Jam 11 malam, 18 Januari 2011, aku, Intan, Watip dan Ipah melepak kat rumah sahaja memandangkan mood Watip berubah bila dia pusing punya pusing dalam bandar, terlihat olehnya parking kereta si Cipan kosong.
"Cipan ni pegi mana. Kereta dia takde.." Dengan nada gedik dan mengada-ngada Watip mengeluarkan keluhan hati. Yelah, cipan takde, buat rugi minyak kereta je kami pusing depan rumah cipan ni. Watip mula tarik muncung itik Donald Duck. Kecewa katanya. Drama Queen betul lah dia ni.
"Cipan kau pegi Kuantan la. Berpoya-poya dengan awek kat sana. Batalkan je la niat kau. Entah-entah cipan tu dah ada bini.." Jawapan macam ni lah selalu aku dan yang lain membalas, sengaja mahu membangkitkan kebengangan Watip. Agak tak senonoh disitu, mengusha mamat yang tak tahu asal usul. Heh !
Aku balik rumah, bersembang seperti biasa dengan roomate yang bernama glemer Intan Norazlinda adik beradik dengan Datuk K, berbintikan Mohamad Jiwa. Tiga tahun kami menjadi pasangan di dalam satu bilik (bukan lesbo okay), memang tak sah kalau kami tak berkongsi cerita tentang kebaikan dan keburukan orang lain. Paling aku suka bila ada gosip baru, Intan mula mencari mangsa untuk dijadikan pasangan gelak tawa dia yang meriah macam pontianak gayanya. Dan memang aku akan mengekori hilaian tawa dia sampai terduduk atas lantai, terguling atas katil, tak tahan nak gelak. Ibarat babun nak tergelak tengok bini dia berkerut muka tahan sembelit. Tak senonoh betul bila gelak tawa manusia berempat ni bergabung. Aku pun dah mula runsing dengan diri sendiri. Haih.
Dalam aku berseronok dengan kawan-kawan, kanda pulak yang hilang entah ke mana. Macam chipsmore pulak dia ni. Nasib baik chipsmore tu feveret aku dulu-dulu time aku meragam nak anak patung Barbie tak dapat. Eh bukan lah pulak. Dia bukan hilang, tapi dia seperti biasa sibuk melakukan kerja-kerja untuk memajukan dirinya di semester akhir ni. Apa benda yang dia buat aku pun tak tahu, yang aku tahu dia sedang gigih berusaha untuk menamatkan semester akhirnya ni di tempat pengajian. Dia seorang yang tidak mudah berputus asa, dan seorang yang penyabar. All the best sayang. (^_^) Kalaulah dia ni jenis tak senonoh, jenis Amerika punya orang, dah lama dah dia pakai topeng Monalisa, dia siat-siat daging aku, kasi goreng buat daging burger double cheese sebab aku suka melenting, mesti dia sakit kepala. Hehehe.
![]() |
| thecinta |
Rentetan daripada peristiwa aku termakan rendang pedas hari tu, gastrik aku tak reti-reti nak berhenti. Allah laa.. Kalau aku ni jenis longkang punya orang, dah lama aku kutuk-kutuk penyakit ni. Tapi setiap penyakit itu penyembuh dosa. Aku ambil majalah Remaja yang dibeli di Petronas, aku belek helaian demi helaian. Konon bila tengok lelaki handsome dalam magazine, gastrik boleh kurang la sikit. Perghh cun melecun dewi remaja tu semua. Memang confirm jadi artis dah lepas ni. Ilmu hitam betul lah bila muka pemenang dewi remaja yang cun melecun tu membuatkan mata aku mengantuk. Aku tarik selimut doraemon, aku betulkan bantal, aku peluk si buntal, aku teruskan membaca... Padahal duk ready nak hanyut masuk alam fairytale macam cerita rapunzel, sesuai sangatla berangan macam tu. Heh !
Malam tu, roomate aku tengah online facebook, mungkin sedang gembira membalas komen kawan-kawan dia yang terkadang aku gelak besar tengok gambar kawan dia dan pasangan masing-masing. Bercinta bagai nak rak. Perbezaan bagai langit dan bumi, tapi Intan tetap menyokong kawan-kawan beliau dan pasangan masing-masing. Aku hanya tergelak, terpacul di mulut akan ayat ini..
