FOLLOWERS

Wednesday, October 20, 2010

Kenapa suka test test orang weh?

Oh terjawablah sudah kenapa si kawan aku yang bulat bulat comel tembam chubby itu meng'skype' aku beberapa kali, tapi tak dapat balasan. Ngee~ Dah kau skype aku pagi pagi buta setiap hari, mananye aku nak celik mata. Study week ni macam syurga la untuk aku, membuta.

Oh, terjawab sudah ! =) Ooo.. Ada cerita di sebalik skype rupanya. HAHA.

1 - Kawan-kawan beliau kirim salam.
2 - Kawan-kawan beliau suruh tackle. Cett !
3- Kawan-kawan beliau nak korek rahsia peribadi Cik Nadia. Ciss !
4- Cik Nadia bertanya kenapa, dijawabnya "nak test ko kott.." Dush !
5 - Disuruhnya Cik Nadia pilih antara dua orang kawannya yang mengirim salam itu. Huh ! Macam lelong member.
6 - Tapi katanya, ini serius.
7 - Cik Nadia membalas "serius tak serius, itu keje gilerr namanya.." Bengong. HAHA.

Nak test aku agak-agak rr bro. Pakai orang tengah, pompuan, bestfriend kau sendiri pulak tu ! Kawan aku pulak tu ! Eh, kawan kita la. Kawan korang, kawan aku jugak la sikit sikit walopon tak rapat. HAHA. No way man. Banyak keburukan untuk diri aku sendiri kalo korang berjaya test aku. Serius ! Macamlah aku stupid sangat. Cett !

Ape, die ingat aku ni kereta pandu uji ke nak test test. Pangggg ! Aku lempang muka hensem + comel si A tuh. HAHA. Untuk muka pondan si B aku nak tumbuk genggam. Dushhh !! Rasakan. Eh, Nadia, berbanggalah sikit orang hensem nak ngorat. (setan menghasut)
Astaghfirullahalazimm.. Cik Nadia bukan mencari yang hensem wahai setan setan laknatullah sekalian.. Hasutan anda tak berjaya. Sekian.

Patutlah, sengihan senyuman usikan hari tuh ada maknanya rupanya. Jahat betol dua orang manusia tuh. Yang si A comel + hensem tuh, kang ade jugak aku korek hati aku pakai jentolak then jatuhkan depan kau kang. HAHA. (konon konon jatuh hati). Bahaya ! Dah dah dah, jangan kirim salam lagi.

|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Mesti tension gilerr kan bila dapat tau orang nak test kita? Ape, die ingat semua pompuan kat dunia ni nak kena test test dulu ke? Pang ! pang ! pang ! aku lempang laju laju. =.='

Ah sudahlah. Kalau seorang pompuan tu bijak, takdenye nak jadi kete pandu uji.
Entah entah orang yang nak menguji tu yang dapat malu. KAN?

Kalau, berhadapan dengan situasi macam tuh, cuba mengelak dengan cara macam kat bawah nih. Taktau menjadi ke tak, takpe, kita buat eksperimen ye murid-murid sekalian.

Cara tak cool :

Kalau korang terkena 'test drive' lelaki/pompuan macam tuh, feeling korang confirm meleleh asyik asyik jiwang je. Sebab lelaki/pompuan macam tuh memang bermulut manis. Kawan aku ramai jenis macam tu, so that aku faham serba sedikit perangai dorang. Korang kalau dah emo sangat sangat sebab terkena, korang mengamuk je. Pegi jumpa die, cakar cakar muka dia walaupun tersentuh kulit, tapi aku rasa takpe bersentuhan macam tu sebab tak menimbulkan ghairah (macam sesat je ajaran nih). Lelaki/pompuan tuh pun mesti cuak gilerr sebab korang macam kena rasuk hantu. Takdenye die nak ghairah kan. Korang mengamuk kaw kaw, biar hancur lunyai korang kerjakan. Sambil sambil tu boleh laa nak membebel, nak meluah, nak menangis meraung sebab dipermainkan. Ok itu sangat tak cool sebab lelaki meraung menangis. =.=' Menggelabah je. Huhuhu..

