FOLLOWERS

Thursday, October 28, 2010

Nota Cinta Untuk Heartfruit

JIWA MERANA kerana salah diri sendiri.

Nota Cinta kepada Sukiman, buah hati pengarang jantungku :

Sir Sukiman, saya janji lepas ni saya taknak ponteng tutorial class lagi dah. =( Saya dah penah belajar dengan Sir dari saya foundation lagi. Time tu saya terpisah jauh dengan kawan-kawan saya yang lain. Kelas saya time tu dipenuhi dengan bebudak Finance. Majoriti bebudak finance. Seingat saya, saya dan sorang member ni je. Kitorang terkontang kanting takde kawan (masa foundation tak kawan dengan budak bisnes, budak finance). Time tu saya selesa dengan Sir, sebab, itu first time Sir jadi pensyarah saya. Walaupun Sir agak memboringkan, tapi saya suka ! Sebab Sir tak pernah push student. Sir baik sangat.. :')

Naik degree, saya tahun pertama, saya tetap setia menanti akan subjek Microeconomics. Saya tau akan kewujudan subject ni bila dah masuk degree. Saya sabar menunggu. Bukan nak kate excited, tapi saya nak kawan-kawan baik saya try belajar dengan Sir. Ade jugak kawan yang add subject ni untuk first year, tapi saya berjurus sangat, saya follow je study plan yang Uniten bagi untuk saya supaya saya tak kelam kabut nak manage subject. =) Takmo add lebih lebih, takmo amik credit hour berpuluh-puluh. Tak larat la Sir..

Naik tahun dua, semester 1 ni, saya macam no choice, pilih Sir jadi pensyarah Microeconomics saya. Walaupun ada pensyarah lain, tapi saya macam taknak sebab mereka sume tu dah la garang, strict, pulak tu takleh consider and tension belajar dengan dorang. Kebetulan plak time tu pensyarah pompuan dua orang tu section dia dah full. Tinggal section Sir je yang kosong. So, saya and kawan-kawan saya masuk la section Sir dengan berbesar hati sebab confirm tak stress punyer kelas Sir. Kawan-kawan saya duk tanya saya, ok tak belajar dengan Sukiman masa foundation dulu? Saya jawab, Sir ok. Sir sangat membantu. Sir cari balik sesape yang tak amik quiz and midterm, sebab nak tolong. Sedangkan pensyarah lain tak buat pun camtu. Sape tak buat quiz, lantak kau lah. Tapi Sir lain..=)

Tapi, bila Sir terlalu sempoi, saya jadi malas. Saya malas nak pegi class Sir, and saya malas nak pegi tutorial. Yelah kan, bila tutorial sejam je, bertambah la malas saya ni. "ala, sejam je pown. kalo gi tak paham jugak sebab tak buat tutorial. nanti sir halau.." Ye, itu cakap saya. Sebab budak lain cakap Sir halau sesape tak buat tutorial. Walaupun dalam bayangan saya Sir sangat kelakar and comel time menghalau tu, tapi saya takut. Nanti saya tak dapat berkat kalau kena halau. Mesti Sir sumpah seranah kat saya nanti kan? Saya tau.. Sir selalu mengeluh pasal student Sir. Saya selalu baca blog Sir. Selalu je naik update dekat dashboard blogger saya. Nasib baik gambar saya tengah main-main dalam class Sir tak bubuh sekali. Wuwuwu... Walaupun sumpah seranah Sir tu berbaur gurauan, tapi saya tetap takut. Nanti tak berkat ilmu Sir bagi. Kan kan kan? Walaupun selalu gelak guling guling bila baca blog Sir. Kelakar nak mati. Plak tu banyak unsur 18sx Sir. Uish. Memang tak sesuai untuk kanak-kanak. Nasib baik saya dah 20. Saya paham. HAHAHA. Eh, tergelak pulak. Sorry Sir.. Saya tengah serius ni. Tau?

