Currently Listening : Cinta Diam Diam -Febrian
Mood : Mengantuk, habis entry ni jom tido !
Ahmad Irham (muke fotostat Ahmad Syahmi Irsyad..hahahaha..)
Aku pun dah ingat ingat lupa what happened on Friday. ^^, Seperti biase, bangun pagi, bersiap, then buat derk dulu sampailah mak aku pasang speaker maximum volume die tuh, baru la aku kalut terkocoh-kocoh masuk dapur tolong ape yang patut. Lepas semua balik dari solat hari raya, bermaaf-maafan, bersalam-salaman satu family dan kemudiannya tunggu saje di rumah. Hari raya pertama memang selalu budak-budak kecik datang mintak duit kan? Tapi taun ni lain sikit, dorang datang makan. Sebelum ni datang nak duit je. HAHA. Maybe sedap kot makanan mak aku masak, tu yang dorang makan. Menu raya pertama biasa biasa je, satay, nasi himpit and kuah kacang, ketupat, bihun goreng.


Raya taun ni kitorang tak balik umah Tok Ayah kat Mahligai, tapi dorang yang datang umah kitorang. Dari petang sampai la ke malam dorang duk sini. Sume sedara mara belah mak aku yang balik kampung datang berkumpul ramai-ramai. Uda aku yang selalu balik tetibe taun ni tak balik, aku terasa kot ! Memang terasa sangatla. "Aik, mano Udo?" Soal aku kepada Andak Sue. "Udo tok balik, dio rayo di Nilai, umoh Pok Udo.." Huhuhu. Rindu aku kat makcik aku yang tu. Rindu dengan si anak die sebenarnya, Zalfa. Haishh.. Kalo die datang sini, tak sah kalo die tak cari aku. "Kaklong Ya mane Kaklong Ya?" Kalo tak nampak aku kat luar, konpem die bukak pintu bilik aku sendiri. Amboii pandaiii.. Kalo die nampak aku terbaring atas katil time tu, die pun bersusah payah panjat katil and baring sebelah aku sambil main rambut aku. Huarghhh.. Budak ni cerdik, aku suka !



Untuk raya pertama nak letak gambar blurr baek punyer. HAHA. Aku sibuk kehulu-kehilir time tu. Tak sempat nak bergambar. Tapi gambar raya hari Jumaat ni ade banyak dalam kamera orang lain. Hari tu kalo tak silap Aqlan amik gambar aku, Yatie amik gambar aku, and Ayah Chik pown amik walopon aku malu ! Perghh.. Telus ! Nampak segala bijik-bijik jerawat, parut marut kat muka. HAHA. Silap tu Chik, kena tambah Tamron ngan Sigma baru la gambar cun ! Setakat speedlight tak pro lagi Chik.. Kate otai... Ceh ! Cakap.. Macam aku nak support je Sigma ngan Tamron segala bagai tu. Perghh tak makan aku setahun. HAHA.

Once mereka sume datang gathering kat umah aku, memang riuh la ! Tak sah kalo tak riuh. Mane taknye, umah besar camni pun still tak muat lagi nak sumbat dorang. Kena pecah-pecah plak. Budak-budak main kat ruang tamu depan sana ! Mak-mak lepak depan tv kat tengah ! Bapak-bapak lepak depan tv kat depan ! Anak-anak dara sembunyi dalam bilik. Ceh! Bilik akuuuuuuu jugak yang bersepah.

Bukan sedara mara mak aku je yang datang, belah abah aku pun sume ade. Agak ramai disitu and aku pun daripada pakai contact lens terpaksa tanggalkan memandangkan mata aku dah rasa kering semacam. HAHA. Tengah malam aku pun bertukar ! Kazen aku, si Athirah cakap camni "wahh Kak Ya tadi pakai contact lens, dah tukar pakai cermin mata plak. Macam transformers lah Kak Ya nii.." HAHAHA. Serentak dorang bantai gelak kat aku. Aih budak-budak nih memang laaa.. Ade je benda dorang nak bahan aku.

