Sempena minggu midterm ni, kesihatan sangat mengada-ngada ye kawan-kawan. Tak caye? Nak tunjuk contoh pun susah ni. Nak senang, meh la datang Uniten, duduk sekali dengan aku dalam kelas, then amik exam sekali dalam hall. Boleh tengok berapa ramai yang demam. =.=
Dua hari lepas, iaitu hari Selasa. Blah.. Benci betul Selasa lepas. Dengan menggunakan instinct yang agak kuat, aku tak tido semalaman. Ok ini memang salah disisi perubatan ye. Tak tido semalaman? Bak kata Poknik, "babun betul manusia yang tak tido semalaman hanya kerana nak study". Eiii.. Benci kau. Aku tau rr kau asyik meniru orang sebelah je time exam, sebab tu kau tak study. Hampehhhh...
Selasa malam Rabu aku terpaksa study sepanjang malam untuk midterm Management Accounting memandangkan reference question yang aku dapat susah nak mati la gilerr. Tolongla.. Kitorang baru second year kot, asal bagi soalan killer macam ACCA lever derr.. (walaupun soalan ni basic acca, tapi aku tetap anggap die macam higher level of acca). Oleh kerana satu malam, hari Rabu aku berada dalam kegelapan.
Rentetan cerita die macam ni. Tak tido semalaman, itu perkara kebiasaan bagi aku. Ade jugak orang lain yang study kejap, then tido kejap. For me, buang masa aku buat macam tu. Nak suruh aku sakit kepala tak bleh bangun eh? No way laa.. Bila study kejap then tido kejap then bangun study balik, memang akan shut down terus! Korang tau shut down tu macam mane kan? Bila shut down, sume system free from processing. Bila on balik, mane boleh nak resume balik program yang kita buat before tuh. Ha, kan dah masuk bab IT. HAHA! Betul la, otak manusia cam CPU gak. Lepas shut down, nak on balik, die kena capitalize balik sume system and kena start new session and amik masa secara manual nak restore balik ape yang dibuat before tuh. Sama la cam otak, amik masa kot nak recall balik ape yang berlaku sebelum kita melelapkan diri. Betul tak?
Aku study Management Accounting dengan diri yang tidak terurus. Jam 8 pagi, kelas tutorial Taxation. Kelas ni energy aku sedang-sedang tapi menghampiri critical occurence. Around 9 pagi kelas berakhir, balik rumah, ingatkan nak study, tapi energy semakin low. Aku lelapkan mata kejap.. Then bangun balik jam 10.30 pagi, bersiap-siap nak pegi lecture Intermediate Financial Accounting. Lepas bangun tido tu, badan aku very weak! Masuk kelas dengan tak bermaya, aku asyik nak tertido je. Aku tengok keliling kelas, bermonolog sendirian.. "ramainya tido..mesti penat study semalam.." Budak lelaki belakang aku pun tido tak sedar sedar aku terlanggar meja die. Hee.. Sorry!
Madam pun masuk kelas, tapi time tu aku blurr sangat-sangat. Ok, dapat notes sume, aku cuba fokus untuk chapter Financial Reporting Standard, part ape entah yang ada Property, Plant and Equipment sume tuh. Aku tak tido, tapi fikiran melayang, mata pedih, kepala pening. Ya Allah.. Dugaan ape aku dapat ni.. Kejap lagi aku nak exam. Badan aku rasa macam lembik gilerr.. Cuba toleh belakang jap, tertengok budak laki 3,4 orang ni tengah tahan ngantuk and sorang lagi tersenyum. Malunye! Aku dah la buat muka sememeh je. HAHA!
Kelas madam dah nak abis, tapi aku tak larat sangat sangat nak mengadap sume benda atas meja ni. aku pun keluar nak amik angin. Kreeetttttttt kreeettt... Bunyi pintu. Ishh.. Bising la! Sume orang pandang. =.= Korang nak tau takkk, lepas aku keluar kelas, mata aku berpinar-pinar, mungkin kerana aku guna kaki untuk berjalan setelah duduk berteleku atas kerusi lama sangat. Aku jalan menunduk, sambil pejam celik pejam celik mata sebab nak cover ngantuk. Konon nak jaga pandangan laa kan jalan tunduk, last last memalukan diri sendiri. Aku terlanggar sorang member nih, lelaki. Aduhhh.. Malu! And ditanyakan olehnya "nadia awak jalan macam orang mabuk ni kenapa? Tak sihat..?" Aku mengangguk je. Then die kutip handphone aku yang jatuh tepi kasut die. Ape dah jadi pada aku time tu aku pun taktau. Aku berjalan lagi sorang sorang dengan badan yang lemah longlai, nak gi tandas. Masuk tandas, terus tersandar tepi dinding (dinding ni bersih ok), macam orang hilang akal, mata pandang dinding yang berhadapan dengan pandangan kosong. Uhukk.. Saya sangat penat la makcik cleaner. Jangan tengok saya macam orang tengah putus cinta boleh tak. Saya tak larat je!
Balik dari kelas Intermediate, aku tido. Tapi tak lama, setengah jam je memandangkan ada lagi dua tiga jam nak pegi exam Management Accounting. Aku bangun, study kejap. Time ni badan terasa segar sikit, boleh la suam-suam kuku nak proses formula tuh segala, nak hafal sebab dah tido kejap kan. (aku susah ingat formula).
