Ohh! Hari ni ramai yang terpaksa baik sebab bangun pagi. Hihihi. Kalau bukan kerana program ni Ustaz mewajibkan ke atas semua student intake Jun 2008 ni, sah sah kita tak bangun pagi kan? Actually, bangun di awal pagi ni sangat bagus. Abah aku cakap, bangun awal pagi boleh rilekskan sendi, segarkan otak and satu lagi boleh cergaskan pergerakan. Ha, lebih kurang camtu la. Tapi kan Bah, anak pompuan abah ni suka bangun lambat, matahari dah nak terbenam baru celik mata keluar bilik, and abah tak marah pun, kenapa? But for sometimes abah membebel jugak sambil main missed call, konon nak suruh aku bangun, taknak ketuk ketuk pintu bilik. Haha. Abah kelakar! :')
Eh! Lupakan cerita bangun pagi. Ni ha, tahniah la kepada rakan seperjuangan yang amik subjek Islamic Studies III semester ni. Semua buat kerja dengan bagus nampaknya. Oh sebenarnya, hari ni ada program masak bubur lambuk. Ini first time aku melibatkan diri memandangkan Ustaz Anuar dah short list kan nama aku and bff aku 3 ketul tu sebagai ajk program under Pro Life Club, terpaksa la jugak buat keje walaupun keje die memang takde keje. Eh? Ayat keling. Hehe. Bangun pagi, pegi Balai Islam dengan niat nak buat keje yang Ustaz dah assignkan untuk we all, tapi ape benda pun tak nampak tang keje die suruh buat tu. Adehh.. ustaz, lain kali briefing dulu eh. Kitorang lost in action tawu tak...! Alang-alang dah sampai, joinlah budak-budak batch aku sediakan ramuan untuk bubur lambuk tu. Pegang ubi, potong kecik kecik, and kedua-dua belah tangan diselaputi getah ubi! Oh my God.. Tak pernah buat keje macam ni. Ma, can u plizz ajar macam mana taknak bagi getah ubi tu melekat masa kita potong dorang? Huuu..
Siap keje potong memotong, ape lagi, choww cincau! Balik rumah, tido. HAHA! Keje sume dah settle, tinggal nak kacau bubur je. Ala, tu para lelaki yang kacak lagi tampan lagi tough yang buat. Agak buang masa disitu kan nak melopong je tengok dorang kacau bubur. Tido lagi baik. HAHA! Eh, tido lagi. Bertuah sungguh. Ok ok, aku sangat segan ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Yelah, suasana macam ni, nak masak ramai-ramai aku sangat kekok. Kalau kat kampung atok aku ade kenduri kawen la contohnya kan, aku macam terpinga-pinga kot! Nak buat ape? Eh bawang ni nak kupas berapa besen? Ni carrot nak potong cmane? Bekas ni nak guna untuk ape eh?? Eh pisau tak cukup ni, nak pinjam kat mane lagi? Haa.. Ni yang membuatkan aku segan sebab aku macam tak biasa sangat laa buat keje macam ni. Huhu. Pity me. Kalo ade kenduri sedara mara kat kampung, aku takkan masuk dapur. Sebab? Sebab, aku taknak kena marah dengan makcik makcik tua. Dorang selalu cakap macam ni "buat buat la keje tu, takkan nak tengok je.." Kita tengok sebab tengah fikir nak buat ape, bukan taknak buat la makcik. Huuu.. Malu kot! Aku prefer jaga budak-budak kecik kat luar daripada masuk buat keje kat dapur. Makcik makcik tua tu tersangat kelam kabut dan kalut dan GARANG! Huh. Everytime kenduri, tu la keje aku. Jaga babies, jaga kazen kazen aku yang kecik kecik, kasi dorang makan, bawak dorang main main, and tidokan dorang. Sweet tak aku? Sweet tak?!!!! HAHA! Eleh, korang pun sama jugak. Dah macam adat pulak budak baya aku ni memang kebanyakannya tak berapa nak pro lagi keje keje cenggini.
Nota Kaki : Malas nak layan orang mengada talam bermuka-muka ni. Dah ada awek tapi cakap takde awek, keluar dengan awek tapi cakap keluar sorang-sorang, pegi jalan-jalan nak amik angin tapi ditemani awek, sanggup on leave sebab nak jumpa awek tapi bagi alasan berbakul-bakul. Tu pun nak main sorok-sorok ke derr..? Kau jangan nak menipu aku and mereka rr derr.. Aku tampo kang..


2 comments:
best pe wat kenduri2. i like. tpi tu la memenatkan... nak2 time raya mmg best la. meriah..
eh sebut pasal raya la pulak. baru je puasa 14 hari yer. belum cukup separuh lagi puasa. hehehehe
mmg la best, sy plg excited kalo mende2 cenggini. tp tu la, bile ade mkcik2 tua mesti kena mrh. ahahhaa..
hehe..xpe..kite amik mood raya jum!! dgr lagu raye byk2..mesti x saba nk raye. :D shopping raye almost done! yeayyy... hehhe
Post a Comment