FOLLOWERS

Tuesday, January 4, 2011

Jalan lurus, tapi kelam.



Ramai yang tanya aku, 
Pertanyaan : Kau tak rasa terpesong ke belajar akaun kat universiti?

Emmm.. Ye kot...  Ehh japp..!! Ape kau tanya? Ulang balik. Aku silap dengar.

 Dorang tanya, 
Pertanyaan : Kau tak rasa terpesong ke belajar akaun ni?

Jawapan : Tak kott.. (haha..ade jugak 'kot' kat belakang ayat..) Kenapa tanya macam tu?

Pertanyaan : Kau perasan something tak. Aku bagi satu contoh 'committee' kita ni. Awal awal dorang masuk Uniten, perghhh sume budak akaun beb. Nombor ID boleh nak berlagak ade AC kat depan. Pegi mana-mana orang tanya belajar apa, dorang jawab belajar akaun. Pegi wisma, nak bayar yuran, dengan bangganya baca nombor ID yang bermula dengan AC tu. Bila duk bersembang pasal pelajaran, suara taknak kalah beb, kalau boleh nak laung kuat kuat biar orang dengar yang dia tu amik subjek Taxation (untuk pelajar akaun sahaja), macam special laa kan sebab budak bisnes mana amik subjek percukaian ni. Tapi bila dah proceed program dari asasi nak naik ke ijazah, sume cabut beb, taknak dah pegang ID bermula dengan AC. Semua kelam kabut cari course apa yang sesuai. Mostly dorang blah tinggal akaun and join Marketing la, Human Resource la, Finance la. Kau tak perasan ke beb bahawasanya mereka di sekeliling kita ni semuanya asal usul sama cam kita, at last berubah hala tuju. That's why aku tanya, tak rasa terpesong ke sebab aku tengok ramai yang cabut even dorang memang pure accounting kat sekolah dulu.

Jawapan : Hari tu ada jugak perasaan camtu, rasa nak cabut je, rasa berminat dengan nombor ID yang bermula dengan MT. Haha ! Tapi takleh, rugi besar kalau aku buat camtu. Kalau bapak aku ada company sendiri, no hal lah nak pegi ke MT. Bila dah habis belajar, aku boleh gi potpetpotpet kat company bapak aku je. Biasalah kita ni, bila rasa susah mulalah jadi unsound mind, nak tukar course la ape la. Tapi, tak perlu kottt.. Go on je la. 



Abah aku kata, belajar akaun kena banyak bersabar. Ada satu hari tu, aku tengah tengok Biz World kat TV3. Abah aku tegur, "minat la dio tengok saham saham gini nih.. bagus kaklong abah.." HAHA. Gedik je bunyi. Aku diam saje, malas cakap banyak sebab aku tengah khusyuk tengok shareholders dekat company Maxis banyak yang bankrap sebab saham company dorang jatuh banyak. Pastu, abah aku keluarkan satu statement baik punya sampai hari ni aku ingat. Dia kata, "long.. bila dah keje, don't disclosed bank statement company pada outsiders, membahayakan diri sendiri and jangan amik walau satu sen pun duit company, sebab itu termasuk dalam kes jenayah, ada yang kena hukum gantung mandatory.." Erkk.. Gantung? Tetiba je aku rasa nak tukar amik medic. HAHAHA lawak bodo.

fraudulent

Mak aku plak pernah kata, belajar ekonomi kena bersungguh-sungguh. Berdasarkan cerita and ayat ayat economist yang dia keluarkan, aku dapat rasa mak aku terer gilerr kot ekonomi masa dia belajar dulu, tu yang aku rasa aku takde genetik kebijaksanaan dia tuh. HAHA. Tapi, aku ada satu prinsip ni. "Yesterday is always a different day, and there will always be next time" Pokok pangkalnya, kita mencuba.

Tapi kan, akhir akhir ni aku macam nak berubah fikiran. Kalau aku tukar course okay tak? Aku rasa aku lebih berminat dengan LAW. Kau tahu kan law tu apa. So, aku rasa otak aku macam dah tepu dengan subjek ni and aku rasa aku okay kot nak jadik lawyer? HAHAHA. Tipu je. Sem ni aku amik subjek Company Law. Pensyarah aku toksah cakap la dia super duper best bila tengok dia mengajar otomatik aku teringat style mak aku mengajar yang penuh ketololan dan kelucuan walaupun terselit ketegasan. Fuhh.. Memang gaya dia sebijik ah dengan gaya mak aku mengajar kat sekolah. Satu kelas boleh pecah perut tengok dia beraksi kat depan. HAHA. Tapi kalau pensyarah Law @ mak aku mengamuk dalam kelas, semut kentut pun boleh dengar. Senyap sunyi, sume takut.



Bayangkanlah, tutorial Law memang berlambak. Sumpah tak menang tangan nak buat. Pastu pensyarah aku yang bernama Madam Mafuzah ni plak style panggil nama and present jawapan kat depan. Okay yang ni aku cuak nak mampos sebab aku tak suka kena panggil nama keluar jawab soalan kat depan and kena pandang muka classmates yang macam nak telan aku ! =.=' Tapi terpaksa. Huuu. Tetiba rasa stress, pressure giler belajar benda ni. Jom ah tukar medic sekarang. HAHA lawak bodo lagi.

