Post lepas yang menjanjikan DAY 1 pada 15 September aku tuuu dah tertunda sampai 4 Oktober. Well, aku orang melayu. Ni la janji melayu. KAHKAHKAH. Busy la oii, tak sempat nak blogging. I am very sorry. :')
Pertama
sekali orang kena tahu nama penuh aku. Nurul Nadia Binti Faisal Shukri.
Keduanya, orang kena tahu macam mana ejaan nama abah aku. F.A.I.S.A.L
S.H.U.K.R.I. Bab ejaan nama abah ni aku pantang sikit. Contoh paling takleh
blah, aku nak renew appointment card di Hospital Muadzam Shah bulan
lepas, siap bagi IC untuk nurse tu refer nama, tapi last-last salah
jugak ejaannya. =.=' Nak kata mata buta, kejam sangat kan, buta huruf agaknya. :D
![]() |
| hah wa suka ini gambar. credit to buah hati wa, bab cari angle beliau memang kreatif. :D |
Ringkaskan saja
lah. Sebab aku takde mood nak menaip. Tengah berkabung. =.=' Aku rasa
aku ni jenis kuat semangat dan tabah. HAHAHAHA. Sebab, sekarang aku
bukan jenis seorang yang suka meratapi kesedihan tu lama-lama. Kalau dulu ye. Sekarang tidak lagi. Setakat sedih sikit-sikit
tu biasalah kan. Kesedihan pun kadang-kadang memerlukan masa jugak nak
reda. Bukan seminit dua. Maunya seminggu dua. So, orang kena faham lah
bila benda berkait dengan perasaan dan jiwa ni. Heh muhasabah diri beb. (^_^)
Kalau nak kata muda tu, muda lah lagi. Sebab bila ada saudara mara jauh yang tanya, Kaklong umur berapa? Aku serta merta jawab, 19. Selang seminit dua lepas tu baru aku kembali ke dunia nyata, eh eh silap. 21 la, bukan 19. Nak kata sayang angka 19 tu, memey la ! Tarikh kejadian manusia bernama Nurul Nadia nih haa. Pulak tu, 19 tu kan belasan umur yang terakhir. Sayang gilaa woo nak tinggal umur belasan tahun. HAHAHA. Tambah-tambah lagi angka 19 tu macam cantik jugak bila diterbalikkan jadi 16. Cantik kan cantik kan? Sebab tu aku suka orang yang bertarikh lahir 16 haribulan. Puihhhhh...HAHAHA. :D
Kalau nak kata muda tu, muda lah lagi. Sebab bila ada saudara mara jauh yang tanya, Kaklong umur berapa? Aku serta merta jawab, 19. Selang seminit dua lepas tu baru aku kembali ke dunia nyata, eh eh silap. 21 la, bukan 19. Nak kata sayang angka 19 tu, memey la ! Tarikh kejadian manusia bernama Nurul Nadia nih haa. Pulak tu, 19 tu kan belasan umur yang terakhir. Sayang gilaa woo nak tinggal umur belasan tahun. HAHAHA. Tambah-tambah lagi angka 19 tu macam cantik jugak bila diterbalikkan jadi 16. Cantik kan cantik kan? Sebab tu aku suka orang yang bertarikh lahir 16 haribulan. Puihhhhh...HAHAHA. :D
Hidup aku sibuk der. Sibuk dengan macam-macam. Benda penting, benda tak penting. Diri sendiri pun tak paham macam mana nak buang benda tak penting dalam hidup ni. Huru hara jap bila ada benda-benda cenggitu. Hidup di kampus ni tak boleh nak lari dah daripada kesibukan duniawi ni. Lecturer, students, staffs, semuanya duniawi ! Oh ye, sebelum terlupa, dah empat tahun aku jadi warga Universiti Tenaga Nasional. Tak lama lagi dah boleh jadi super senior. Yeayy ! Ada dua semester lagi. :)
Menaip banyak pun tak guna, random's introduction la ni kiranya. Aku baca 'karangan' aku ni pun dah rasa boring. Kan? Sebenarnya entry ni dah lama terpendam dalam draft. Sepatutnya entry ni dah habis setakat perenggan keempat tadi. Tapi aku nak sambung sampai perenggan ketujuh. Kejap eh..
Pagi tadi aku sibuk kehulu kehilir dekat bangunan akademik. Pergi kelas. Lepas tu, pergi wisma pulak sebab nak jumpa adik. Wahhh aku ada adik satu kampus kau tahu. :D Nak serahkan harta pusaka yang berlambak-lambak nih haa. Sembang punya sembang, lepak punya lepak, akhirnya bersurai. Sepanjang aku dengan adik aku tu bersembang, ada banyak jugak mata yang menjeling menjeling mata juling dekat aku. Aku perasan, tapi buat-buat tak nampak. Nampak tak kat situ yang aku ni bajet diva? Haktuiiiiiiiiihh perasan.. HAHAHAHA. :D
Aku pasti ada satu soalan berlegar-legar dalam kepala mereka. Terdetik dalam hati nak check handphone. Hah ! Ambik kau mesej bertubi-tubi. "Eh sape laki yang duduk ngan ko tadi? Boyfriend? Takkan bercinta ngan junior foundation kott... Ko tu budak third year.. Kami-kami ni ko tak nak pandang ke? Haha.." Reaksi aku, nak marah pun takde point kan. Gelak sorang-sorang je yang mampu sampaikan pakcik guard cakap "ko kenapa dik? tension study ke?" HAHAHA. Aku cakap kat pemberi mesej tersebut, tu adik wa, lu jangan salah paham. Pulak tu, dorang balas, "lu sembang..." Grr.. Aku balas lagi, "wa sembang ke....lu yang sembang? lu bukak aje cerita, wa lempang muka lu..haha..ko tengok la muka dia, innocent beb..budak-budak sangat...agak-agak laa nak kate tu boyfriend aku kann..." Ha, ini satu hal. Budak-budak Uniten ni memang suka bergosip. Salah satu punca tekanan perasaan bila belajar kat sini. =.='
To Sapik, best la diooo ado kak di Uniten. Puihhh puihhh :D
Daripada karangan ni, korang faham sendiri la point 'introduce yourself' aku okay. Nak bagi direct tak reti sebab nanti jadi skema sangat. Huehhhhhhh..
Nota Kaki : Bosan jugak nak introduce diri sendiri ni. =.='
Toodles !

