FOLLOWERS

Thursday, January 27, 2011

Relevant @ Irrelevant?

gambar hiasan
Sebelum menaip entry ni, tiba-tiba teringat dekat budak kecik di Kajang sana. Haih Kak Ya rinduuuu..

"Kak Ya, Kak Ya.. Comeynya mata, ada warna hijau, ada warna biru.." Ni dialog feveret aku. Budak kecik tak pandai menipu tau (haha).

.....

Tak pernah-pernah lagi dalam hidup aku dan juga sepanjang 3 tahun aku belajar di Uniten ni ada lecturer suruh buat performance 'macam-macam'. 'Macam-macam' kat sini bermaksud tak berkaitan dengan pelajaran lah. Bukan nak kata aku ni budak skema, asyik nak belajar je (haha), tapi kurang masuk akal permintaan daripada lecturer aku yang comel tu. =.='

Mungkin ada benarnya, permintaan 'macam-macam' dia tu mampu meningkatkan self-confidence kami yang bakal berhadapan dengan dunia korporat di luar sana (haha). Permintaan 'macam-macam' lecturer aku yang comel ni ialah, menyanyi, bermain alat muzik dan menari. Best gila kan permintaan dia? Kalau tak buat music performance ni, lesap 10 markah der. 

Pagi tadi dah ada dua group yang perform. Sepatutnya 3 group, tapi tak reti aku nak mengomen group-group yang buat kerja ikut kepala sendiri ni. Lecturer dah pesan, every group must have at least one performance. Gegendang telinga dorang ni pecah agaknya tak dengar arahan. Aku dengki melampau ni der, kau gabung group memang la best, nak-nak lagi ahli group tu ada budak band. Sorang main gitar, sorang main keyboard, sorang main drum, vokalist suara best pun dah gempak. =.=' Tak relevant langsung idea mereka menggabung group macam ni, dorang boleh menumpang kesenangan di group yang ada budak band tu. Dengki! =.='

Second group, perempuan. Tak payah cakaplah yang ni, kalau pakcik-pakcik yang nak pergi solat jemaah di masjid pun confirm tercabut kopiah kalau tengok dorang perform. Aku malas nak describe panjang-panjang, cukuplah aku conclude ayat ni dengan, persembahan group perempuan yang tadi best dan sempoi tapi bagi aku, ianya agak memalukan. Mungkin itu satu hiburan, tapi di sebalik hiburan tu terselit kelucuan dan ketidaksenonohan (haha). Whatever it is, dorang semua do a great job especially group first. Guitarist dapat pujian daripada lecturer. Kami hanya tersenyum dan dalam hati aku berkata "of course la dia hebat, budak band tu miss, bukan calang-calang orang, hampir-hampir nak masuk studio untuk recording buat album dah. Gua tabik sama lu.." Tapi memang dia terbaik lah, banyak improvement aku tengok, dari mula dia join Talent Night, lepas tu masuk Battle of the Band, lepas tu menang award lagi kan. Pergh terbaik lah bro guitarist yang aku taknak sebut nama kat sini, bahaya, nanti kecoh satu Uniten aku up nama dia.

Dan, selepas kembali daripada cuti seminggu ni, berbakikan lagi 7 group yang WAJIB buat music performance, masing-masing terkapai-kapai, takde idea. Nak main alat muzik? Kalau suruh aku ketuk baldi kosong aku reti la. Nak suruh menari tarian tradisional? Kalau ada bayaran, aku menari lah. Demand tinggi sikit bab-bab tarian tradisi ni (haha). Nak suruh menyanyi? Boleh.. Tapi muziknya mana? Of course lah kena ada yang bermain alat muzik. Dan, keputusan lecturer kami tu muktamad, semua group harus perform music's creativity masing-masing. Masak la weh macam ni ! =.=' 

Nak import guitarist group first tu, tak boleh, berlainan group. Lainlah kalau aku join masuk group dorang perform pagi tadi, confirm orang panggil aku artis lepas ni sebab perform dengan budak band (haha). 

Tolonglah weh ! Taktau nak perform apa dah ni. Even aku nak buat tarian tradisional sekalipun, aku fikir jugaklah akan ahli group yang lain. Dorang tak reti dan taknak (haha macamlah aku reti sangat). Aku pun taknak jugak, tapi kalau dah takde pilihan lain nak buat macam mana? Nak perform macam group second tadi? Oh tidak mungkin. Lebih baik aku buat joget Wonder Girls, Nobody kalau macam tu. Tak pun, pasang je lagu lepas tu miming, boleh jugak aku merasa jadi Cikgu Shida dalam kelas OB.

Kat bawah ni gambar feveret band aku kat Uniten, tapi dorang semua dah habis belajar. Suara vokalist dia, yang aku panggil Abg Ajai ni sebijik macam suara vokalist Incubus. Taknak percaya takpe, asalkan kitorang percaya. Heh. Tu tu tu, akak Julie tu dah jadi wartawan siaran di TV3. Kalau tertengok dia kat berita TV3,  nama dia Julie Jalaluddin, kirim salam ye. Hahahahampeh.



 

Nota Kaki : Menyusahkan betul task macam ni. Balik Kelantan nanti kena rembat gitar budak rumah sebelah lah nampaknya, nak praktis. Eh, Nadia reti main gitar ke? Haaa.. Dah reti dah.. Hehehe.. Self learning makes a perfect action. Banyaklah kau punya perfect, aku tak reti apa-apa. Loser.


Toodles!

2 comments:

ZACK ENTRY said...

pandai main gitar?kasi post la 2 3 kerat lagu..hehe..lebih 10 lagu pun takpe..:p

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

zack entry :
x reti sgt laaaa..
huhuhu...xde org nk tlg ajar. :(