FOLLOWERS

Tuesday, August 3, 2010

Betul-betul hectic punyerr!

Ha, mari dekat, mari dekat.. Tengok nih, jadual yg tak berapa nak pack tapi aku tetap rasa pack macam nak mati everytime attending those class. =.='

Isnin sampai khamis kelas 8 pagi oii. Aku berdisiplin gilerr sem nih, tak penah lagi ponteng kelas 8 pagi. Boleh dapat anugerah canselor rr kalo cenggini. Hahaha.. Perasan!

Aku nak korang tengok tuition fees aku kat time table atas tu. Korang nampak RM4465.50 ataupun RM46++..? Aku nampak yang actual fees tu. Tapi aku tak paham la Uniten ni, asal pandai sangat pegi tambah jadi fourty thousand six hundreds something masa aku pegi tuntut invois MARA minggu lepas..?

Aku tanya akak kerani (korang plizz click dekat 'akak kerani' kat sebelah ni), yang aku anti sangat tuh, kenapa yuran saya jadi banyak? MARA support jugak ke yuran pelbagai? Bukan ke yuran pelbagai seratus lebih tu saya kena bayar sendiri? (lebih kurang camni la soalan ditanya). Korang tau pompuan tu jawab ape? "selama ni sape yang bayar?! takkan taktau MARA bayar ke tak. tak pernah sign invois ke?!!" Dengan muka berlagak nak mati, suka hati tengking tengking aku. Nak aje aku redah masuk kaunter tu, pegi dekat meja die, tarik tudung die biar tercabut, lempang tiga empat kali kat muka die tuh, campak segala kertas atas meja, then aku nak cakap camni. "kau kerek nak mati la pompuan, cakap leklok sikit boleh tak? aku tanya baik baik kau tengking aku macam aku buat salah rampas laki kau. orang macam kau ni tak layak jadi staff uniten. kau tak professional la gila". Ni memang skrip aku dah hafal, kalo kena sekali lagi memang aku sembur terus. Setahu aku Uniten Generates Professionals. Pro amende kalo staff cenggini main tayang muka dalam administration. Blah!

Korang sendiri boleh judge kat sini, salah siapa. Situasi die macam ni. Aku tengok invois aku, amount tak sama dengan yuran kat time table atas ni. Aku pelik la. MARA just bayar yuran pengajian je, kenapa Uniten tarik sampai banyak camtu. Aku tanya la sebab aku nakkan kepastian, nak tau jugak duit ape yang die tambah, yuran ape, aku kena saman ke, aku kena denda ke. Tapi dah jelas atas invois tu tertera yuran pelbagai. If dah tertera kat situ, means that Uniten akan tuntut yuran ni dengan MARA. Sebab invois yang aku sign ni akan dihantar ke pihak MARA. Macam pelik lah kan, sebelum ni aku bayar yuran pelbagai every month. Terfikir la jugak, takpe lah if MARA support jugak yuran pelbagai aku. Tak payah aku bayar setiap bulan lagi dah. Tapi masalahnya, aku baru perasan, invois aku sebelum ni pun amount tak penah sama dengan yuran pengajian dalam time table. Maknanya, MARA bayar semua yuran pelbagai aku. Tapi, aku pun bayar jugak yuran tuh every month. Macam dah bayar dua kali. MARA bayar, aku bayar. Kerani kewangan pun siap bagitau lagi, awak ade outstanding debt lagi, yuran pelbagai. If MARA dah bayar, kenapa tak kredit terus kat ledger aku? So that aku tau la flow pembayaran yang dah dibuat and aku boleh manage duit, yang mana nak settle debt. Kawan kawan yang lain pun alami benda yang sama. If aku tak bertanya, pompuan tu pulak bising bising, cakap aku ni tak alert la, tak baca notis la, tak amik tau la. Sedangkan bila aku tanya die, die tengking tengking tanpa sebarang jawapan. Mana aku nak tau kalo cenggitu? Salah siapa?

Yang aku tak puas ati ni, pompuan ni pilih kasih, biased gila. Dengan student yang free hair, cun melecun pakai baju macam tak cukup kain, tunjuk segala lurah bukit, lubuk, bile ditanya soalan, lembut je die menjawab. Tapi bila tiba student bertudung, bila diajukan soalan, die jerit jerit macam ada saka dalam badan. Bengong. Serius wei aku tak puas ati. Dengan orang seksi cenggitu bukan main lembut lagi, tapi dengan yang lain Tuhan je tau betapa meroyannye pompuan ni. Gila vavi. Ok, stop citer sakit hati nih. Aku dah la penat, nak fikir pasal ni memang tak habis. Hold dulu. Huhuhu..