"Snow White bercinta dengan Brown Bear.. So sweett..." Padahal dalam hati ni, entah apa jadah laa aku mengutuk pasangan tu. HAHAHA. Otak dajal tu mesti kena ada sikit-sikit. Barulah sempoi. :p
Intan keluar bilik menjawab panggilan telefon, ditinggalkan aku sendirian dalam bilik yang sedang berselubung dalam selimut, membaca majalah Remaja yang berjaya membuatkan aku cemburu dengan kejayaan mereka. Huii.. Apa kau ingat model tu semua tak berpelajaran ke? Sekali tengok sorang model ni dah ada Bachelor Degree dalam bidang architecture, kau tak kagum? Walaupun dia model macam tu, dia tetap educated. Lain kali jangan pandang orang sebelah telinga. Tapi aku bukan nak jadi model pun. Tak suka la i kejar femes, kejar populariti ni. I nak jadi orang biasa-biasa je yang istimewa di mata dia. Cewahh.. Gedik jap.
Gedegang ! Intan tutup pintu rumah dengan kuat sekali, sudah cukup membuatkan telinga aku yang disumbat dengan mp3 ni berdesing. Ciss kau bergaduh dengan ex-boyfriend ke nak hempas-hempas pintu cik kak oii? Dari atas katil, aku terlihat housemate aku, Ipah keluar dari biliknya dan masuk ke bilik air dan keluar balik dan dia mengunci pintu rumah. "tikk" bunyi pintu dikunci.
"Woi, kenapa kau kunci pintu. Intan ada kat luar.." Laung aku kenapa Ipah dari dalam bilik. Jam ketika itu menunjukkan 11.45 malam. Intan sedang bergayut diluar rumah, mungkin coverage dalam rumah kurang power, atau mungkin juga dia inginkan privacy, bergayut di talian tanpa ada yang mencuri dengar. Hehehe.
Aku tengok Ipah dan Watip dah masuk bilik, dah tutup dan kunci pintu bilik mereka. Oh Watip selalu tidur awal, Ipah mungkin continue game dia yang tergendala. Intan masih diluar, aku pun sudah bersedia untuk lelapkan mata. Tiba-tiba bunyi pintu rumah diketuk.
"Ishh.. Ipah ni.. Aku dah kata jangan kunci pintu depan. Ni yang malas ni, nak kena bangun buka pintu.. Eii..." Rungut aku sendirian. Yelah, aku dah pesan, Intan masih diluar, jangan kunci pintu. Tapi, Ipah ni sound trouble agaknya. Mickey Mouse betul lah. :p
Aku bangun dari katil, menuju ke ruang depan, aku buka pintu dan terus pusing berjalan ke arah bilik semula tanpa toleh sedikit pun ke arah pintu yang sudah dibuka. Entah siapa di depan pintu. Kerana dalam perkiraan aku, sah-sah la Intan. Disebabkan watak aku ni ala-ala protagonis dalam cerpen, aku biarkan je siapa di depan. Kalau lah aku ni diserang bengang macam baru lepas makan tomyam pedas, lantang jugak lah aku maki-maki gerangan yang ketuk pintu dengan bunyi yang melampau nak tercabut kipas-kipas dalam rumah.
Aku dah siap masuk bilik, dah siap baring nak hanyut ke alam mimpi balik, bunyi ketukan pintu tak berhenti jugak. Alahai ni memang mencabar kesabaran..
"Takyah nak mengada-ngada la weh..." Aku geram nak cubit cubit je. Dah bukak pintu tu, masuk je lah. Memang saja je kan kau nak main-main dengan aku. Intan punya kerja la ni, dah memang dia sorang je duduk kat luar time tu.
"Happy Birthday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To Nadia, Happy Birthday To You...." Mereka melakukan serbuan beramai-ramai seperti pencegah maksiat nak melakukan operasi di hotel-hotel murah. Aku macam tak percaya, Intan tutup lampu bilik memandangkan ada dua cahaya memasuki bilik aku. Aku tutup muka dengan selimut. Gilaaa la weh kenapa aku boleh lupa dah masuk pukul 12, dah masuk 19 haribulan, dah cukup umur 21 tahun. Haih..
"Apa ni weii.. Apa ni.." Siot gilaa. Padahal dalam hati dah mula terharu, mereka buat surprise. Gilaa bijak kepala mereka. Nasib baik takde ramuan tepung, nasib baik mereka tak kuat, kalau tak dah lama aku diusung dan disumbat dalam tong sampah malam tu.
Aku tersenyum, aku tengok muka mereka sorang demi sorang. Intan tersenyum depan pintu, Watip sedang menggenyeh mata yang mengantuk agaknya, Ipah tersenyum di tepi katil Intan, Balqis tengok muka aku sambil tersengih tunjuk gigi sambil jarinya ligat menaip mesej, Poja tak berhenti menyanyikan lagu birthday sambil mengusung birthday cake ke sebelah katil aku dengan harapan aku bangun dan tiup lilin. Bila aku bangun dan bersedia nak tiup lilin, sekali lagi aku terharu, pergerakan terhenti seketika, aku macam nak terkena parkinson.