Bila saya malas ke class, saya jadi tak faham ape. Bila kalut nak final exam, saya fotostat sume tutorial yang saya takde. Kebanyakan tutorial Sir saya takde sebab tak pegi class. Hehehe. Sir kan check attendance sekali sebulan, saya jadi naik kepala lah ! Tapi kan Sir, malam tadi and hari ni, saya jadi tak tentu hala. Saya study sume soalan yang Sir suruh buat. Tutorial, past year question, sume saya redah. Saya hafal segala bagai formula yang banyak nak mati tuh. Saya bersabar. Sebab dengan usaha, insyaAllah saya boleh buat. =) Tapi bila saya bincang dengan kawan, ada yang berkata "eh nadia, kalau nak cari consumer surplus or nak cari producer surplus, sume tu kena buat graf dulu kan?.." Ya Allah.. Ape saya buat Sir nak tau tak? Saya cuba pahamkan jalan kira tanpa tengok sikir pun graf-graf tuh sume ! Benda tu dah la ade kaitan, kalau tak buat graf, takleh buat calculation seterusnya. Saya frust. Saya study pulak yang graf. Tapi graf banyak sangat curve yang condong condong. Dengan kepala saya sekali ikut condong. Dah jadi giler dah ni Sir.. Kesian tak?

Saya dan kawan-kawan pegi awal ke dewan exam pagi tadi. Pukul 8 pagi lebih-lebih saya dah tercongok depan wisma. Saya tak excited nak jawab exam, tapi saya takut saya kelam kabut. Tu pun nak naik tangga untuk ke tingkat 5 dewan peperiksaan, saya rasa mengah giler Sir. Saya nak guna lif, tapi abang guard tu poyo ! Nak sepak je die. Tak penah saya rasa semengah tu. Rasa macam sesak nafas. Saya takde penyakit asthma Sir, tapi tu laaa tak tido malam, menghafal, mulut bising blablabla duk ingat jalan kerja Micro, saya tak cukup oksigen. Saya tarik nafas, saya hembus. Pun saya rasa semput. At that time, otak saya blank. Ya Allah, beratnya dugaan nak jawab paper Microeconomics ni. Sebelum masuk dewan exam, saya cuba cool kan diri. Selawat banyak-banyak, ingat Tuhan, ingat mak ayah, ingat 24, dan, saya berjaya. Saya antara yang terawal masuk dewan dan mencari seat saya yang agak hujung dunia tu.

Bila Professor Omputih Taktau Nama tu pass soalan untuk saya, saya tersenyum. Saya belek soalan, saya tersenyum lagi. Lelaki di sebelah saya mengambil tempat, die pun datang awal. Saya toleh tengok die, saya tersenyum. Sesak nafas saya dah beransur hilang. "Gudluck !" Itu saje ucapan saya kepada lelaki di sebelah saya. Die bertanya, "Sir Sukiman ada bagi tips last minute tak?" Saya menjawab, ada. Tapi as usual, buat soalan past year. Die berterima kasih dan terus mengisi exam booklet. Saya terdiam. Melihat dinding dewan peperiksaan, melihat kerusi yang masih kosong, dan melihat invigilators yang kalut check student punye exam slip, ID and calculator. Saya belek soalan sampai habis Sir. Semangat tak saya? Dalam hati saya mengucapkan syukur, soalan yang masuk ni soalan yang saya study semalam. Sebijik ! Cuma figure je tak sama. 40 000 unit ditukar menjadi 20 000 unit. P = 2600 - 250Q pun ditukar dengan figure berlainan. Saya tersenyum lagi, insyaAllah aku boleh jawab.

Tiba di pertengahan jalan, saya stuck ! Ye Sir, saya stuck ! Soalan yang disangka sama dengan revision saya rupanya tidak sama sekali. Saya frust menonggeng nak berguling-guling atas carpet dalam dewan tuh. Soalan tak bagi MC, hanya ada C. Macam mana nak cari? Saya bertungkus lumus study bahagian nak cari MC sume tuh. Sakitnya hati saya, Tuhan saje tau. Kesemua soalan memerlukan otak diperah dengan rakusnya untuk differentiate semua amount agar terkeluar amount untuk MC, Marginal Cost. Sir, saya tension jawab exam tadi. =( Sume campur aduk. Ura-ura nak tension tu semakin banyak sebab banyak unsur add math sebenarnya. Add math ni saya hancur Sir..