Minggu ni dah lepas beberapa kuiz, and tadi settle kuiz Microeconomics. Sumpah tak best! Sebab tak study. Hahaha. Bukan taktau ape yang masuk kuiz, tapi kemalasan tu memang overlimit, sampaikan aku baca 6 slide je out of hundreds. Pemalas kan? Masuk kelas pulak lambat, tetibe masa aku dah siap tarik kerusi, nak duduk, Sir cakap tak cukup soalan. Aku sakit hati gilerr dengan budak yang tak ngaku menumpang kelas aku! Sir tanya elok elok tu jawabla dengan jujur gila yang kau menumpang kelas orang, amik kuiz kat kelas orang, amik kertas soalan orang. Sumpah aku geram dengan diorang. Kerana korang lah aku tak dapat kertas soalan sebab tak cukup. If nak menumpang kelas orang pun, inform la dekat lecturer awal awal, boleh die ready soalan banyak banyak. WTF!

Kesian gilerr, masuk kelas dengan niat nak jawab kuiz komain lagi, tapi tade kertas soalan plak. Ok fine, aku maafkan sesape yang menumpang kelas aku but then taknak ngaku plak dari kelas lain. Sir bukan marah pown korang menumpang. Tapi, kesian la dekat student asal die nih. Orang lain tengah jawab kuiz aku duk terkebil-kebil tengok dinding macam orang bodoh.

Korang abis kuiz, Sir mulakan kuliah. Aku dengan notes takde sebab tak amik dengan class rep, lagi lah aku terkebil-kebil. Macam kucing nak beranak. Tak duduk diam, kejap kejap belek crocs kaler kelabu taik hanjing nih, kot laa kan dah nak putus, boleh beli baru. Dah boring main dengan kasut, main conteng conteng buku plak. Praktis tulisan jawi yang dah bertahun-tahun ditinggalkan and ternyata tulisan aku cantik lagi rupanya. Boring main conteng conteng, main handphone plak. Amik gambar kasut, amik gambar lantai, amik gambar lubang hidung. Erkk.. Selekeh. Then, kelas pun berakhir tanpa aku mendapat ilmu sedikit pun untuk chapter about Production tadi. Lantak ahh, aku dah la duk depan sekali, nak pusing kepala tengok screen macam tak patut plak, sakit leher aku kang terkehel. Mane nye ade orang duk barisan depan skali time lecturer mengajar, memang takde! Konpem dorang sakit leher nak tengok screen. Tu la aku cakap, tak dapat ilmu ape ape. Nak dengar Sir cakap? Perghh.. Memang tak la! Sir cakap 'romantik' gilerr, aku jatuh cinta dengan suara die. =.=

Kelas abis lewat, aku pulak kena stay lagi dalam kelas. For what? Jawab kuiz rr der. Orang lain sume dah balik, dah nak masuk waktu Maghrib dah pun, aku terkebil-kebil dalam kelas 4,5 orang nak jawab kuiz. Huu.. Aku tak suka korang yang menumpang kelas time kuiz tadi.

Sekarang ni aku berada di dalam mood tak berperasaan. Esok nak balik. Aku tak packing pun lagi. Kelas AFRB esok abis kul 1, bus aku kul 2. Elok sangattt tak mula packing barang lagi, esok aku kelam kabut. =.=


Ye, mintak maaf. Kadang-kadang aku jadi manusia yang tersangat selekeh bila ke kelas atau keluar kemana-mana. Disebabkan sem ni aku tersangat busy, aku mula nampak hala tuju aku. Tapi, penampilan diri macam berubah sikit sebab terlampau sibuk, takleh nak uruskan diri lebih lebih. Aku bersiap ala kadar, and kadang kadang bersiap macam nak pegi pasar je. Ok canteekkk.. Masuk tahun dua baru nak nampak hala tuju hidup. Ape jenis manusia la aku ni. Hahaha. Dengan tudung entah jadi ke tidak, terkepak sana sini, main lepas je tak ikat tak lilit tak selimpang, macam orang tak terurus. Dengan muka macam orang tak cukup tido, berserabai, pakai slipper, jalan macam orang malas, buat muka moody. Oh itulah Nadia yang selekeh. Tamat.

Nota Kaki : i wish Adi ada depan mata aku sekarang sebab aku nak suruh die nyanyikan lagu 'sampai syurga' untuk aku sebab lagu tu berjaya membuatkan aku jatuh cinta dengan die. Adios.

No comments: