Demam AJL dah berakhir ke belum? Hah, belum? Haishh.. Sudah sudahlah tu, tak payah nak demam demam lagi, si gadis sopan berbaju kurung yang menang, keputusan dah muktamad, kau ingat kau hebat sangat nak ubah ubah keputusan yang 100% ikut kepala sifu M.Nasir? =.='
Assalamualaikum dan selamat nampak bulan di langit yang gelap.
Celik mata di pagi Isnin yang baru saja berlalu dengan suara yang seraknya sangat kronik. Errkkkk...
Menerima panggilan daripada saudara tersayang. Hah, siapakah? Hahaha.. Kazen aku der.
Menerima panggilan daripada saudara tersayang. Hah, siapakah? Hahaha.. Kazen aku der.
Rockers plastik : hello... (menjawab panggilan telefon diawal pagi dengan suara serak terbaekk punyer..aku kagum jap memiliki suara rockers)
Pemanggil : hello.. eh, kenapa suara jadi camni nih??
Rockers plastik : Ha? Jadi camane? Biasa biasa je ni (tak sedar dengan diri sendiri punya suara lemak merdu ibarat Ana Raffali di pentas AJL25)
Pemanggil : Ya Allah.. Dah dah, bangun, cuci muka, gosok gigi, pegi minum air suam. Cepattttt...!! (satu arahan yang tegas aku rasa)
Rockers plastik : Nak tido la ! Kelas tengahari. ('anak didik' Ramli Sarip bersuara. haha)
Pemanggil : Nurul Nadia, bangun sekarang ! Sebelum saya report kat Teacher Maizan anak dara dia ni malas nak bangun pagi, jangan izin dia kawen.
Rockers plastik : Hah? Kawen? Eeii kacaula orang tengah mimpi Shahir tadi. Tengok, dah hilang dah.. Benci betullah macam ni.. (bercakap dalam keadaan tak sedar = mamai)
Pemanggil : Jangan banyak songeh Nadia. Bangun sekarang. (erkk.. garangnya pakcik nih.. =.=')
Rockers plastik : Yela ! Nak bangun la nih. Bye.
(bangun dari katil, cuci muka, gosok gigi, minum air suam, masuk bilik semula, pakai sweater sebab sejuk giler, baring atas katil, dan get ready nak TIDO BALIK ! kahkahkahkah )
Message sent : dah buat semua. orang nak tido balik, jangan kacau, kul 1.10 pm ada test Ekonomi. Nanti kejut !
Message received : Hah?? Eii teruknya si kecik nih.. Nasib baik disayangi.
(sekarang baru tersedar, ish tak bersyukurnya aku.. huhuhu.. tu la, mamai punya pasal. lupa nak silent handphone. hahahahahahaha)
zzzzzZZZzzZzZzZzzzzZzZzZzZZZZzzzzzZzZzZzZZZZZZzzzzZzZZzZZzZZZzzz
(best giler tido sampai tengahari. bangun bangun tido, terus pegi jawab test. kuang3.. eh, aku mandi okay)
...
Oh ! Semalam berlangsungnya AJL25. Giler 'meriah' betul AJL kali nih kan? Konpem ah korang duk puji, AJL kali ni tip top bomm kebabo. =.=' Munculnya wajah Shahir di pentas AJL, handphone digenggam dengan kemasnya, sebab aku hampir terkena parkinson, takut jatuh terhempas plak handphone tuh. HAHAHAHA. Terbaik rr aura Shahir. Aku yang susah nak minat artis ni pun tetibe boleh terminat. Shahir AF pulak tuh ! Bleh blah derr.. HAHA. Cair tu toksah cakap la. Melting habis. Macam coklat duk bawah bontot. Mencair dengan cepatnya. (tak pernah buat, tapi pernah sekali terjadi situasi camni..haha!).
Eeeii Nadia cakap tak senonoh. Ok ok.. Sorry. :P
Eh, dekat blog Zack Entry ada terselit status yang aku update semalam. Woo..status saya duk atas sekali. Thanks Zaki sebab memfofularkan status berapi saya tuh. Hehehe.. Sudahlah, lupakan pasal si gadis sopan berbaju kurung yang di iron selama sejam. =.=' Berkedut sangat kott baju dia, sampai sejam dia amik masa nak iron kan?
Sungguh tak ethical langsung bila Ana Raffali kecundangkan Faizal Tahir, Yuna, Hujan etc. Haihh entahlah. Takleh terima je ase. Bukan aku je, majoriti kott? Takpe, itu rezeki dia. Btw, TAHNIAH kepada semua.
![]() |
| lepas dia tanggalkan besi tuh konpem aku lagi cair sebab suara akan makin mantap and dot3 hensem. hahahaa :P |
...
Time time hujan ni perut cepat lapar kan? Kitorang keluar makan di foodcourt, char kuey teow memang feveret lah ! Sedap ! Tengah menikmati makanan tu, tetiba bunyi lagu DJ Usher - Falling In Love Again. Penat aku toleh kiri kanan, handphone sape lah bunyi lagu rap nih. Tak reti nak jawab call ke.. Tapi, eh eh handphone aku la. Dalam poket. Hihihihihihihi.. Booo Nadia booo :P
Si nyanyuk : Hello assalamualaikum..
Pemanggil : Waalaikumsalam. Nadia. Duk wat gapo tu? Hahaha (eh pakcik nih gelak plak)
Si nyanyuk : Yaww.. Duk make nih.. Hehehe..
Pemanggil : Ohh..Duk make. Hahaha.. (dia gelak lagi..happy tol pakcik nih) Ni Pokcik Zainal ni.
Si nyanyuk : Hom.. Ingat ingat. Hehe.. Ado gapo pokcik?
Pemanggil : Ni, Nadia cuti ke tak raya cina ni?
Si nyanyuk : Cuti pokcik, oghe beli tiket siap doh nok kelik klate.
Pemanggil : La yoko beli tiket doh.. Pokcik ingat nok ajok Nadia mari Johor ni, ada majlis pertunangan anak pokcik.
Si nyanyuk : La.. pokcik tok oyak awal awal.. Hehe (kalau dia bagitau awal awal pun, aku dahulukan Klate derr.. HAHAHA..)
Pemanggil : Tu laa.. Takpolah.. Pah, Nadia duk make mano tu? Hotel ko? (sengal tol pakcik nih, hotel dia cakap)
Si nyanyuk : Eh dop la. Make di foodcourt jah ni.. Hehe.. Timo kasih la pokcik ajok deh..
Pemanggil : Ok samo samo Nadia..
Ya Allah.. Lepas aku matikan panggilan telefon tu, kau tahu aku terharu tahap gaban, airmata macam nak menitis. Aku tak pernah jumpa orang sebaik Pakcik Zainal ni.
Alkisahnya perkenalan aku dengan dia, waktu tu aku naik transnasional nak balik KB. Dia sebagai seat partner aku. Umur dia dalam lingkungan 50 nak masuk 60 kot sebab dia dah pencen dah, pegawai kat sebuah kilang di Johor. Dia orang Kelantan pure cuma menetap di Johor.
Masa bus stop rehat, aku tak turun. Aku mengelamun panjang. Pakcik Zainal ni dah turun makan, dia ajak aku sekali tapi aku tolak dengan lembut.. Lepas siap makan, dia naik and dia hulur satu tin 100 Plus dengan kuih amende ntah aku taktau nama tapi kuih tu aku suka. Tapi time tu aku underestimate kat dia sebab orang tak dikenali, takleh layan sangat and takleh amik makanan dia bagi. Tapi, nak tunjuk hormat kat dia, aku amik makanan dia bagi, ucap terima kasih and aku letak kat tepi, tak minum and tak makan.
Sepanjang perjalanan dari Kemaman, Terengganu menuju ke KB, kitorang boleh ngam time bersembang. Giler ah pakcik ni memang best. Dia cerita sume pasal anak anak dia yang berjaya dan yang tak berjaya. Dia tanya sikit sebanyak latar belakang akademik aku. Disebabkan dia tu antara orang besar di company engineering dia suggest macam macam kat aku, pilih tempat untuk LI la, keje la, study la, macam macam. And aku tabik giler pakcik nih sebab pemikiran dia tak kuno macam orang tua yang lain.
Sampai satu tahap, dia bercerita tentang family and tanya serba sedikit tentang family aku. Oh kebetulan, abah aku sangat mengenali abang kepada pakcik nih. Arwah abang dia pengarah pendidikan di Kelantan, memang well known la, abah aku kenal sangat sangat. Keluarga baik baik katanya abah aku. Dalam tempoh kitorang bersembang, wujud keserasian, aku pun selesa, nampak kejujuran dia, tak nampak macam dia nak amik kesempatan ke ape ke. He's ok.
Waktu tu aku demam and mengalami batuk yang kronik. Dalam bus aku asyik batuk je. Pakcik Zainal ni bila dia tengok je aku batuk macam teruk sangat, dia bagi gula-gula Hacks. "nah amik ni.. awak batuk kuat sangat tu.." Aku tak fikir sangat dah dia nak guna-gunakan aku ke, dia nak sihir aku ke, aku kena makan jugak gula-gula Hacks ni, at least batuk reda skit.. Memang betul, batuk makin berkurangan lepas makan gula-gula Hacks tu. Dalam hati aku, tak habis habis duk cakap "ya Allah.. baik gilo pokcik ni.." Dekat seratus kali gamaknya aku duk repeat monolog dalaman tuh. Serius dia baik giler. Tapi aku still underestimate kat dia, sebab aku kena berhati-hati.
