![]() |
| terbaek woo bonda di rumah mms gambar si comel ni. weee.. comey comey comey !!! |
Minggu lepas mak aku tanya dimanakah susu tepung untuk si comel? Aku jawab, sudah habis. Mak aku tanya lagi, bukankah awak beli banyak paket, takkan dah habis? Ke ada manusia yang minum? Hahaha aku tergelak disitu. Aku jawab, mananya tak habis kalau si adik, Bani bagi si comel minum susu sepuluh kali sehari, tokey susu pun boleh lingkup, sedangkan arnab mereka segar bugar perut boncett. Begitulah seandainya manusia seperti Rabbani Ridhwan obses dengan arnab, makanya susu arnab sepuluh paket pun boleh habis dalam masa dua hari. =.=' Der, aku beli susu tu mahal der.
Pertanyaan mak aku tu disambut dengan nada girang sebenarnya disebabkan si Zorro arnab berwarna hitam legam ini sudah melahirkan bayi buat pertama kali. Dulu, kitorang ingatkan si hitam legam yang bernama Zorro ni arnab jantan. Tapi betina rupanya kau. Kami semua tertipu, termasuklah photographer kau tempoh hari - Hariz Zulkarnain & Hasanul Asyraf. Adehh mati mati ingat si hitam legam ni jantan, tup tup tup mengawan dengan bapak sendiri der. Wah.. Hebat tak? Induk jantan sekor, induk betina dua ekor. Hah, bermadulah kau anak beranak. Jangan ada korban jiwa sudah.
Kelahiran ketiga yang disambut oleh bidan (mak aku) tu agak merisaukan kerana terdapat bayi yang tidak cukup bulan, kurus kering bentuk badannya. Dengan inisiatif biasa, aku terus menghubungi Encik Shah, selaku pengusaha arnab yang aku kira dia sangat berjaya dan mempunyai laman web komersial iaitu ARNABKUS, untuk mengorder susu tepung si comel kerana sebelum ni kitorang dah ada pengalaman dimana ibu arnab tak bagi anak-anak menyusu. Kesiann.. Sampai mati kebuluran anak-anak dia. =( Aku ni boleh dikatakan acap kali berurus niaga dengan Arnabkus, jadi aku selesa dengan service yang diberikan. =) Terima kasih daun keladi. Kadangkala, tergugat jugak iman ni tengok rabbit to sale di Arnabkus. Kalaulah Encik Shah boleh buat delivery to Kelantan, sekarang jugak saya beli arnab arnab comel tu semua ! Serius ni, tak tipu.
"babies sihat? kamu dimana?" soal seorang kakak yang penyayang kepada adik tersayang.
"sihat je.. gemuk gemuk belaka. aku di sekolah la dol. itu pun mau tanya ka?" Cis si adik menjawab dengan jawapan sentap. How come aku boleh lupa adik bongsu duk asrama? Ceit.
"Lek luuuhh. Mukaddimah aku tu der. Berapa ekor yang tinggal?" Si kakak yang penyayang nak korek lagi rahsia si comel. Tapi nampaknya hampa kerana si adik tidak mempunyai jawapan.
"Tanya la mereka yang dirumah, abah dengan ma. Aku duk sekolah ni dol. Macam la aku bawak menatang comel tuh masuk asrama sekali kannn.. Pirahh.." Erkk.. Kenapa si adik begini? Ooo semakin pandai menjawab. Oh lupa, si adik sudah memasuki usia matang, dah 14 tahun dah dia. Cepatnya masa berlalu, masih segar dalam ingatan ketika si bongsu baru masuk tadika, berbaju maroon, berwajah putih mulus, tapi kulitnya semakin menghitam pabila besar sebab asyik main bawah panas dan semakin memutih kembali sejak memasuki alam sekolah menengah. Ooo dah pandai jaga muka.. Hehehe.. ^^,
Eh, dah melalut panjang. Haish. Inilah dikatakan, orang tanya nak makan apa, kita jawab nak mandi. =.=' Jauh menyimpang.
"Susu arnab dah sampai ke?" soal si anak sulung kepada si ibu. Dengan harapan, susu susu tersebut sudah di pos oleh Encik Shah ke Lot 5549.
