ini (setelah berapa semester kejadian) aku tak bertegur sapa dengan orang tu, bukan aku taknak tegur, dia yang malu dengan aku. Bila terserempak je terus nak lari. Aku bukan siamang nak takutkan orang. Sengal. Kalau ada lubang bawah tanah, dah lama dia masuk menyorok daripada aku. Orang bersalah kan?
Aku ingat lagi punca terjadinya benda ni adalah disebabkan aku menegur kesilapan dia. Kesilapan yang jelas depan mata, aku takut orang lain bawak mulut pasal dia. Sebelum orang lain tegur, baik aku yang tegur dulu kan? Tapi nak dijadikan cerita bila dia tak boleh terima teguran aku. Sedih kan? :'( Tapi tak mengapalah, aku tak rugi hilang kawan macam tu. So, itu bukan kawan baik okay. Itu sekadar kawan biasa (dulu la, sekarang tak).
Kawan baik/rapat adalah kawan pertama yang dicari bila kita rasa sedih ataupun gembira. Kepada dialah tempat kita meluahkan perasaan, yang mana perasaan tu tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Mungkin malu lah kan nak bercerita dengan orang yang tak rapat ni. Kalau dengan kawan baik, everything she/he know about us. Tapi kawan yang declare kawan baik/rapat, yang mana bila susah nak sama-sama, bila senang pergi melarikan diri entah kemana (sengal je), tak patut dideclare sebagai kawan baik okay. Itu kawan biasa, bukan kawan baik mahupun kawan rapat. =.='
Contoh situasi;
Si A : Beb, malam ni free tak? Jom keluar pergi shopping mall, aku nak beli barang-barang aku, nak tengok wayang cerita feveret aku baru keluar hari ni dowh! Jom ah..
Si B : Okay, jom jom..
Baik kan Si B? Iiiiiikut je si A ajak pergi mana. Teman pergi situ, teman pergi sini. Atas alasan, si A kaaaan bawak kereta pergi kampus. Tapi, itu time dia memerlukan. Cuba tengok dari sudut time dia yang diperlukan?
Si B : Weh, teman aku pergi bengkel kereta jap. Takut la nak pergi sorang, kat situ ramai lelaki.
Si A : Ala, aku sibuk la. Nak buat assignment ni.
Nampak? TAKDOK FUNGSI ! Kalau aku jadi Si B, dah lama aku balas macam ni 'kau bila tumpang senang aku nak! bila aku susah kau buat bodoh je! dasar nak ambik kesempatan! takde kau aku boleh survive la! taknak jadi kawan kau. puih'. Memang patutlah, mengambil kesempatan diatas kesenangan orang lain. Itu bukan kawan baik okay, itu kawan biasa. Malah, kalau tak kawan dengan orang tu mungkin lagi bagus, buat sakit hati je.
Maksud kawan baik ni kadang-kadang mengaburi mata kita kan? Bila orang baik dengan kita time senang, kita pun sukalah sebab boleh share happy dengan orang lain. Tapi disebaliknya, cuba kau sakit, ada mereka kisah?
Contoh situasi ;
Si A : Kau kenapa? Macam takde mood je.
Si B : Tak sihat lah.. Taktau nak buat macam mana dah.. (sambil batuk-batuk)
Si A : Batuk kau tak hilang-hilang lagi ke Nadia? Lama gila kau batuk. (nada perli aku siot. b_0_d_0)
Si B : Dah dia taknak hilang lagi, nak buat macam mana. (dalam hati berkata, aku tak menyusahkan kau pun, tak payahlah buat nada and muka perli. siot.)
Si A : Owh yeke. Ok..
Situasi ni aku pernah alami sendiri okay !!!!! Dua tahun yang lalu rasanya. Tak ingat. Tapi yang pasti, aku akan ingat sampai mati sebab dia perli aku. Pedih menusuk dalam hati. Bukan tanya nak ubat tak? Nak pergi klinik tak? Nak apa-apa tak? Ni siap perli lagi, lama gila kau batuk. Nak cakap dia batuk sehari je lepas tu sembuh la? Nak cakap aku batuk lama sebab mengada-ngada la? Okay, aku rasa aku sedikit emo disini. HAHAHA. =.=' (mulalah aku nak sedapkan hati, dia period kot time tu. taknak terasa punya pasal)
Siapakah "gu kkacip" a.k.a kawan baik/rapat aku yang tahu segalanya tentang baik buruk aku?