Sedang saya sibuk mengira profit maximization yang menggunakan formula ciptaan sendiri macam bangang tuh, saya terdengar orang tarik hingus. HAHAHA. Huduh bunyinya. Saya toleh belakang, eh pompuan tu menangis. Ok fine, saya tahu kenapa die nangis. Die stuck ! Die tak boleh solve problem untuk dapatkan firm's revenue. Agak agak laa kan. Hehehe. Saya jadi makin takut. Sedangkan die muka yang selalu tampil atas stage amik anugerah dekan pun boleh menangis, ni kan pulak saya yang boleh kira 0-5 kali je nak naik stage kat lobby auditorium tu. Sedihnya saya. =( Cool sangat ke saya sampaikan airmata tak mampu mengalir takleh jawab exam?

Takpelah Sir, tension setakat mana pun saya buat calculation nak cari company's profit tadi saya dah redha dengan jawapan saya. Walaupun kemungkinan besar markah saya macam tak best, tapi saya tawakkal, sebab saya dah berusaha. Kesilapan saya ialah, short-term memory. Saya lupa semua jalan kira untuk soalan 15 markah tuh. Saya lupa ! Yang saya ingat seingat ingatnya, how to calculate profit and loss based on demand curve yang die bagi. It's ok, abah saya kata, tawakkal dengan lapang dada. InsyaAllah ada balasan. =) Saya nak call Sir tadi lepas abis exam, tapi saya terlupa sebab saya terlampau tension. Saya pegi lunch pun makan nasik satu senduk setengah. Memang sikit ! Amik ayam seketul. Saya hilang selera. Tu je makanan saya untuk lunch.

Before lunch, saya pegi bank. Nak pegi activatekan nombor. Kad ATM saya kena telan dekat ATM CIMB di Petronas Segamat. Saya dah block kad tu, so saya takde duit satu sen pun sekarang ni. Elaun saya dah la baru masuk, tapi saya tak kaya jugak sebab semua duit saya dalam bank !! Makan minum saya ditanggung sementara oleh kawan saya, Awatif. Tiba di bank, kakak kaunter tu tanya, "adik baru habis exam ye? paper microeconomics ye?" saya jawablah ye walaupun dalam hati saya tertanya-tanya, macam mana kakak ni boleh tau. Mungkin die jiran or kenalan Sir kan kan kan? Hehe. Then, die cakap lagi "budak accounting, confirm terer punya jawab Ekonomi.." saya tersenyum sambil tengok die cari pen. Die berkata lagi "mesti senang jawab tadi kan?" Bila die tanya camtu kan Sir, saya rasa nak bukak high heels 3 inci yang saya pakai tadi and baling kat muka die. Ei, banyak cakap pulak. Saya nak buat kad atm, bukan nak dengar die tanya itu ini. Saya moody tetibe. Saya geram sangat Sir ! Walaupun die tak bersalah, tapi saya macam kena rasuk if orang bertanya macam tu. Saya akui, saya frust dengan paper tadi. Saya lebih rela menjawab paper Management Accounting yang saya sifatkan sebagai subject membunuh tu ! Saya lagi rela jawab walaupun seratus soalan sekalipun ! Sungguh tidak minat saya dengan ekonomi. =( Tidak layak untuk saya menjadi Economist. Maaf Sir.. Saya tidaklah bijak seperti Sir Mohamad Sukiman bin Ishak. Tapi saya belajar pengalaman daripada Sir. Terima kasih Sir.. =)

Saya balik rumah dengan hati yang kecewa. Kad ATM saya tak boleh diproses sebab pihak bank nak buku bank sebagai bukti. Saya dah hulur IC saya, tapi tidak diterima oleh sistem. Bengong. Aku warganegara la. Sakit hati betul saya dengan bank tadi. Saya cuba call mak saya, nak bagitau saya stuck jawab paper Micro, and kad bank saya tak boleh diproses. Tapi saya call hampir 10 kali, asyik masuk voice mail. Saya sedih Sir.. Mana mak saya pegi.. Selamat ke die tiba di Melaka.. Saya bermuram untuk seketika. Tak mampu bergelak ketawa dengan sakannya.

