![]() |
| live life to the fullest ! |
Salam semua ! It's been a while, baru je aku merasa Jumaat yang lepas, dimana Jumaat tersebut macam hampeh sebab ade midterm Corporate Finance. Tapi hati macam sedikit berbunga-bunga on that night sebab dapat mesej Good Luck from someone time aku tengah bertungkus-lumus duk buat calculation pasal long-term debt, belek buku teks cari jawapan bout theory question tapi hampeh tak jumpe jumpe, and now Jumaat datang kembali. Haih.. Aku dengan penuh harapan, mengharapkan this weekend there is a LIFE, tapi serius rasa macam takde life langsung ! Haih.. Adrenalin tersangat kurang nak menikmati weekend.
Kenapa aku rasa macam takde life? Ok, nak cite. Supposed pagi Jumaat hari ni aku pegi amik backup test for midterm Management Accounting (AMAB), because of madam dah tanya nak buat backup tak? I said YES ! Nak buat because of markah midterm AMAB teruk macam orang tak pernah belajar Costing. HAHA ! But then, terlajak tido sampai Intan my roomate kejut dua kali tak bangun-bangun, mamai katanya. Maka, my kawans tu pegi amik test berdua, ditinggalkan aku tengah melayan mimpi dan sejuk dalam bilik sorang-sorang sementara Watip pegi hantar assignment Intermediate Financial Accounting yang soalan macam tahik kuceng, sakit pale pikir camane nak settle those benda alah !
Tapi berjaya gak laa jawab soalan tu. Bajet cam otak bijak dowh ! Soalan sebijik dalam website ACCA. Madam aku ni buang tebiat ke ape bagi soalan higher level of ACCA..? Level 3 buleh laa tahan, dah biase kena suap ngan soalan cenggitu, madam aku terlampau advance, bila di check kat website tu, giler derr soalan pure ACCA ! Tahniah dekat Watip and Ipah berjaya solve all the problems berkaitan dengan assignment Revenue Recognition yang aku tak paham ape-ape, padahal calculation ciput je topik ni, lebih kepada theory. Tapi aku tak reti gak, pemalas, nak cari solution tu takyah cakap la, macam-macam cara dah buat but still jumpa jalan mati. Last-last jumpe the solution way on that website. Memang terbaekk lah !
Today is Friday, sepertimana banner-banner dah naik di merata tempat dalam kampus, 8 Oktober dilangsungkan ILMIAH OPEN DAY. Aku dah dapat berbelas-belas mesej from kaum adam ni duk suruh me and my housemates standby awal-awal spagetti and carbonara, mee kari and etc untuk dorang melantak. Eh sengallllllll... Last week, me and my housemates ingat nak join open house bersempena open day and ladies festival di Ilmiah ni. Tapi, bila tiba je hari Jumaat, we all busy mengalahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Maznah yang busy menghadiri jemputan-jemputan kehormat, maka tak jadi la nak buat open house. Rumah tutup rapat ! Sape-sape yang kena tipu ngan aku tu, padan la muke. Mesti korang excited giler nak datang tengok channel astro kat umah aku kan? Kaum adam yang dah chop sofa umah aku sebab nak tengok bola kat ESPN tu, maap ler, aku memang pandai menipu. HAHAHA !
Katanya, boys are allowed from 9 a.m till 5 p.m. Tapi, dari pagi tadi aku tak nampak pun batang hidung yang berpusu-pusu masuk? Kata nak masuk. Ni ILMIAH derr, mehla masuk, boleh beraya kat rumah awek. Boleh jelajah satu ILMIAH. Kononnya lah kan. Tapi hari ni nampak gaya almost bebudak sini busy. Tak dapat sambutan ke Open Day kali ni? Activity komain lagi banyak. Tapi macam kurang happening. Entahlah, maybe petang-petang sikit kot baru nak nampak kemeriahan tuh. Malam ni pulak ade dinner, and stage dah siap. Aku nampak ade rubber mat kat atas stage tu. Tetibe terdetik kat hati "ade demo silat ke malam ni ek.." HAHA ! Ok ok malam ni aku busy ! (haha..tetibe). Takleh turun pegi tengok kemuncak event. Jom melepak depan 7E ataupun PETRONAS. Jom jom jom ! =p=p=p=p
Tomorrow pulak ade subject registration for second semester 2010/2011. Tapi at the same time, aku kena pegi Audit and Investigation Symposium, special untuk accounting student. Tetibe rasa macam esok takde life langsung ! Symposium mula pagi sampai petang but then time slot aku untuk add drop subject is tengahari. Macam kelam kabut nak rushing ke wisma, settle add drop yang entah amik mase berapa jam and nak patah balik masuk symposium. Sakit kepala lagi nak pikir camane nak arrange jadual. Haihh... Dapat plak time slot paling lewat macam taknak bagi aku register langsung ! Tak best betullah. Mesti lecturer sporting sporting dorang ni sume dah sapu. Tinggal yang tak diingini je nanti. Mati la kalo camtu, tension dowh.. Sem depan sume subjek heavy. Haihh...
![]() |
| aku memang jeles nak mati bila mak aku mms gambar budak-budak kat atas ni. Nak hang out jugak weiiii...!! Aaaaa.. Che Na bawak Danish sama, bodyguard on that day katanya mak aku. Banyak la ! Danish buas teramat ! Tapi aku suka. Muahh muahhh untuk Danish. HAHA. Yang anak gadis bukan adik beradik 3 ketul kat atas ni pun menjeleskan aku gak. Aaaaaa.. Kaklong nak ikooottttt.. |
Hukhukhuk... Hanya hari Ahad je ade mase untuk life aku. Life aku tu sebenarnya kan, TIDUR.! Penatnya jadi student UNITEN. Penatttttttt... Masa untuk diri sendiri tak cukup, duit sangat mencemburui, subjek membunuh, students kerek, staff staff macam bangang, erghhhh...! Life's like a hell...! Tu la.. Jumaat Sabtu sah-sah takde life. Ahad je peluang. Tu pun hujung tanduk. If ade hal lain, takde life jugak la kirenye kan on that day? Pastu pejam celik, dah datang Isnin balik? Waaaaaaaa.. Nak memberontak weh.. Final exam lagi dua minggu. Study week tu baru aku dapat nak cari life balik. Mane boleh cenggituuu.. Tak sempat laaaaa..
Nota Kaki : Jatuh cinta dengan lelaki pakai baju melayu. =) Sesiapa nak suruh aku jatuh cinta kat die, kenalah pakai baju melayu kemas kemas, bersampin, muka bersih lagi suci.. Hehehe.. Tambah plak kalo yang dah segak pastu pakai plak baju melayu, berjuta-juta kali aku cair. Aduhhh.. Cair...(kalo yang muka pecah rumah tapi pakai baju melayu, aku tetap cakap muka pecah rumah gak. Takyah nak berlagak hensem la.. HAHA! )



4 comments:
like this post^^
salam..
saya pun nurul aina..
aina :
tenkiu sayang ! =)
sekamar rindu :
terima kasih krn mengunjungi. =)
Post a Comment