FOLLOWERS

Sunday, August 15, 2010

When i'm back home, i wanna u come back too ! ♥


Aku ni.... Nak cakap tak sedih, aku sedih. Nak cakap tengah sabar, memang sabar. Nak cakap jangan nangis, dah ternangis pun. Nak cakap jangan meratapi, dari siang tadi aku tak stop lagi meratapi pemergian die ni.. Ape nak buat... Salah aku jugak.. Lepaskan die pergi.. Benci betullah dengan diri sendiri. Kenapa aku buat macam ni! Kenapa aku sanggup lepaskan die pergi.. Aku rindukan die tau tak... (T_T)

Ish plizz la airmata tolong jangan ngada ngada boleh..? Sekarang ni dah la kejap hujan kejap tak. Aku demam nanti kang. Plizz la airmata. Aku tak perlukan kau sekarang la. Aku perlukan die. Aku nak jumpa die, aku nak tengok die. Janganlah buat aku macam ni airmata. Sembap mata aku nanti, sume orang pelikkkk kang..

Kenapa la aku ni ngokk sangat. Kenapa! Ya Allah ya tuhanku, ape ke siuttt sangat Nadia ni. Stupid! Idiot! I hate myself for that. I hate it.. (T_T) Nadia plizz, big girls don't cry kan. Jangan nangis nangis. Die pun nak ada pilihan hidup die sendiri. Die pun nak jadi macam yang lain, ade pasangan yang die suka. So that, if kau merelakan pemergian die tu, maknanya kau dah memenuhi fitrah die. Die pun ada hati perasaan. If not, die takkan suka pada yang lain.

Tak sampai setahun die dengan aku.. Tak sempat aku nak cerita sume kat die. Selalunya, everyday aku mesti cari die, at least bertanyakan, dah makan ke belum.. Walaupun aku tau die takkan jawab pertanyaan aku tu, sebab pertanyaan macam tu sangat buang masa untuk dijawab oleh die.. Tapi aku tak kire, aku tanya jugak.. Sometimes, when i'm feeling down pun aku cari die nak hiburkan hati, nak pujuk hati. Sebab, walaupun die mungkin tak faham perasaan aku, tapi aku lega bila aku cakap sorang sorang tanpa difahami.. Percaya atau tak, bila aku bercerita, aku nak mengumpat kat orang yang aku benci ke, aku nak luah perasaan ke, aku nak membebel ke, aku nak lepas geram sebab kena marah dengan ma abah aku ke, bila die ade dengan aku, die akan diam. Die mendengar tanpa banyak songeh macam sifat die yang selalu nakal, tak reti duk diam.. Die duk diam je atas riba, tak lari and tak nakal nakal cakar tangan aku. Die macam memahami.. Die diam je.. Ini ke haiwan yang orang cakap sangat manja dan memahami perasaan manusia selain daripada kucing?



Molly come back.. :'( I need u badly Molly.. Aku nyesal bagi orang lain amik die. Aku jaga die dari kecik sampai die besar. Daripada die tak reti nak lari kejar kejar, sampaila die berlari aku tak larat nak kejar. Aduhhh.. Rasa macam menusuk dalam hati. Hilang die macam hilang kekasih yang dulu. Sungguh! Tak tipu. Aku meratapi, aku menangis, aku melayan perasaan, aku terkenang, aku terbayang.. Molly can you plizz come back home.. Dorang miss u a lot! If... Aku dekat rumah sekarang, aku tak boleh nak hadapi mende cenggini. My mom said "tadi nak keluar tengok dorang kat sangkar, bila tertengok sangkar Molly yang kosong, rasa sayu pulak..." Oh plizzz.. Airmata don't let me down la! (T_T)

It's really hurt. Bengong je kan. Tapi serius, aku sayang gilerr kat die. Aku sayang Molly macam aku sayang diri sendiri kot. Sume ni salah aku. Masa mak aku call tadi, aku tengah tido, ngantuk. Aku takleh nak fikir betul betul. Otak aku takleh nak proses ayat ayat mak aku. And then aku bagi respon yang menjerat diri aku sendiri. Mak aku cakap kazen aku nak amik Molly, at first aku macam jerit jerit tak bagi. Tapi aku taktau kenapa tetibe aku cakap amik la tapi kena pulangkan balik lepas Molly berjaya membuntingkan kazen aku punya rabbit. Salah aku jugak sebab aku bagi izin. Sedangkan mak aku siap call aku lagi, nak tanya aku bagi ke tak orang nak amik Molly aku. Kang kalo bagi tanpa izin tuan die, ade jugak yang nak mengamuk setengah mati. Tapi aku bagi izin and now aku menyesal kot! Menyesal! Tolonglah... Aku rindu gilerr dekat Molly.

I said "ma plizz gi amik Molly wat balik umah.. gantikan dengan rabbit lain bagi kt Abe Yat, tapi nak Molly balik.." Aku tau dorang kat umah mesti lagi terasa Molly takde. Yela, everyday nak bagi makan dekat rabbit tuh sume, tetibe tengok sangkar Molly kosong, takde penghuni.. Sape tak terasa kehilangan? Kalo aku ade kat umah sekarang, maunye aku tak meraung, aku akan menangis kat situ jugak and tak mustahil aku akan drive kete pegi amik balik Molly aku eventhough aku tak ingat jalan nak ke umah kazen aku tuh. Aku rela sesat, tapi aku tak rela Molly takde dalam jagaan family aku. Cian abah yang selalu bagi Molly makan setiap hari.. Mesti rindu kat die kan? Mesti abah rindu nak membebel sebab Molly nakal sangat. Selalu tumpahkan makanan.

Aku tau Abe Yat boleh jaga Molly dengan baik, sebab family die macam dah biase dengan binatang peliharaan ni, tapi aku nak Molly dengan aku, aku taknak die tinggalkan rumah aku, aku nak die duduk dalam sangkar biru die tu. Abah baru je beli bekas minuman baru untuk die.. (T_T) Kenapa la aku stupid sangat! Kenapa aku tido time mak aku call! Kalo tak mesti aku tak mamai and aku tak izinkan macam tu je and aku akan fikir panjang sebelum aku bagi walopon dengan perjanjian die akan pulangkan balik. Plizz la Nadia don't cry. (malu lah nangis sorang sorang, pastu nak emo.. termarah orang sane sini, terkasar bahasa dengan die..tak sengaja la..)

Molly when i'm back, sila pulang ye. Eventhough kamu suka disana sebab kamu ada pasangan, setelah sekian lama kamu hidup sorang sorang dalam sangkar bujang kamu, jeles dengan Bunny yang dah bersekedudukan dengan Cristina, kamu pun ada keinginan nak berpasangan. And, just like my mom said, kita kena penuhkan fitrah haiwan jugak. Die nak ada pasangan, macam manusia.. Okay.. I'll let you go for a while, but when i'm back home, i wanna u come home too. Aku nak pegi amik balik, gantikan Molly dengan rabbit jantan lain and give it to Abe Yat. And i'll find another 'girls' to bring it on, look after her as my new pet, jadilah kamu pasangan baru Molly. Ufhh sungguh banyak perancangan. Semoga Allah perkenankan.. Amin..

Nota Kaki : Dalam hati saya memang ada taman bunga, and saya nampak awak disitu. :)

No comments: