FOLLOWERS

Sunday, October 3, 2010

Hujan Batu Dihati Ratna.

saya rindu kamu wahai penghibur hati saya.. :(

Weiii.. Hujan ! Hujannnn.. Lain yang aku harapkan, lain yang aku dapat.
Aku mengharapkan hujan turun malam ni, supaya hati aku sejuk.
Supaya hati cool macam ais. Belum terlerai lagi sengketa aku dengan seorang kawan ni.
Sebelum ni sengketa terhenti seketika, aku busy di kampus, beliau busy di tempat kerja.
Tapi malam ni percaturan bermula kembali..
Macam nak berperang ! Tapi lebih kepada luahan isi hati ke hati.
Mungkin kerana kami sudah penat tuduh menuduh.
Kami sudah penat terasa hati. Kami penat.. 
Masing-masing nak salahkan diri masing-masing.
Itu salah saya ! Bukan, itu salah saya. Saya punca. Eh bukan salah awak la, salah saya.
Ah sudahh.. Sampai esok pagi tak terlerai lagi.
Ingin sekali aku berlaku jujur dengannya, agar berakhirnya sebuah sengketa..
Namun apakan daya, jika aku jujur, sengketa lain pula yang muncul.
Demi kebaikan, manusia tidak mampu berlaku jujur. Percayalah...
Aku buntu. Aku mengalah.
Aku tak mau beliau meletakkan dirinya di tempat yang tidak sepatutnya.
Puncanya adalah dia ! Ye, dia ! Seorang yang dengki dengan persahabatan orang lain.
Seorang yang memandang negatif akan persahabatan kami.
Aku tidaklah sekejam manusia diluar sana.
Mengabaikan semua perasaan orang demi kepentingan sendiri.
Kerana aku wanita, dia juga wanita. Aku memahami.
Tidak mungkin aku mengkhianati insan yang sama seperti aku.
Inikah kebaikannya? Dapatkah aku satukan kembali jurang antara mereka?
Jika itu yang berlaku, aku berjaya..
Aku berjaya hapuskan jurang antara mereka, tapi aku mencipta jurang baru antara kami !
Dan kini, jauh kian jauh.. Soal hati menjauh di sebalik awan..
Suasana ini bukan lagi seceria dulu.
Dulu, kau kawan aku, aku kawan kau.
Kau pilih cinta, kau tolak sahabat. Begitukah sifatmu wahai lelaki?
Aku tidak peduli wujud jurang antara kami, tapi aku sangat peduli akan dia.
Bagaimana perasaan dia? Apakah tanggapan dia terhadap aku?
Aku menghormati dia. Tidak pernah aku terfikir untuk mengkhianati..
Kerana disitu sudah tercipta satu jurang yang pasti aku tak mampu melangkauinya..
Akhirinya sampai disini.. Jernihkan kembali persahabatan yang suatu ketika dulu begitu gembira.
Baiklah, ini salah kita. Ini salah saya, dan ini juga salah awak.
Masing-masing bersalah.
Leraikanlah sengketa ini.. Aku sudah penat memikirkan..
Makin lama makin jauh sengketa ini pergi..
Mungkin juga suatu hari nanti, kerana satu sengketa, kita tidak lagi bersua..
Kita tidak lagi mengenali..Mungkin itu berlaku kepada beliau.
Tapi bagi aku, tidak !
Sekali aku mengenali, sampai mati aku mengingati.. 
Melainkan aku cuba melupakan. =) 
Memang bukan mudah untuk melupakan, tapi tidak mustahil kan?
It is not impossible.

Nota Kaki : Kini rasa menyesal seperti tertulis di dalam kisah "Hujan Batu Dihati Ratna"

6 comments:

Anonymous said...

pmpn tue gila la doe,kowg lak jadik mgse...letak tepi jer dye tue kowg uat derk suda lah.gila ko na sacrifice smpey camtue?jangan baek sngt nad,ti owg pijak kpala ko

qist

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

aku tak kesah r weh.
blah r die, sakit pale aku nk pk.
yg laki ni plak cm hampeh.
nak je aku sepak terajang.
x penah tetap pndirian.
aku taknak sacrifice pape.
aku nk bia je. come what may.
laki ni akhir2 ni asyik mrh aku je.
buduhh tol.aku wt ape yg patut kot
x pnah die paham keadaan.
sdgkan die yg tarik aku msk lam mslh die.
then nk slhkn aku, xnak bg aku msk cmpur.
panas derr..

Anonymous said...

sptutnya fikiran dye tue lagi matang dari ko....but he is acting like a kids!!!!
bukan sng doe nk ttap pdrian,susah tue, ce ko bg mase jer kat dye,mybe dye serabut ngn pmpn tue bab tue dye marah ta tentu pasal

qist

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

biarkan die qist.
one day die tau la mane baik mane buruk.
aku mls gk nk lyn sakit jiwa die tuh. bile susah cari aku.
bile sng?
haish ! mcm aku plak lg tua drpd die.
aku 20 kot. die? bengong je..
bia die pk pkai otak skit.
sal pmpuan ni aku steady je.
mls mlyan sgt die tgur kt fb pn.
die komen2 pn aku reply cm nak xnak je., bia die terasa skit.
hatiiiii btl wt org cenggini.
haishh..

Anonymous said...

dngr citer dorang tgh krisis?
and dngr citer,ko buat tatau je everytime dye carik ko.tol ke weyh?

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

mmg pown. tak kuase aku nk layan
bile susah cari aku,
bile senang main campak je.
x lame tuh nk kena tampo. hahaha