Assalamualaikum dan selamat sore. :) Dengan ini aku memaklumkan secara besar-besaran, aku nak ponteng kelas Taxation pukul 2 petang nanti. Sebab? Sebab aku malas. Masuk kelas tax, tengok classmate muka semua nerd tahap cipan, aku jadi hilang mood nak belajar. Tak fun langsung ! Boring.
Hari ni dah 17 Januari, dua insan istimewa dilahirkan pada tarikh ni. First, sepupu aku yang membesar sama-sama, tapi dah lama tak dengar kabar berita dia. Nombor handphone asyik tukar, balik Kelantan pun setahun sekali, kitorang pun dah jadi tak rapat. Tapi, aku still ingat dia sebab kitorang baik dari kecik. Second, bestfriend aku di SEMEKAM dulu, A'aisyah Atiqah. Habis SPM, kitorang lost contact terus. Aku taktau kat mana dia tinggal sekarang, aku takde nombor handphone dia, aku taktau dia belajar kat mana and aku tak dengar walau sepatah pun cerita pasal dia. Tapi, dia terbaik, everytime birthday aku, dia buat kad, cantikkk.. Dia hias lawa lawa, tulisan warna warni. :) Happy Birthday to both of u.
Minggu minggu lepas, bakal maksedara aku, Auntie Sal dah sibuk sibuk tanya..
"Mekya, hadiah birthday nak ape..?" Makcik yang sorang ni memang terbaik lah, mungkin dia nak rapat dengan aku memandangkan bulan 3 nanti dia bakal menjadi sebahagian daripada keluarga ni, tapi disebalik niat dia tu, aku dapat rasa dia ni baik giler. Tengok la dekat entry ni --- > Binatang Bulat Berwarna Biru, dia memang nice nice nice damn nice ! Boleh jadi geng aku ni nampaknya. Haha.. Thanks Auntie Sal. :)
Makanya, bertepatan dengan tajuk entry ni, aku cuba kawal sifat demanding ni, tapi tak terdaya der. Bila aku jumpa binatang bulat berwarna biru ni, demand aku jadi melampau. Aku demand dengan orang orang tersayang, tapi dengan kanda tak. Hee segan, tapi buat buat tak segan. Mintak Mazda RX8 sebijik baru tau ! Biar dia gadai Satria hitam dia tuh, pakai mazda la plak. Nampak gaya macam sayang kete lebih daripada sayang awek. Ape ni ape ni ape ni. Kete tak bernyawa laaaa. =.='
Doraemon bedsheet +comforter ni aku demand dengan pakcik aku, Ayah Chik. Huii.. Pakcik bongsu aku ni terbaik kau tahu. Dulu aku dapat 6A time SPM dia bagi hadiah bedsheet jugak tapi Ayah Chik cakap tak jumpa yang doraemon, dah merata tempat cari. Last last dia beli bedsheet Looney Tunes, Bugs Bunny. Sampai ke hari ni aku guna. Ni ha, tengah peluk bantal bersarungkan sarung Bugs Bunny pemberian Ayah Chik dua tahun yang lalu. Dan, semalam aku jumpa facebook page yang jual cadar cadar cartoon ni. Terus aku post dekat wall dorang ! Ayah Chik, orang nak niiii... !! Nak ni boleh? :'D Yes ! Ayah Chik dah bagi respon, disoalnya, nak yang mana satu? Yes yes yes ! Of course doraemon biru tuuuu. Tapi dia sentap gak tuh, sebab aku asyik demand ngan dia je. Disuruhnya aku pau cik tunang dia. Huish, malu den nak mintak mintak dengan Auntie Sal. Tapi takpelah, aku memang muka tak malu.
Haaa.. Tengok T-shirt doraemon ni comel giler kan? Yang ni aku demand ngan Auntie Sal. Hope dia belikan t-shirt ni untuk aku. :) Bukan apa, aku bukanlah childish macam yang korang tengah fikir sekarang. Nampak macam budak-budak kan demand benda macam ni? Katanya kanda, daripada mintak barang doraemon ni, baik mintak kete ke sebijik, barang kemas ke, trip nak pegi Italy ke. Ni tak, cartoon jugak yang dia nak. Tapi, ni desire aku dari kecik lagi. When it's all about binatang bulat berwarna biru ni, aku jadi tak tentu hala. Eventhough benda tu susah nak dapat, aku try jugak dapatkan. Sebab, aku suka jadikan benda ni one of the pieces in my puzzle's life. :) Kalau awak sayang kete awak tu lebih-lebih, saya pun sayang doraemon saya lebih-lebih jugak. :PP
Nota Kaki : "Jangan kerana dia, kita kecewa. Jangan kerana dia, hidupmu huru hara. Kerana kita tahu apa yang terbaik untuk kita, dan kita tahu apa yang kita inginkan. Itu dugaan terhadap hubungan, tapi kita gembira bukan? Kita bahagia dan mampu mengatasi dugaan itu. Bersyukurlah kerana diberi pertimbangan akal yang sempurna dan aku bersyukur bila berada seiringan denganmu.." Ni ayat dalam tv la der, aku penulis skrip dia, tapi takde kaitan dengan aku. Hahahaha.. Ok, tak lawak pun. =.='
Toodles !


4 comments:
ahahha ambo guni beghah jah..
jiji yu :
gapo hok guni berah tu abe jie? cadar kow? hahahaha...
nk demand nga abe long kito plop eh.
nk adioohhhhh...!! bleh? :P
lorh, suka doraemon, patut la ada sikit2 macam doraemon..hehe
nota kaki = nota tv..=P
zack entry :
cis cis cis dan cis !!
ade rupa doraemon awk kate??
mmg nk kena ni.. haha..
Post a Comment