Masa aku sekolah rendah aku tak menitikberatkan sangat bab kawan baik kawan tak baik ni. Sebab aku taktau nak fikir betul ke dia ni kawan baik aku? Haha. Tapi, aku boleh klasifikan sebagai kawan baik bila kemana-mana saja aku pergi dulu mesti dia ada sekali. Kira geng lah.
Naik sekolah menengah, semua orang jadi kawan. Sebab satu sekolah tu rasa macam family. HAHA over tau. Tapi, dalam ramai-ramai kawan tu, ada kawan baik yang faham jiwa dan perasaan, tahu baik buruk, ada time susah senang, mengumpat mengeji tu biasa lah. Mulut semua taknak kalah, tapi masih boleh menerima kekurangan masing-masing.
Dan bila masuk alam universiti, aku berenam. :) Sebab kenal masa mula-mula masuk Uniten, kenal dari foundation. Lepas tu duduk serumah lamaaaa, then jadilah kawan baik. :)
Sehingga sekarang, orang yang aku declare kawan baik/rapat ni tak pernah menolak tak pernah lari tak pernah mengeji bila aku cuba cerita masalah, ataupun mintak tolong apa-apa. Kalau mereka tak mampu tolong, mereka akan cakap dengan jujur, dan secara lembut, 'sorry...aku takleh tolong..sebab blablabla..sorry..' Tak ke sejuk hati? Bukan macam sesetengah kawan, 'ala aku sibuk la, ada assignment, ada discussion blablablabla' padahal duk online facebook. Puih aku dah kenal mana kawan biasa, mana kawan baik.
Kawan baik/rapat ni, kemana pun kita pergi, walaupun jauh dimata, tapi dekat dihati. Wahh gituuu.. :) Jadi, anda boleh jadi kawan baik kepada kawan-kawan anda. Tapi jangan sesekali mencuba situasi-situasi kat atas tu. Aku pancung sorang-sorang. =.=' Kepada yang ada kawan baik, jaga persahabatan. Kepada yang takde kawan baik, menipu sangatt sebab semua orang ada kawan yang dia percaya dan boleh diharap.
Sesungguhnya siapa yang berkawan dengan aku, dan nampak "kkacip" gitu, korang sememangnya kawan yang baik. :) Terutamanya kawan-kawan time sekolah menengah. Seriously aku rasa zaman sekolah menengah la yang aku rasa heaven sangat ada kawan. Memang pernah gaduh, pernah tarik muka, tapi tak pernah berdendam kan? Zaman sekolah menengah jugaklah banyak mengajar aku tentang gunanya seorang kawan, baiknya hati kawan, gembiranya berkongsi cerita dengan kawan-kawanm dan sampai sekarang masih berkawan. Baik, gembira, takde nak cari gaduh ke ape ke, berdendam ke.
Jadi, korang kawan yang sangat baik bagi aku, and no touching-touching, aku sayang korang semua. Kalau aku tak sayang, aku tak tegur, aku tak balas teguran, aku tak bersembang kencang dengan korang, aku tak ambik berat, aku taknak tahu semua cerita. Itu signal aku tak berminat nak berkawan lah tu. HAHA. :)
Terima kasih kepada semua orang yang rasa dia berkawan dengan aku. Sebab tanpa korang, aku tak ramai kawan. :) Tapi, aku pun kena berwaspada jugak, mungkin dalam ramai-ramai kawan aku ni, terselitnya gunting dalam lipatan? Duri dalam daging? Talam sepuloh muka? Upssss taknak ulas panjang-panjang. :) Yang paling penting, kawan-kawan perempuan aku semua cantik dan gojes, manakala kawna-kawan lelaki aku semua hensem dan kacak. (^_^)
Toodles!