Aku dah lama terfikir, macam mane la otak budak budak Law ni ek? Yang pasti, aku dapat rasa dorang ni genius gilerr. =.=' Setakat aku yang baru belajar dua ketul Law - Commercial Law and Company Law pun dah bising macam ni, dorang apatah lagi? Dorang belajar sume jenis Law kat Malaysia. Tak penat ke dorang nak ingat cases tu sume? Tapi yang paling aku ingat, case Merrit vs Merrit. HAHA. Case ni best sebab aku pun taktau kenapa. Korang google la pasal case ni. :PP Budak budak Law ni otak kena sentiasa aktif. Genius tak dorang? Giler ah aku nak tabik kat sume budak budak Law especially budak budak Law yang aku kenal - Chandran, Siew Tin, Afiq, dan Fariha juga. :)

Sem lepas, aku amik subjek Commercial Law dimana subjek ni compulsory lulus dengan cemerlang untuk proceed ke Company Law sem ni and alhamdulillah aku ditakdirkan bertemu dengan Company Law. :) Tapi hati kecewa bagai nak giler sebab semua content Commercial Law langsung aku tak ingat and hanya tersenyum pahit everytime Madam Mafuzah tanya about Commercial Law sem lepas. Tergelak besar bila madam soal then takleh jawab then dia bahan kitorang baik punya "you all ni betul ke lulus Commercial Law sem lepas ni? saya tak percaya la dengan you all ni sume. memang betul betul lulus ke ni? saya tak percaya ni you all ada dalam kelas Company Law saya ni, memang betul betul lulus ek? Tak rasuah? Tak bodek dekan? Tapi bila saya tanya you all takleh jawab ni amacam?..Macam tak amik je subjek Law sem lepas.." HAHAHA. Lawak siot. Banyaknya 'ni' dalam ayat madam, serius bebenor dia bahan kitorang. :PP

Satu yang aku perasan tentang personaliti pensyarah subjek undang-undang ni. Sem lepas, aku belajar Law dengan Madam Zetty Karmila. Dia tu perghh cun gilerr tak pernah berbaju kurung sebab sentiasa berjubah eksklusif dengan boot hitam ala ala peguam nak mooting court everytime masuk dalam kelas. Emm, suara? Jangan duk tanya suara pensyarah Law ni, sebab kau boleh bayang sendiri kott speaker dekat masjid volume camane kan? Lebih kurang camtu rr suara dia. Nyaring, jelas, dan pedih telinga kalau dia nak pressure student dengan keywords Law. "Dengar sini." Perghh berdesing telinga aku, padahal dia bukan tengking pun.

Pensyarah Law kedua aku dapat sem ni, Madam Mafuzah. Perghh yang ni walaupun tak cun melecun macam Madam Zetty tapi english dia fluent macam berpuluh tahun duk London walaupun takde slang pelik pelik. Kau nak tahu, dia siap ajar kitorang cara nak pronounce accounting term. Uiiii pensyarah camni aku respect melambung, bukan Company Law je dia ajar, family law, friendship law, pronouncing law sume benda dia ajar. HAHAHA. Kelakar tu takleh nafi dah, cerita dia beranak kat hospital swasta yang menelan belanja sebanyak RM7000 tu pun dia bagitau just nak tekankan kat situ tentang law. Kenapa law di Malaysia tidak adil terhadap ibu bersalin. Doctor datang jenguk pesakit, just nak tanya "awak okay hari ni..?" pastu doctor tu blah keluar dari bilik, kau tahu dia charge berapa? RM200 untuk ayat "awak okay hari ni..?" Untung ah sape yang jadi doctor kat hospital cenggitu. =.=' Kalau camtu, aku pun nak. Sejam sekali aku datang jenguk patient, aku nak tanya benda tu je, dapat la jugak dua ratus ringgit kan. Gilerr tak adil. HAHAHA. -dengki-

dia dalam gambar ni memang suka buat muka mintak penumbuk tiga alam. =.='

Sebut pasal Law ni, tengahari tadi aku attend kelas Macroeconomy, and aku cuba test multitasking aku. Well, orang kata perempuan ni boleh buat dua kerja dalam satu masa kan? Masa lecturer mengajar kat depan, ada dua benda laa jugak depan mata aku. Nota Macro and tutorial Law. Sambil sambil buat tutorial Law, sambil sambil tu pay attention untuk Macro walaupun aku lemah gilerr nak paham graph, tapi aku teruskan jugak multitasking aku tuh. Haha. Bolehla tahan, Macro paham sikit sikit, tutorial siap sikit sikit. Dan, disebabkan subjek Law ni betul betul kena jadi skema untuk sem 4, kitorang nak jugak jugak cari buku teks Company Law yang takde jual kat universiti supplier elektrik ni. =.=' Makanya, esok kitorang akan ke Kuantan untuk mencari buku teks Law di Popular mahupun MPH (perghhh first time cari buku teks kat kedai luar, rasa bangga jap), sekaligus mencuci mata, dan merelease tension nak tengok movie yang dah lama terpendam sekaligus blablabla takleh cite kat sini nanti korang kata aku budak jahat. Wekkk !! HAHAHA. Aku memang jahat pun.. Korang je baik kannnnnnn. :PP Kui3..

Nota Kaki : New resemblance on my own feet, Vanessa Hudgens. Wakakaka ! Kelakar. Tang mana sama taktau la.


Toodles !

1 comment:

Scorpio Warrior said...

ohhhh. akaun susah..law lagi susah. tp depends on ur interest. kalau suka, sume benda akan jadi senang..nway, all d best dear!