Aku and kawan-kawan macam biasa, pegi exam sama-sama. Mane penah berpisah dengan dorang 3 ketul ni. Nak pegi jamban pun sama-sama. HAHA! Masuk aje dewan exam, aku okay lagi. Bila baca soalan, and nak jawab soalan, aku pening balik, sakit kepala lain macam, badan aku seram sejuk, sendi-sendi aku sakit teramat! Uhukk.. Lenguhh seluruh badan.. Aku pun jawablah exam dengan hati yang tak tenteram, fikiran yang agak bercelaru, sebab memikirkan keadaan aku yang betul-betul tak larat ni.
Aku taktau ape jadi dengan muka aku time tuh, sememeh ke, muka selenga ke, aku taktau. Tetibe dapat mesej lepas exam, "Masa exam AMAB tadi saya tengok awak pucat je. Tak sihat ke..?" Aku mengiyakan sahaja. Ye, tak sihat.. Haih.. Sudah dua orang tanya benda sama. Memang betul aku rasa sangat tak sihat. Antibodi aku sume hilang! Nasib baik aku tak pitam tau..! Dah la nak naik lif, lif penuh! Terpaksa panjat tangga ke tingkat 5 sebab nak pegi dewan exam. Benci! Ok aku tawakkal, aku sendiri pun taktau ape jawapan aku bagi tadi. Maybe ramai yang dapat full mark, tapi aku tak rasa aku dapat. Half marks pun belum tentu. Terrible!!
Habis exam around 4 petang, aku pegi beli lauk dekat bazar. Time tu hujan, and terima sajalah keadaan cuaca yang damn gilerr, aku redah hujan.. Balik rumah, sakit kepala teramat sangat and aku tido. Bangun tido dah nak waktu berbuka dah.. Sume housemate aku tido lepas abis exam tu sebab sume penat. Bangun untuk berbuka, muka sorang-sorang takleh blah. HAHA! Sume diam je menikmati makanan depan mata, tak macam selalu. Mulut potpetpotpet.. Berbuka semalam, suasana sunyi sepi tanpa sepatah kata keluar dari mulut kitorang. Yang bunyi hanyalah iklan iklan kat tv, and azan Maghrib and cite Embun Mutiara tuh.. Kesian.. Sampai macam ni menyiksa diri.. Salah sendiri jugak.
Lepas berbuka, sangat tak larat untuk pegi terawih, aku rehat kat rumah. Tunaikan solat Maghrib, berzikir sedikir sebanyak, untuk tenangkan hati, tenangkan jiwa yang bercelaru, semoga dengan zikir yang diajar oleh insan tersayang ni boleh menjadi pelindung diri aku dari segala kecelakaan.. Disebabkan angin angin demam dah datang, aku rasa aku perlu rehat sekarang! Dah lama aku tak pegang minyak cap kapak, tapi malam ni aku terpegang. Sebab kepeningan and kesakitan kepala yang aku rasa macam kena migrain. Sabarlah hati, jangan diikutkan sangat rasa sakit. "rehatlah..tu yang awak perlukan sekarang ni. rehat cukup-cukup, nanti kalau nak bangun study bagitau, saya kejutkan." Ololo..so sweet lah. HAHA! Tapi at the end of the msg, ade satu ayat yang buat aku gelak sorang-sorang. "ishh! ni lah budak degil. bila orang nasihat die cakap membebel. geramm! Lepas ni buat la lagi eh.." Hee.. Orang tak buat dah.. Perit bila rasa nak pitam ni.. Macam mayat hidup je.
And hari ini, dah rasa segar. Alhamdulillah.. Puasa macam biasa, tanpa amik sebarang panadol.. =) Semalam tido awal, lebih kurang pukul 9 malam aku dah goal. And bangun subuh and sambung tido balik, bangun plak kul 12.. Gilerr lama aku tido. =.= And paling best, aku terlajak kelas kul 8 pagi, kelas Management Accounting tu rr. Hati meronta-ronta taknak pegi sebab tension jawab exam semalam, sakit kepala la nak fikir walaupun dorang cakap soalan senang. Aku ponteng kau hari ni! Hehehe.. Bukan aku je ponteng, ramai. Sebab ramai yang demam. Ufhh.. Aku pun tak berapa sihat lagi, suam-suam kuku je. =)
Tonight will be the gilerr gilerr punya night sebab kena study dua subject! Esok paper Intermediate FA and Taxation. Huuu.. Nak jadi macam semalam lagi ke ni? Eh!! Takmau! Tak suka bila rasa tak sihat and rasa nak pitam. TAK SUKA! Ok, malam ni kena study smart, bukannya study hard. If mengantuk, tido. And, no nescafe until aku rasa betul-betul takleh nak go on dengan study. And, one more thing Nadia, esok exam mula kul 10.30 pagi, and kamu WAJIB tido walaupun sekejap. WAJIB!! Nanti kalo tak tido semalaman, aku jadi macam semalam pulak... Macam orang mabuk katanya member aku tuh. HAHA.
Persoalannya, adakah kesihatan merosot ini disebabkan oleh midterm..?
Nota Kaki : Good luck to all for this coming benda alah. HAHA!
4 comments:
haha , badan anda manja larh !
klu balek kelantan mesti cihat an ???
huhu , gud luck eh exam ! =)
haha..balik klntan sihat walafiat! boleh melompat ke langit. :D
orait, thank!
xpo2..pehe2..hihi :)
kito meme senaseb..hahaha
lex nadia lex..uniten nih meme nok bunuh kito.bru second year..soklan susoh nk mati
eh dio..!! hehe..nyo jupo bulehh dih blog oghe. heee..
tau xpo, saba nih saba, x lamo doh nk abih...lek luuuu
Post a Comment