Bila aku bagitau pakcik nih bilakah masanya aku nak buat Industrial Training, pakcik tuh kasih 3-4 nombor company yang dia kenal. Sume company tu more tu audit firm, chartered accountants firm camtu la. Aku tersenyum. Hehehe.. Dalam hati terdetik lagi "ya Allah.. baiknyo lahh pokcik nih.." Tapi aku ragu ragu lagi. Kang dia bagi nombor gigolo ke, company tak wujud ke, naya aku kalau terpedaya. Tapi, bila sampai umah, aku search company tu, memang wujud and agak femes di Johor and memang menjadi tempat student Accounting buat praktikal. :)
Sembang punya sembang, aku tak larat dah. Pakcik tu suruh aku tido. Aku ragu ragu lagi. Aii lain macam je. Haha.. Takpelah, aku memang ngantuk, aku nak tido. Pakcik tu gemuk, so aku tak rasa sangat kesejukan dalam bus sebab aku duk serap haba badan pakcik tuh. Hehe.. Nasib baik je aku tak peluk. Bulat dah macam abah aku dah perut dia. :p
10 minit sebelum sampai tempat aku nak turun, pakcik tuh keluarkan semua gula-gula yang ada dalam poket dia, dia kasi kat aku "nah, amik ni wat balik.." Dalam hati aku, apa lagi? "ya Allah pokcik nih.. baik gilo gilo.." Terharu gak laa sikit sikit. Time tu aku tak underestimate dah sebab dia nampak sincere giler, tak nampak pun macam orang yang nak amik kesempatan. Wajah kebapaan pun kadang kadang durjana jugak kan asyik nak menipu masyarakat je.. Tapi Pakcik Zainal ni tak macam tu (kott). Hahaha..
Sebelum turun dari bus, kitorang bertukar nombor telefon. Aku sebenarnya tak suka bagi bagi nombor kat orang ni. Tapi disebabkan aku ada sedikit rasa hormat kat dia lepas dengar dia bercerita, kongsi pendapat sama sama, aku pun bagi la. Hope, one day dia boleh tolong aku.. Sebab pakcik nih bukan calang calang orang, dari gaya dia cakap nampak sangat dia berpendidikan tinggi, orang lama dalam bidang kejuruteraan, memang berilmu la. Aku suka part tuh.. Gaya cakap sama macam abah aku, terselit jugak ilmu akhirat. Haha.. Dia siap bagi peringatan, "duk kat kampus tu jangan keluar dengan budak laki yang bukan bukan.. nak berkawan kena pilih kawan betul betul.." Pakcik nih ada sorang je anak pompuan. Yang bongsu, muda setahun dari aku. So, takde masalah la kalau dia treat aku macam anak dia, banyak nasihat dia bagi. Totally agreed and aku respect pendirian Pakcik Zainal ni mendidik anak anak dia. Caring, strict, supportive.
Dan, korang bacalah perbualan telefon diatas, dia ingat lagi kat aku setelah dua bulan berlalu. Dia call nak ajak pegi majlis pertunangan anak dia. Suruh ajak kawan ramai-ramai datang umah dia kat Kluang, Johor. Giler terharu dowhh.. Pakcik ni baik sangat. Dia kata, dia takde kenal pun budak budak Uniten Muadzam, aku the only one. Aku ada cakap kat dia, aku tak pernah sampai Kluang, and time tu la dia ajak aku and kawan-kawan pegi jalan-jalan kat umah dia, dia and family dia bleh bawak pusing Johor. Dia siap kenalkan aku dengan isteri dia lagi, aku panggil Kak Ramlah je. Wahh ! Excited plak aku. Tapi masih lagi ada ragu ragu. Haha.. Orang yang tak dikenali, memang camtu la. Tak salah tanam sifat ragu ragu, berhati-hati. Kan?
Apa-apapun, aku expect pakcik ni baik. Bukan dah terpedaya, tapi tak baik buruk sangka. Cuma kena berhati-hati je. Boleh tersenyum plak bila teringat kisah ni. Memang Pakcik Zainal ni baik.. Aku bagitau abah aku cite ni, nak share. HAHA. Aku kan suka potpetpotpet, konpem kena buat laporan nye lah kat abah aku tuh. Hehe.. Abah aku and arwah abang Pakcik Zainal ni saling mengenali, sebab masing-masing berada dalam bidang yang sama. :)
Nota Kaki : Move to the next level in this chapter. :) Kantoi.. :p







No comments:
Post a Comment