"Waaaa.. Ada doraemonnnnnn... Sayang korang semuaaa..." Kau tengok lah tu? Baapak excited dapat cake berhiaskan doraemon, macam jakun gila. Okay, memang jakun sikit laa sebab ini first time dapat cake binatang bulat berwarna biru ang ang ang. HAHAHA. Dan yang penting, ada red roses icing atas kek tu. Hee.. Kau nak kata aku obses, kau kata lah. Aku memang suka roses, tambah-tambah lagi warna merah tu.
![]() |
| kesian muka doraemon tu comot, Awatif punya kerja ye, main sentuh-sentuh. hehehe... |
"Jom wehh celebrate kat luar, jom potong kek weh.." Suara Poja bingit mengalahkan speaker masjid. Dia bawa lari birthday cake aku sampai ke ruang tamu depan, sedangkan aku masih terpana di dalam bilik. Tak dewasa la dowh kalau aku menangis. Aku menyeka airmata. HAHA. Menipu sangat la tu. Tiada airmata pun. Aku capai spec atas meja, aku betulkan rambut, aku keluar nak potong cake dengan mereka semua. :')
Gila terharuu macam nak mintak baldi tadah kot-kot tumpah airmata. Mereka seronok bergelak ketawa, semua gedik-gedik nak sentuh doraemon atas cake. Hey ! Itu kek aku punya, tunggu aku potong dulu. Rasa geram nak gigit jari Watip yang gedik-gedik main cucuk doraemon atas kek tu. Selamat laa kau minat Pasha Ungu, nampak stylo sikit. Tak macam Poja tu, minat John Lennon der. =.='
| personally, aku suka friendship cake ni sebab ada ROSES icing atas tu. ;) |
![]() |
| satu, dua, tiga, empat, lima. HAH ! cukup 5 orang bestpren. |
Dan berlakulah episod sengal tak senonoh mereka berlima di dalam rumah, meja makan berterabur dengan makanan, televisyen ditinggikan volume, aku masih lagi tersenyum sambil mengagihkan birthday cake kepada mereka. Dalam hati terselit seribu kesyukuran mempunyai mereka berlima.
Kedua-dua handphone di dalam bilik sedang rancak berbunyi, sikit pun aku tak hairan. Itu semua birthday wishes daripada orang yang mengingati tarikh bermakna aku lah agaknya. Tiba-tiba Intan bersuara.
"Siot betullah, dia buka pintu tak tengok langsung siapa yang datang. Yang aku ni dah ketuk pintu banyak kali, dia boleh pulak blah masuk bilik macam tu saja?.." Plan kurang menjadi ke beb, kau nak lumur cake kat muka aku kannn.
"Tu lah pasal, aku dah buat-buat kunci pintu dah, konon nak suruh dia bukak, tengok-tengok dia perasan, pastu suruh aku jangan kunci. Tapi aku buat-buat tak kunci padahal aku tekan balik biar pintu terkunci balik.." Ipah macam cuak gila agaknya lepas aku terperasan dia kunci pintu. Sumpah aku tak tahu agenda tersembunyi.
"Aku ni siap berpura-pura nak tidur dah.. Aku tengok dia dalam bilik, dah tarik selimut dah.. Aii jangan buat pasal, kang tak jadi nak celebrate birthday dia ni kang, spoil semua benda.." Luah si Ipah. Lain kali, jangan buat surprise dalam rumah. Ajak laa aku keluar main badminton ke, joging ke, lepak depan blok ke, usha budak-budak India dating belakang blok ke, apa-apa sajalah. Hehe. Tapi ini pun dah cukup terharu sebab aku terlupa akan harijadi aku sendiri. Kalau aku tak lupa, terharu tu kurang lah sikit.
Lagi terharu bila ada dua orang senior lelaki ternampak aku di dalam kereta keesokan harinya dan mereka berdua meluru datang menghampiri kereta, cermin tingkap diturunkan, dan mereka menge'wish' birthday untuk kali kedua. Wooo mata macam nak berkaca. Okay okay, terima kasih untuk mereka berdua. Hadiah boleh claim kan, tunggu ye. :')
Dan juga lagi terharu, adik perempuan aku membuat panggilan telefon di malam birthday aku. Kesian dia, dah la duduk asrama, nak call kena beratur panjang. Syiling pun kurang. Miskin betul adik perempuan aku ni, abah dah bagi bekalan syiling tiap-tiap minggu, mesti dia habiskan syiling, menggatal nak call jejaka-jejaka yang nak mengorat dia. Aku tanya juga kenapa mereka semua berkenan kat kau ek. Dibalasnya, dia kan suka pakai shawl, budak lelaki suka la tengok perempuan macam tu. Adik perempuan aku memang spesis perah santan sikit. Harap maaf.
