FOLLOWERS

Wednesday, August 18, 2010

Ditikam waktu.. Aduh!

Tik tok tik tok tik tok...
Waktu berdetik, laju meninggalkan budak bernama Nurul Nadia tersengih-sengih di depan laptop mereply komen komen sengal ubi di facebook.
Tik tok tik tok tik tok...
Waktu berdetik lagi, laju tanpa disedari, Nurul Nadia masih lagi tergaru-garu kepala yang tidak gatal kerana tidak memahami isi kandungan yang ingin disampaikan melalui komen dan mesej di facebook.. (korang suka menconfusekan aku kan? benci!)
Tik tok tik tok tik tok...
Nurul Nadia seakan leka menekan keyboard, mendelete mesej facebook yang masuk ke inbox handphone. Dibeleknya nota-nota yang tersusun rapi di atas meja, berhadapan dengannya..
Tik tok tik tok tik tok...
Hampir sejam masa berlalu, Nurul Nadia menerima mesej daripada seseorang, mengingatkan agar beliau meneruskan waktu emas ini, tanpa berfacebook, dan bercinta dengan Incik Amab.. Tapi beliau masih lagi mencari alasan, mereply mesej dengan hati yang sebu, "jap lagi orang study la..tengah cari mood ni..."
Tik tok tik tok tik tok...
Sejam sudah berlalu.. Nurul Nadia masih lagi terpaku di hadapan laptop, entah apa yang dicari, entah apa yang dikaji, entah apa yang difikirkan.. Mesej itu mengganggu fikirannya.. "haishhh..degil sungguh kamu ni Nadia..makin hari makin nakal, makin hari makin keras kepala.."
Tik tok tik tok tik tok...
Sudah 4 jam berlalu since Nurul Nadia mengambil file dan buku Management Accounting, dan diletakkan diatas meja. Diambil pencil case di dalam bag, dikeluarkan pen G-Soft, diconteng diatas satu kertas, "if i have a chance and i can back to the past, i really don't wanna fall in love with u.." entah ape ape, takde kaitan dengan nota nota yang bertimbun ni. Ini anasir luar yang mengganggu kepala. HAHA!
Tik tok tik tok tik tok....
Nurul Nadia sudah mendapat kesedaran, bahawasanya minggu ini beliau akan menduduki 3 kertas peperiksaan pertengahan semester. 1-Management Accounting, 2-Malaysian Taxation, 3-Intermediate Accounting. Tiba-tiba Nurul Nadia rasa nak bercakap-cakap, tapi dengan siapa? Emmm... Diabaikan hal itu.. Beliau hanya membuang masa, Sia-sia.. Nadia..
Tik tok tik tok tik tok...
Dilihatnya jam sudah menunjukkan angka 11.30 malam. (jam aku sangat cepat). Disebabkan si Nurul Nadia tahu bahawa jam beliau cepat 10 minit, beliau dok buat main main lagi. Taknak study boleh? Takde mood laa..
Tik tok tik tok tik tok...
Ada orang merajuk! Perghhh.. Nak main-main merajuk pulakk.. Ni kes nak membalas dendam la nih. Eh plizz laa.. Buruk kamu merajuk. Saya rasa nak gelak guling guling. Sangat comel ok. Taknak pujuk.
Tik tok tik tok tik tok...
Masa sudah jauh meninggalkan Nurul Nadia.. Beliau tersentak melihat jam sudah cecah ke angka 1. Nadia! Cuba fikirkan masa depan sikit.. Bukak la file tu, pegi laa dating dengan Incik Amab.. And plizz disconnect kamu punya bestfriend.. "kamu ni...kenapa degil? sudah! tutup semua lagu entah ape ape tu, bukak video orang mengaji yang saya bagi, pasang lagu lagu yang menenangkan, bukan lagu yang catchy, nanti kamu jadi makin nakal, makin hyperactive! Sebab tu la kamu jadi malas Nadia oii.." Kena bebel lagi. Benci... But thanks btw. :)
Tik tok tik tok tik tok....
Nurul Nadia mencari external HD beliau. "emm.. aku nak tengok movie yang Watip bagi tadi lah.. konpem ade mood lepas ni.." Tengok, buruk tak perangai? Degil nak MAMP. Malas betul nak study. Aku tak tau lah setan ape yang terlepas gari di bulan puasa ni. Laknatullah betul. Mengganggu konsentrasi.
Tik tok tik tok tik tok...
Waktu berdetik tanpa menunggu Nurul Nadia walau sesaat! Beliau sudah ditikam waktu, beliau akan kepenatan untuk mengejar kembali masa yang sudah berlalu. "adehh..aku nak study la ngokkkk.. mood! mood! mood! come to mama come!"
Tik tok tik tok tik tok...
Nurul Nadia sudah insaf sikit sikit. (aku bukak buku and aku study sikit sikit okay! SIKIT! hahaha..)

Nota Kaki : Kamu kenapa...? Senyumlah. Senyum tu sedekah. Kamu suka sedekah senyuman kan..?? :)

6 comments:

misz nano said...

budak2 mmg cmtu ;p

misz nano said...

err , akak ...
ce bca blog nieyhh ...
missbiyah.blogspot.com
tajuk : warkah buatmu, zulkhairil azmi bin md bukhari .
1/8 klu ta silap... =)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

mende ntah. awak eh budak2? eii tak matang. =p
nape ngan blog tu?

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

blog not found la wani. *_*

misz nano said...

eh , clap uhh ...
missbyah.blogspot.com

npe smlm awk cm mo0dy eh ?
ta suka nmpk kte ek ?
-____-

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

mase bile ek? ohh t'jmpe dlm klas tu eh. time tu mmg moody pn. byk mende nk kene pk, nk settle...
sori lerr if sy x senyum. :)
sy x larat..x brape shat.