Situasi dan keadaan semasa yang mengganggu emosi. Samada terlebih tension, terlebih jiwang, dan terlebih sedih. A mountain barriers.
Situasi 1
Aku pegi Segamat, ada urusan dengan CEO company proses taik lembu untuk dijadikan baja. On the way balik, singgah di Petronas Segamat, Johor Darul Takzim. Nak draw duit untuk repair handphone yang nyetok nyetok haktuii nih. Tup tup tup, kad atm kena telan oleh mesin atm CIMB. Demm !! Aku dengan professionalnya call bahagian bank card di CIMB Careline, mintak die block kad atm aku. If taknak block, kena tunggu 10 days baru dapat kad balik. No way man ! Sekarang kad dah block, and tak buat kad baru lagi, so that aku jatuh bankrap takde duit melebihi RM5 dalam purse. Makanya, aku dah buat loan baru, bernama LOAN AWATIF. Boo untuk diri sendiri.
Situasi 2 :
Menggelabah aku tengok buku agama Wani, dah renyuk renyuk macam surat khabar lama ! Haih. Study, makan, tido, semua dengan buku. Nak hancur buku tuh. Tapi buku aku? HEHE. Semalam dah buat process menghancurkan buku agama. Dah lunyai satu buku, tinggal satu buku sahaja lagi, berkaitan dengan FIQH AWLAWIYYAH. Oh man.. Malas nak baca pasal tu. Kalau buku yang dah nak lunyai tuh takpe, pasal ekonomi Islam, ekonomi kapitalis zaman dolu dolu memang i likee, menyedarkan diri sendiri bahawasanya berdirinya kita di dalam ekonomi semasa ini, berpunca daripada keruntuhan dan kebangkitan, dan pengeksploitasian ekonomi terdahulu. Ok enough ! Jawab dalam paper agama esok.
Situasi 3 :
Bila duit takde, process membeli tiket tergendala. Dapat mesej from Wani, already got a ticket from someone, kakak senior. Uhh.. Aku aku aku aku nak tiket jugakk. Sabar ye Nadia, tomorrow never die ! Keep thinking about holiday. Kalau tiket abis macam mana? Ohh kena kembali ke Kajang la nampaknya, nak peluk cium itu budak Ahmad Irham dengan Ahmad Syahmi Irsyad. Muahhxx muahhxxx !!
Situasi 4 :
Bila menyedari bahawasanya carry mark Micro dan Management Accounting tersangatlah teruk macam orang tak pernah belajar, kepala jadi kusut. MA ok lagi, final 60 %. Tu pun semput nak cover carry mark yang nyawa nyawa ikan. Tapi, berkaitan dengan Micro, only 40 % untuk final. Derr, hancur lunyai aku dikerjakan Microeconomics ! Erghh..
Situasi 5 :
Seorang perempuan yang sangat cantik dalam process mengambil tahu latar belakang dan korek korek hal aku. What da fish wei ?! Dulu memanglah boyfriend die suka kat aku, tapi aku dah tolak lamaran untuk jadi teman istimewa boyfriend die tuh. Dah tolak ! Sekarang mereka baru mula bercinta, and she's annoying la. Disuruhnya kawan-kawan pompuan die add facebook aku. Ape? Kau nak tengok gambar gambar huduh aku? Nak tengok status relationship aku ? Nak tengok kot kot aku berkomen komen dengan boyfriend kau? Beb, boyfriend kau entah hilang kemana dah, aku tak amik tau. Gilerr la pompuan nih. Ingat aku bodoh ke ape taktau trick die, stalking facebook aku dengan facebook member. Aku pon boleh ape ! Aku suruh roomate aku add facebook die, so that aku dapat tau la sape friend die yang nak request jadik friend aku jugak tuh. Me clever the most. Take note beb ! Kalau berani, add dengan facebook kau yang bernama DA tu sendiri rr ! Coward.
Situasi 6 :
Waktu aku and the kawans tengah lepak di bawah pokok mempelam yang teduh dan mendamaikan, sambil makan ABC, makan colek buah, tetibe aku terpandang sesuatu ! Ah ! Tidak ! Tidak ! Tidak ! Parkinson aku jap tengok sesuatu tuh. Ooo.. Banker Bank Rakyat rupanya die. Selalu terjumpa, pada hari yang sama, Jumaat lepas dan lepas dan lepas. Haih. Muadzam ni kecik sangat la, asyik jumpa orang sama je. Senyuman die tu berjaya membuatkan hati dan naluri seorang wanita bergetar. Auww.. ! Cair. HAHA. Perah santan lebih ni, asal orang senyum je nak cair, asal orang senyum je cair. Lembik. HAHA. Ternampak die berbaju melayu yang sama dengan minggu lepas, baru keluar dari Bank Rakyat, menaiki Gen 2 berwarna kelabu, menuju ke Masjid MS untuk solat Jumaat. Waaaa.. Cair. Nasib baik die tak nampak aku, kalo die nampak confirm confirm die senyum lagi and confirm confirm aku cair lagi. Muktamad ! Balik Kelate next week nak gi bukak akaun Bank Rakyat lah. (^_^)vNota Kaki : Banyak situasi bukan-bukan yang mengganggu emosi dan fikiran. Aku kena abaikan semua, dan fokus untuk final. "how to focus?" Soal Cik Nadia kepada Encik Wazer. "sebut nama saya 3x, mesti boleh fokus." Erkkk. Ok, akanku seru namamu itu. Haih. HAHAHA. Good luck kawan-kawan untuk first paper esok, Islamic Studies. And good luck to me myself. Lain orang, lain cara study. Kepada yang berkenaan, jangan bandingkan Cik Nadia dengan anda ye. Cik Nadia tau anda genius and dapat dekan every sem, tapi jangan perli Cik Nadia dengan ayat cover baekk punyer. Cik Nadia lempang laju laju nanti muka lawa awak tuh. Orait? Nak perli lain kali, ayat biar well-manner skit eh, i'm 20, not 12, which can be lied from your words. Huh.
No comments:
Post a Comment