FOLLOWERS

Monday, October 25, 2010

Heals the broken.


Orang study, kita melepak depan blok, amik angin and amik mood kononnya. HAHA.
Tapi, yang disangka study tu rupanya duk menjerit-jerit macam cik ponti. Adeh.
Kenapa? Bila dikorek-korek, rupanya mereka sume tu study sambil berkaraoke.
Erkk.. Macam tu pun ade ke? Tak keluar sume ilmu? Tak lupa apa yang dihafal?
Haih. Pelik kan. Kita bila study, nak duk diam je. Layan lagu sorang-sorang pun jadilah. Goyang goyang kepala sendiri pun takde orang nak marah. Mengadap buku. Bukannya melalak terpekik terlolong sampai mengganggu orang nak study. Lagi tak munasabah. Karaoke guna mic kottt ! Erghh. 
Sapelah gerangan yang terlampau gedeban tuh. Siap ade mic nak karok dalam umah.

Oh ye, sedih betul bila dapat mesej daripada kawan-kawan.
Katanya, long essay paper Sabtu lepas hancur. Eh ! Kenapa hancur??
Study dah banyak. Bila dah study banyak, banyak la topic yang kita expect masuk exam.
Tapi, bila soalan yang keluar tu tak sama dengan expectations kita, frust kottt..
50% di bahagian long essay. Ohh simpati dengan kawan yang sorang dua tu.
Salah dia sendiri, sape suruh ponteng class time lecturer nak bagi hint segala. Kan dah rugi.
Ponteng tu takde hal la, aku pun ponteng jugak. Tapi bila dah ponteng, pandai-pandai la nak follow up dengan member, tanya tanya topic ape yang masuk.
Ni tak, konon malu bertanya. Kalau dia mesej aku sebelum tu, tak ke dah dapat topic yang perlu study?
Haih.. Maaf la korang sume, aku bukan jenis yang mesej mesej sume orang bagitau chapter review untuk exam. So, bila aku and kawan-kawan yang lain dapat jawab exam, janganlah plak ade yang cakap aku kedekut ilmu. No ! Aku cuma bagitau sape yang nak tau je.
Tu usaha korang sendiri kan? If nak tau ape ape, usaha la cari.
Aku bukan jenis menyuap. Aku jenis memberi. 
Kalo korang tanya, confirm aku share ilmu ilmu aku yang ciput ni. Aku tak kedekut. 
Usaha tu tangga kejayaan la kawan. Usaha la kalo nak. Jangan harap ilmu tu datang bergolek.
 
Itu lain lah, hint untuk subjek teori, subjek membaca.
What if, dah dapat hint kaw kaw punyer untuk subjek calculation, tapi takleh jawab gak?
Itu salah sendiri. =.=' 
Subjek calculation ni, dapat hint banyak-banyak pun, confirm takleh dapat fullmark punyer !
Sebab.... haihh.. Nak cakap sebab pun tak reti.
Korang mesti pernah rasa sendiri kan dengan subjek calculation ni.
Hint memang dah best, tapi bila nak jawab exam takleh ! Stuck kat mane entah.
Tengok orang kiri kanan tengah syok syok tekan calculator.
Kita? Kadang-kadang aku sendiri pun cuak nak mati tengok orang bijak jawab exam.
Tekan calculator tu... mak aihhhh... Duduk sebatu boleh dengar bunyi die.
Ketak ketak ketak ketak ketak ! Haish. Cuak aku!
Kita yang stuck tengah jalan ni, konon nak cover cun soalan mudah, buat-buat tekan calculator gak. Mane boleh kalah beb ! Aku pun nak ketak ketak ketak ketak gak walaupun at the end jawapan yang tertera kat calculator tu SYNTAX ERROR. Hahaha. Very da siot one.

Walau susah macam mana sekalipun, exam tetap exam.
Susah macam mana sekalipun, tiba harinya, kena masuk dewan exam gak.
Aku ingat lagi mesej yang PBE hantar malam sebelum aku exam tu ;

"Jangan stress blaja.. Amik ilmu untuk ilmu, bukan ilmu untuk exam.. "

Sungguh membekas di hati ayat peransang PBE. Macihh.. Memang betul pun kan? Kita study bagai nak rak, just for an exams. Tak patut tak patut... Bila takde exam, sume benda tak ingat. Tu la manusia sebenarnya. Bukan setakat mudah lupa, tapi alpa dengan kesenangan dan keseronokan. Diri sendiri pun macam tu, bila tiba hari-hari susah barulah kelam kabut buat persediaan. =.=' (study last minute)
Tapi memang takleh laa study awal awal ni, cepat lupa ! Haih..

1 down, 5 to go. Semoga selamat menjawab. Doakan kejayaan kita bersama. Kawan-kawan yang bertungkus lumus dalam study week korang ni, Cik Nadia ucapkan selamat menjawab peperiksaan lah minggu minggu depan ye. Aku mula exam dulu. And nanti aku cuti dulu. HAHA. Jangan jeles.

"Anda buat, anda dapat ." - my little sis-

Nota Kaki : Kepada anda anda yang sudi bagi emel untuk log in belog private ni.. :
Terima kasih
Thank you
Shie shie
Arigato
Nandre
Shukran.. 
=)

6 comments:

PenarikBecaEhsan said...

alhamdulillah.
nice song to matchng with yr story.
Alles Gute meine freundin.

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hahaha..
macih ! =)
nice song? my story? erkkk..
story gapo tu ehh.. hehee

PenarikBecaEhsan said...

citer hok kt ats nie la..
lyn molek..
lagu gapo nie..
sdp gok wt tmn tido nie..

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hahaha..
tajuk lagu ni disaat aku mencintaimu.
sapo tau nyanyi. x ingt doh

aina halim said...

all the best nadia exam!!!!
buat yg terbaik, igt harapan abah dgn ma..(uh sebok plop tetibe)

p/s: tak aci bleh balik awa..wuwuwu

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

thanks cousin. =) love u love u love u. hehehe.. ^^,

yes ! balik awa. ngeh2.. jgn jeles, nnt na leh blk ugop eh. ;)