Saya nak call abah saya, tapi ini time die mengajar. Saya taknak mengganggu kerja die, sungguh saya taknak ganggu kerja orang tua saya. =) Saya tunggu dengan sabar, kot laa mak saya call balik. And, yeah ! Mak saya call. Tu pun die guna handphone student die, sebab handphone die kehabisan bateri. Saya dah nangis, airmata saya menitis jatuh atas keyboard laptop ni. Tapi, saya cover suara. Taknak bagi mak saya risau. And saya tak cerita pun kecundangan saya di paper Micro pagi tadi. Biarlah mak saya taktau.. Biar die bersuka ria, senang hati, sekali sekala enjoy bersama student. Part paling sedih, saya bagitau saya takde duit langsung sebab kad saya takde. Saya buntu ! Tetibe mak saya keluarkan idea, suruh abah saya bank in dalam akaun bank kawan saya. Nanti saya boleh guna. =) Dah la saya nak bayar duit tiket ni. Thank you ma. Sir nak tau tak, mak saya pun supportive macam mak Sir jugak. =) Mak saya pun sporting macam mak Sir jugak. Baik kan mak kite?

Dan, kerana paper Microeconomics hari ini, saya tengok ramai kawan-kawan saya yang lain matanya merah, hidungnya bersinar sinar, mukanya merah, matanya bengkak. Mereka menangis Sir ! Saya kesian tengok mereka. Tapi saya lagi kesian dengan diri saya sendiri. Tak mampu saya memujuk mereka agar bersabar kerana diri saya sendiri berada di dalam keadaan sangat kritikal. Saya mencari punca kekuatan saya, and saya jumpa! Saya cari abah saya. Saya tenangkan hati saya dengan zikir zikir yang abah saya ajar, saya cuba senyum untuk diri sendiri. Saya harapkan A untuk paper Micro. Tapi, harapannya jelas kat situ, sangat tipis. Sir, saya mintak maaf.. Saya bukan tak bersyukur, tapi saya inginkan yang terbaik untuk diri saya, untuk ibu bapa saya.

Dalam tekad saya setiap tahun, mak saya pernah berpesan dulu dulu, awal awal saya buat spec, kalau nak exam, tak payahlah pakai spec. Time study, tak payahlah pakai spec. Nanti power makin bertambah. Bukan takleh nampak pun, blurr sikit je. Nanti pressure. Ye ! Saya akui, memang pressure bila memakai cermin mata untuk keadaan itu. Saya cuba menjaga rekod, tak pakai spec time exam. Tapi hari ni saya kecundang, kerana Micro ! Mata saya sembap sebab tak tido, mungkin akan dapat infection if saya terus pakai contact lens. Saya abaikan pressure itu kerana saya sayangkan anugerah pancaindera saya yang bermakna dan berharga ni. Saya pakai spec pegi exam, dan terbuktilah kat situ, saya memang pressure. Kepala saya berdenyut-denyut, anak mata saya pedih pedih. Saya hanya menahan tangis dalam diri. Menyesalnya saya pakai spec time exam. Saya tak selesa. Saya teringatkan pesanan mak saya. =( Saya pun macam Sir jugak, sentiasa bergantung dengan pesanan mak. Saya pun anak manja macam Sir jugak. Walaupun beza umur kita 20 tahun, tapi Sir tetap comel dihati saya. =) Bila nak kawen Sir? HAHAHAHA.

Yang Ikhlas dan Jujur dan Kecewa,
NurulNadia

4 comments:

CiK EyeRiN said...

wuwuwu...
microeconomic n macroeconomics
dlm kenangan...keh3..teringat jamey2 belajar dua sbjek 2 dulu2..

xpe..ade rezki dpt aje A
struggle 4 da rest paper lopp....

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

maso foundation dlu amik doh micro ngn macro. naik degree ado lagi duo ketul nih. haishhh.. sesok napah kakloh la ambo. karat blako doh hok dolu2.. haha..

insyaAllah... =)

PenarikBecaEhsan said...

jgn sedey2...
xleh jwb x smstinya failed sis..
rezki Allah ade mane2..
my frens time matrix,mlm b4 exam,esok pper BI,mak dye mnggal dunia,paper x amik.then reslt kuar,4.0.im shock!!!
cmner x amk paper leh dpt 4.0?
sbr nye cik nadia pmbela arnab..
p/s:pas nie kne pkai ray ban r plop..

ZaHiN said...

hoho~ bule wat novel kesah ni cik nadia (>_<)v