FOLLOWERS

Monday, October 11, 2010

Masing-masing ada dunia khayalan.

Selamat Pengantin Baru. =)

Rasa nak kawen ! Serius... Rasa nak kawen. Serius tak tipu. =.='
Heh.. Ni la berlaku dekat budak bernama Nurul Nadia nih everytime tengok orang kawen.
Terus meroyan nak kawen jugak.
Habis satu rumah die meroyan, memberontak.
Heh! Macam la dengan memberontak tu, dapat kawen serta merta kan?
Sume tu keje giler !

Bukak situ pasal 10/10.
Bukak sini pasal 10/10.
Haih. Macam boring je.
Sume orang buat entry pasal 10/10. Ye, memang. Tarikh ni cantekk.
Tapi kalo menipu tu tak cantekk dah kan?
Takkan mandi lambat pown boleh jadi sejarah jugak?
Macam la tak pernah mandi lambat. Padahal tahun 2009 dulu berjujuk status facebook die pasal mandi lambat and bangun lambat time nak pegi class.
Huh. Menipu. Tak suka blogger yang menipu.
Secara terang-terangan plak tuh. Nak menipu pun agak-agak la. Aku follower kau kot..
Tetibe, eh baru teringat, malam ni ade persepsi Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina.
Ape lagi, ramai-ramai amik port depan tv. Baekk punyer port, sambil meriba laptop. 
Sekarang aku nak online kat ruang tamu je.
Sebab dah ade pengalaman pahit bila pintu bilik terkunci, laptop plak di dalam, nak online add drop subject tergendala ! Erghhhh... ! Semalam seharian tunggu technician datang pecahkan pintu bilik aku.
Sebab terkunci. Dah banyak menyusahkan Residen Pn Zuraini. 
Nasib baik die residen baru kat sini and ni first time die handle kes pintu terkunci. HEHE.
Mesti die penat gilerr. Sorry Puan. Tapi die sangat baik. Sumpah die baik gilerr.
Orang Kelantan memang baek. Walopon ramai yang macam dajal.
Ah persetankan dajal-dajal itu. Nak cakap pasal orang yang baek-baek je. HAHA.

Dr Sheikh punyerr majlis persandingan takde la grand mane pown.
Aku agak setuju dengan status wanita-wanita jeles dekat facebook tu kan.
Majlis die simple je. Tak grand. Tapi sangat protokol. Kan?
Tapi protokal setakat mana pun, aku suka tengokkkk.
Sebab die hensem, wife die pun cantekk. =)
Majlis die sweet macam cotton candy. Auwwww... Nak kawen jugak, nak kawen nak kawen.
Tapi kan, tak setuju gilerr gilerr derr biler ade wanita yang jeles teramat dengan majlis astronout tu tadi.
Nak kedengki ngan orang watpe...
Nak mengutuk kononnya tu majlis membazir la, banyak pakai duit, buang duit.
Tu majlis dorang, suka hati mak bapak dorang laa kan.
Lagipun dorang dapat sponsor banyak kot.
Dengki ! Kau tak dapat rasa majlis macam tu sebab tu kau nak mengata kan?
Takde orang nak sponsor baju baju kawen kau.
Rizalman mahupun Bernard Chandran takmo layan customer macam kau.
Sebab kau mengada tahap cipan terkepit tepi pintu.
Bising ! Huh.

Macam comel je Dr Halina tuh. Comel gilerrr.
Aku rase die tu seorang doktor yang otak gilerr-gilerr.
Tengok la die sepanjang majlis. Sengih memanjang. Mesra, ramah tamah.
Adehhh.. Tak duk diam. Kalo pengantin lain, malu tersipu-sipu bila lalu red carpet, naik stage, duk atas pelamin sume tuh kan. Tapi Dr Halina ni tak !
Sumpah perwatakan die comel giler. Aku ngan housemates tadi tak habis-habis gelak.
Kelakar bila tengok telatah die yang aku dapat rasakan die tu sangat sempoi. Cute je.
Si husband pulak pemalu, cool. Cocok sangat la tuh dengan yang otak gilerr-gilerr camtuh kan. =)
Sama cantik, sama padan.


See. Lihat betapa gatal gedik gelenya nye aku nak kawen. HAHA !

Habis siaran langsung persandingan dua mempelai tuh, si housemates nak keluar.
Keluar mencari makan. Aku taknak ikut.
Sebab aku macam tak selesa gilerr biler pinggang kiri aku sakit lagi. Sakit dalam.
Entah kenapa. Abaikan je la.
Katanya kawan lama aku,  
"pinggang ko patah sebab aksi stunt ko panjat pokok rambutan dulu dulu."
Perghh.. Menipu gilerr. HAHA. Takde kaitan.

Bila duk sorang-sorang kat umah ni, mulalah aku fikir bukan-bukan.
Selalunya tak, sebab aku duk dalam bilik.
Ni bila dah tersadai macam dugung kekenyangan kat ruang tamu yang aku rasa cukup luas ni mulalah anasir khurafat dan tahyul nak datang. HAHA.
Terus capai handphone, call abah kat rumah.
"Hello abah, kaklong duk sorang-sorang kat umah, takut. Abah duk wat gapo? Jom gayut meta.. Hehehe..."
HAHA. Abah gelak. Tu pun nak cite. Then sembang lama-lama ngan die, dah hilang dah rasa takut duk sorang-sorang. HEHE.. He keep asking me "lambat lagi ke saing-saing nok balik tu?"
Then sempat lagi mintak permission ngan die, nak bawak rabbit datang sini next sem.
Yes ! Abah bagi. Yeyyy..! Dapat bawak rabbit teman datang Muadzam.
Boleh bela rabbit. Tak leceh ok bela menatang nih. 
Lagi leceh sesape yang bela kucing tuh. Berak merata ! Nak kena stapler montot nih !
Rabbit tempat tinggal die dah ade. =)
Free free kite belai la dorang, main-main ngan dorang.
Yeyeyy..! Hati sangat berbunga bila abah kata "ikut kak la nok bowok ke dok.."
Hehehe.. Kalo rajin, aku bawak. Kalo malas, tak bawak la jawabnye.
Plus, Watip geli dengan haiwan berbulu. =.='

Nak cakap ngan mak aku plak macam ganggu. Abah kate die tengah marking paper.
Huuu.. Konpem budak-budak tuh tak ramai dapat A. Sebab mak aku strict kalo marking paper UPSR nih.
Pemeriksa kertas yang berwibawa lah katakannn.. =)
Aku yang jadi student die dulu pun susah nak dapat A subjek English.
Nasib lerr sesape yang ade adik amik UPSR tahun ni, and kebetulan mak aku dapat job untuk paper tuh, tawakkal je la ye. Hehehe.. 
Kesimpulan die, mak aku marking paper strict gilerr. Sekian.

Nota Kaki : Jeles tengok Fariha dah bertunang. Haih. Sanggup pulak si boyfriend die yang belajar jauh nun di Russia sana nak ikat tali pertunangan. Dua tahun derr bertunang. Nak bertunang jugak boleh? Tapi dengan sape?

2 comments:

duwe said...

yakk mekya,mai nikoh nga aku la.kito ejas2 laluh nga ma mu.bereh dok?

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

yakkkkk duwe, ajok aku nikoh. nok ko?? kah3... toksoh la we, merana idop mu pahni. ngahahahaha~~~