"Muka aku kan macam Yuna time aku pakai shawl.. Mesti dorang nak tackle aku.." Tak boleh pegi der budak kecik ni. Gatal gedik terus menerus membuatkan kakaknya agak dengki disitu. HAHA.
"Hadiah mu tu aku letak atas katil dalam bilik mu.." Pesan dia lagi. Wuuu sudah sudah lah tu. Airmata kering sekarang ni, susah sikit nak menangis kalau terharu. Thank u Cikmup (kadang-kadang aku panggil dia Cikmup sebab dia baru umur 13 tahun, tapi berat badan dia dah sama dengan berat aku yang 21 tahun ni).
Pendek kata, banyaklah peristiwa yang berjaya membuatkan aku terharu. Mother and father, brothers, uncles and aunties, friends, classmates, Unitenians, best friends etc. Aku ada dapat hadiah birthday jam tangan cantik gilaa ada berlian memenuhi kepala jam tu, memang mengikut taste aku sebab jam macam tu nampak eksklusif dan menyerlahkan karisma wanita yang memakainya tapi oh my God kenapa jam tangan tu berwarna pink?!! Astaga mereka suka buat surprise yang bukan-bukan. Nasib baik hadiah birthday, aku terima dengan hati terbuka. Pink pun pink la, light pink tak nampak begitu geli kan..? Aku okay, boleh saja pakai. HAHA. Thanks kawan, thank u so much !
"How do you expect me to remember your birthday, when you never look any older? Happy Birthday Gadis Melayu Kelantan Terakhir." Alahai... Kalaulah 19 Januari hari tu bertukar menjadi 28 Januari, aku dah reply mesej facebook ni dan dengan baik hatinya aku pelawa pengirim mesej ni untuk candle light dinner di Grand Continental Hotel. Tapi sayangnya, pada tarikh 19 Januari tu kewangan semakin merudum memandangkan MARA cuma bagi nafkah 28 haribulan setiap bulan.
Dia kata aku Gadis Melayu Kelantan Terakhir? Takpe, kalau dia menipu pun aku tak marah.
Tanpa diingini, handphone bunyi lagi.
"Sayang, janganlah macam ni, mintak maaf. Okay, itu silap saya. Saya mintak maaf ye sayang. Esok saya teman awak tengok cerita Khurafat.."
Aku tak tengok pun nama orang yang bagi mesej diatas tu, aku ingatkan dia. Aku cuak kemain lagi. Aku ada marah dia ke. Kenapa pulak tiba-tiba nak teman tengok Khrurafat ni..? Aku tak hingin pun nak tengok. Sekali aku check number, Ciisss !! Apa jadah aku dapat mesej macam ni daripada nombor tak dikenali? Tergelak sorang-sorang. 'Khurafat' betul pengirim mesej ni boleh tersilap send mesej. Apa kau tak save number awek sendiri ke? Kalau bercinta tu, save la number awek oiii. Kalaulah aku ni nak perdajalkan kau, nak buat jahat sikit, dah lama aku reply ;
"Mulai saat ni, kita putus. Goodbye !" Hahaha. Tapi aku waras lagi, nasib baik dia tersilap send mesej kepada aku. Kalau dia ter'send' mesej berbaur pujukan romantik tu kepada orang lain, nak-nak lagi terkena pulak dengan mat rempit, memang masak laa mat rempit tu perdajalkan kau. Padan muka.
![]() |
| birthday girl yang sudah hidup 21 tahun. terima kasih wahai pemilik nyawa, sehingga ke hari ini aku masih diberikan nafas untuk terus hidup di dunia ciptaanMu ini.. |
Nota Kaki : Terima kasih semua. Terima kasih kanda. Tunggu lah jumpa minggu depan, ada dendam tak terlaksana nih. Padan muka. Siapa suruh lupa. (^_^)v Saranghae kanda.
Toodles !





4 comments:
po baco novel doh ni..
hehe..
slamat ari lahir..
kne jmpe dlu bwu ley cek adiah :)
wah, panjangnya bercerita..hehe
selamat hari lahir kawan blogger..=)
info tentang telinga berdesing di SIHAT SELALU - Tinitus - Telinga Berdesing
Post a Comment