Cara cool macam ais :

Kalau ada lelaki/pompuan nak test korang korang ni sume, kalau korang tetibe jadi rajin laa kan, korang layan je. Pastu bila korang dah syok syok tangkap feeling cintan baekk punyer, die pun confess, die main-main je sebenarnya. Perghhh.. Korang mesti frust kan sebab korang punya feeling tengah high giler tetibe dikecewakan. Aduhh hati macam tertusuk duri ye tak..? HAHA. Korang jawab je balik, korang pun main-main gak sebenarnya. Kalau die cakap, "saya nak test awak je sebenarnya.." Korang ape lagi, jawab je la "saya pun nak test awak gak sebenarnya..eh tak sangka laa masing-masing ada agenda yang sama, sorry tau.." Perghhh.. Tak ke haru. Mesti die pun tak sangka. Lagi rr best, die nak kenakan orang tapi die terkena balik walaupun hakikatnya korang cover cover je tuh. Jangan sampai kantoi tau ! HAHAHA. Walaupun hati korang mungkin hancur lebur macam kena blender, korang buat cool je ok? Nampak macam ego la jugak kat situ, tapi ego tu jadi perisai untuk cover kekantoian anda dipermainkan. Tengok tengok lelaki/pompuan tuh yang emo lebih lebih sebab die pun terkena jugak. HAHAHA.

Cara bodoh, tapi bijak :

Sekali terkena dengan orang macam tu, korang mesti angin satu badan. Ye tak? Angin je.. Biar keluar aura-aura airbender. Kot kot laa The Last Airbender yang sebenarnya tu adalah korang. Bila dikecewakan oleh orang yang tak berperasaan macam tu, korang jawab je memanjang "ade aku kesah..." "ade aku kesah.." "ade aku kesah.." Last-last die tuh mesti give up. Tengok tengok die terconfess mende lain. "saya sebenarnya sukakan awak, saje je tadi saya cakap nak test awak..tapi betul ke awak tak kesah..?" WOahh..! Kalau tetibe die cakap macam tu, pang ! kasi lempang je. Lempang manja manja la sikit, tanda sayang. HAHA. (ajaran sesat lagi)

Cara paling bijak :

Buat selamber je. Lelaki/pompuan tuh confirm tengah seronok ketawakan korang. Tapi korang buat selamber jugak, tak kira ! HAHAHA. "saya mintak maaf, sebab selama ni saya main-mainkan awak. saya nak test awak je.. tak sangka la plak awak betul-betul suka kat saya" Ok, ini sangat tak best kan. Sedih, kecewa. Tu tak boleh nak lari dah. Ape ke 'pandai' sangat die tuh, dah mainkan perasaan orang, tetibe cakap tak sangka plak. Menipu. "Takpe, saya tak kisah, walaupun saya dah mula sukakan awak, saya tetap tak kesah, saya maafkan awak..kita lupakan je la.." Fuhhh.. Ayat pasrah tahap cipan. Takpe, jawab je as long as itu keluar daripada hati. Cara yang paling bijak adalah cara dimana kita jujur dengan diri sendiri, jujur dalam percakapan dan jujur dalam perbuatan. Cara cool, cara tak cool, sume tuh menunjukkan ketidakmatangan kita sebenarnya. Huu.. Toing!! Terkena atas batang hidung aku. Suka je melenting tak tentu pasal. Tak cool kan? Hehehe.. Cara yang bijak, ialah berterus terang. Ape kesudahan cerita lepas tu, berserah saje. Itu keje Dia, kita dah berusaha menjaga hati. Cubalah. ;)

Nota Kaki : Prinsip utama berjaya kugenggam sampai ke saat ini. Alhamdulillah.. =)

6 comments:

amira syakiera said...

leleh.toink!mcm kene atas idung ak gak wei

misz nano said...

dahsyat ar prof kte ni , mcm2 idea dy ad. ley praktikkan ni :p

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

amira syakiera :
kah3..pdn muka ko. toinggg..!! same2 kene

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

misz wanny :
hahahaha..prof? zaman bile naik pgkt jadik prof ni. heee..
sila2 praktik. brguna ni. utk mase depan yg kelam. hahhaa! =p

Anonymous said...

mcm nak kno jugok... tp de elok.. mujo2...

hahaha...

tp sy kno gak... paka xknl doh sapo dio tuh... hahaha...

ayat last..
"ok bye"

tu jer... the blah ar... jumpe lain kali terpandang, tp buat2 pandang bende blakang die, sneg...

eh nad nati wak post psal..
laki ko puan panda boyo..
sapo lg boyo la maksud die?
bereh dop..

tu buleh title prof oh tuh...

Obie said...

saya follow awak...

awak follow saya...

haha...

www.al-wasatiyyah.blogspot.com