Hari ni cukup 4 hari kita sebagai umat Islam berpuasa. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan non-muslim yang hantar mesej, bagi komen nak wish selamat berpuasa. Love u all my friends! Ade sesetengah student non-muslim kat sini dorang sangat respect student muslim. And dorang banyak tau tentang hukum hakam Islam. Dari mana dorang tau aku pun tak pasti. Tapi sesetengah je la, yang lagi setengah tu main hentam je. Die ingat universiti ni dorang yang punya, dorang yang monopoli. Golongan macam ni terlampau racist ye kawan-kawan, sampaikan tak berkawan langsung dengan bangsa lain.
Amacam? 4 hari berpuasa, banyak dugaan tak? Of course banyak kan! Tamak haloba! Haishh.. Susah sebenarnya nak amalkan hidup sederhana. Sederhana macam mane? Bersederhana bila berbuka. Tu maksud die. If pegi bazar, sume benda kita nak. Tengok nasik minyak, nak beli. Tengok potato spring, nak beli. Tengok murtabak, nak beli. Tengok Yong Tau Foo, nak beli. Tengok air bermacam-macam warna, bermacam-macam perisa, meleleh dowhh.. Paling syiok, tengok ayam goreng, perghhhh....boleh nangis bebbb.. Laparrr..!!!
Tapi setakat ni alhamdulillah, aku boleh menahan nafsu. :) Memang sume benda kita nak makan, tapi bila memikirkan makanan yang kita beli ni tak semestinya kita makan sampai habis, so kita akan consider balik sifat tamak haloba tu. Hehe.. Beli apa yang patut, apa yang rasa kita betul-betul akan makan. Haa.. Tu baru betul. Kurma 3 biji dah kenyang la. Caye tak? Kalau tak caye, kena la belajar nak caye. Kurma 3 biji, air segelas, dah sendawa. Sendawa sebab banyak angin dalam perut. Hahaha. Nak berbuka puasa kena beragak sikit nak makan ape. Let say kita ade gastrik, tetibe nak makan makanan yang berminyak la contohnya kan. Uish.. Haru bebb.. Lepas tu perut mesti meragam. No wonder la orang gastrik ni mudah masuk hospital. Sangat ngeri bila adik aku pun pernah masuk hospital sebab gastrik. =.= Tapi bukan masa bulan puasa, bulan bulan biase je. Usus perut menipis, bila-bila masa je boleh putus. Doctor suruh minum susu sebab nak recover balik usus tu katanyewww. Susu soya pun boleh kann.. :) Jangan menganiaya diri sendiri tau, Allah tak suka.
Aku kurang suka sebenarnya pegi bazar Ramadhan ni. Sebab orang terlampau ramai, bau bermacam bau, and paling takleh blah ade yang pasang lagu raya! Derr.. Puasa baru 4 hari, lagu raya komain lagi korang pasang, sambung pulak dengan speaker, bergegar satu Muadzam. Emm, if dekat rumah (Kelantan) aku tak pegi bazar Ramadhan. Seingat aku la, bila berpuasa kat umah, tak penah pun pegi sebab mak aku dah masak siap siap. Tak perlu cari makanan kat bazar. Memang jarang sesangat lah nak jejak kaki ke sana. Kalau nak beli kuih muih pun abah and adik adik aku je yang pegi. Aku rilekss saje di rumah. Hahaha. Aku malas nak keluar. Kalau kat sini pulak, bazar tu macam syurga makanan. Kalau tak pegi macam tak sah. So, nak taknak kena la jugak pegi beli makanan untuk berbuka. (alasan malas masak ni)
Makan tu makan la. Tarawih macam mane? 1 Ramadhan, perkarangan Masjid Muadzam Shah penuh! Seluas-luas tempat parking kete boleh penuh. Alhamdulillah ramai jugak nak datang tarawih sama-sama. Tapi ini sangat biase. Bila masuk pertengahan Ramadhan, perkarangan masjid sepi, yang tinggal motor motor kapcai, takde dah kete kete mewah nak parking melintang, menegak, melimpah sampai ke jalan raya kan. Ni macam budaya pulak jadinya. Sama la jugak dengan Balai Islam Uniten KSHAS ni. Solat tarawih pertama, balai islam penuh, melimpah sampai ke beranda luar. Bila masuk pertengahan Ramadhan, balai islam kembali sunyi dan sepi. Selalunya, bila dah macam tu, tinggal 2 saf wanita je. Yang lelaki mungkin lebih kot, tak perasan. Tapi tu la, nak cakap kita ni macam hangat-hangat tahi ayam kan? Aku pun macam tu. Awal-awal ni boleh dikatakan berkobar-kobar jugak la. Bila dah lama lama sikit, datang pulak rasa malas. Haishh.. Tu dugaan bulan puasa la nih. Semoga kaki kita semua ringan nak menuju ke rumah Allah. :) Tarawih kat umah tak rasa, kena pegi masjid jugak, baru la terasa suasana solat tarawih.. Betul tak?
Bulan Ramadhan ni la kita nak tambah pahala. Kita bukan selalu buat baik kan, (aku ni lagi lah, jarang sangat buat baik), abah aku pesan, selalu lah baca Al-Quran. Sehelai sehari pun dah jadi. Setiap huruf yang kita baca tu pahala. Apatah lagi bagi mereka yang baca tersekat-sekat sebab tak lancar baca Al-Quran then die ulang balik ayat tu, bertambah tambah lagi la pahala die walaupun bacaan die tidak sempurna macam qari/qariah lain. Sekurang-kurangnya kita cuba mengalunkan ayat suci, kalamullah. (teringat pulak masa duduk asrama dulu, aku khatam 1 Al-Quran sepanjang bulan puasa, berkat dorongan abah dan dorongan ustaz Ahmad. Aku time tu jeles giler giler dengan sorang member laki ni, die khatam 3 kali sebab masa lapang die diisi dengan bersila dalam musalla sekolah, baca Al-Quran. Tapi, masa lapang aku, aku tengok tv. Kontra sungguh!)

Nota Kaki : Terima kasih kepada Balqis Athirah Badiuzaman, kerana memberi tawaran dan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan untuk menjadi agent pilihanraya MPP yang akan datang ni. Demi bangsa dan agama di Uniten KSHAS. TQ ! =)

No comments:
Post a Comment