"Sampai dah. Abah cakap, stok arnab untuk Kaklong dah takde. Dia cakap, disebabkan arnab tu putih, abah nak dua ekor.." Si ibu membalas persoalan. Tapi, penghujung ayat tu macam tersentap sikit si anak bila membacanya. What?! Arnab yang baru lahir dorang dah chop semua? Cis tak boleh jadi.
"Aaaaaaaa... Takleh ! " Ini memang rasa nak mengamuk dah ni. Ececece.. Hehe. Kenapa mereka tidak kasihankan anak mereka ini? Haish. At least, reserve la dua ekor, ni tak, semua dorang chop?
"4 ekor tu. Sekor grey, Abe Chik punya. Yang putih abah amik dua ekor, adik amik dua ekor. So, yillek doh. Hahahaha.. " Jawapan yang diberi si ibu sangat tak best. Haishh.. Sentap der. Plizz la, aku nak jugak chop babies tuh. Huhu..
"Haha.. Tiba-tiba abah nak sebab yang putih comey.. Tiap-tiap hari dia duk intai dalam sangkar arnab tu, kot kot si comel ni terjatuh.." Aku diberitahu, abah aku dah mula berjinak dengan arnab. Hee.. Macam ajaib plak abah aku jatuh hati kat arnab. Sebelum ni, dia just mempergunakan arnab arnab tuh sume untuk mendapatkan keuntungan. HAHA. Sekarang dia dah sayang.
"Dah 3 kali dah dia pegang babies ni sebab jatuh dalam longkang and keluar dari kotak. Dia cakap, terpaksa pejam mata nak pegang arnab ni.. Hahahaha.." Haa.. Si ibu memberitahu, abah dah mula pegang arnab. Hah? Oh my God.. Macam tak percaya. Hahahaha..
"Abah taknak jual sebab yang putih ni nak buat baka, takde lagi induk putih. Tapi tak sangka la plak anak si zorro yang hitam legam ni banyak putih gebu. Memang comey. Yang grey dah buka mata dah tadi. Cute.." Alahaiii.. Tak sabar aku nak balik tengok si comel baru ni. 4 ekor putih tu der. Tak pernah lagi arnab aku lahir baby putih.
"Mektino pun dah bunting. Tapi Mektino tak pandai jaga baby. Zorro bagus, anak-anak dia gemuk gemuk belaka. Tandanya dia bagi susu sokmo. Kelmarin nak bagi susu time petang, semua taknak sebab dah kenyang. Arini tak bagi minum susu tepung tu sebab nampak perut dorang buncit belaka.." Aku bertanyakan tentang si ibu arnab yang lagi sekor, bernama Cristina ataupun gelaran daripada mak aku, Mektino. Hehehe.. Perbualan tamat disini. Kesian mak aku nak prepare solat jemaah kelam kabut lak nak reply mesej aku kannnn.. I love u Ma ! :)
Nota Kaki : Pejam mata nampak dia. Bukak mata nampak dia. Kalau buta agak-agak macam mana ye? Haish. Nauzubillah. Taknak buta. Aku bersyukur dengan kurniaan yang diberikan Tuhan. Dan aku berterima kasih kepadaNya kerana masih lagi memelihara hati aku saat ini. :) Semoga hati ini terus kekal begini, dan rasa ini sentiasa utuh seperti hari ini dan hari hari sebelumnya. Saranghae Kanda. :)
Toodles !

8 comments:
wow, bela arnab..macam best..=)
hehe. dh lame la.
family's hobby. ;)
nak sekor? ngee..
nok setoko..
comel nyer..
entry panje3 pom wt ambo suko skali mesti nota kaki....
saranghae too dinda :P
suko la tengok cik adik comam ni bahagio loneh ^^
jiji yu :
nk setoko mari la jale umoh ambo. nk so gok pom ambo leh bui. kikiki.. :P
halia kentang @ annpaan :
hehe. menatang tu mmg comel, adorable gitu. ;)
jie :
erkk kak jie comam nih..
baco komen kak jie msti eksaited lebih2. hahaha..
macih ^^,
Post a Comment