Wohoo.. Raya kali ni Ayah Chik dah double duit raya ! Yeyey ! At first, aku dapat, aku sengih-sengih lagi. "Chik, oghe nok hok biru besar. Tokse hok kecik." Then Ayah Chik marah. "Oghe bui ni ambik jah la, kecek banyok teh..mujo nok bui jah, dio besar doh.." HAHA. Ok fine, masuk bilik lap airmata jap kena marah. HAHA. Tak tak, tipu je. Dah la bagi sampul petak kecik, sah sah duit singgit je die bagi. Takpe takpe.. Tak kesah ! Lepas tu kan, bukak punya bukak sampul tu, memang konpem dapat singgit dua. Sebab duit kertas kaler biru, ade nombor satu. HUHU. Aku down tahap nak hantuk pale kat dinding jap. Pastu, nak tarik sampai habis duit tu keluar aku melompat ! Yeyyyyyyy..! Ade duit biru besar jugakkk ! Ooo.. Pandai die nak kenakan anak sedara die ye. Duit biru kecik letak kat luar, yang biru biru besar lipat dalam biru kecik. Cis! Membazir airmata. HAHA. =p

First raya abah dah mengeluh kepenatan. Haihh.. Cmane nak proceed open house raya kedua plak ni? Taun ni gilerr pulun raya. Dua hari berturut-turut wat open house. 1st raya untuk family gathering, second raya untuk orang ramai, kenalan, sahabat handai.




2nd RAYA :
Seli and the gang = Hazman + Epy
Amin Sidik and the gang = Izuddin + Izwan
Chapoi and the gang = Farid Badol + Saiful + Tak ingat nama (kazen Chapoi)
Hariz + Acap
Farah and boyfriend (Bard)
Matwan and girlfriend (Mira)
Joe and girlfriend (Mimi)
Izzuddin and girlfriend (Syahnaz)
Qistina and boyfriend (Hakim Akram)
Faris Amin and Ex Girlfriend (Syira)
Faris Amin and Ex Girlfriend (Syira)
Apih and the gang = Duwe, Nabil, Joe, Kerol
Linda and the gang = Liyanadiba + Emma



Perghhh member. Special guest derr. Bebudak SKBJ 1 dulu. Memang dinanti-nanti kedatangan dorang nih. 2nd raya ni aku kepenatan lebih berbanding ngan 1st raya. Sebab open house untuk semua, plak tu ade member yang tak pernah datang umah aku, memang SESAT la dorang ! Adoii.. 3,4 kali kott aku keluar umah tunggu dorang tepi jalan. Jalan plak jem. Haishh.. Malu aku dengan pekerja-pekerja kat esso traffic light tuh. Everytime nampak kete aku, dorang pandang. Bayangkan lah ulang alik banyak kali. Sampaikan ade yang menegur. Time tu aku tengah tunggu budak-budak ex SKBJ ni nak datang, tapi dorang stuck dalam jem. So, aku pegi la isi minyak dulu. Ade abang tu tanya, "sakannye beraya ! dah berapa kali awak ulang alik datang esso ni..?" Hehehe.. Saya datang 4 kali bang ! Semata-mata taknak bagi kawan saya sesat.
Tapi ! Haaa.. Ade tapi. Nightmare gilerr ah pembuka raya kedua aku. Tetamu aku. Tetamu parents aku toksah cakap la, aku tak kenal. HAHAHA. Ade sorang member aku ni, dalam facebook. Kitorang pernah jumpe tahun 2008, tapi die tak cam aku but aku cam die. Sembang punya sembang dalam facebook, die cakap nak datang beraya umah aku memandangka we all sama-sama Kelantanese. Then aku pun tunggu la die kat esso. Uihh sekali die bawak geng daa. Malu siot. Masuk aje dalam rumah, ayat first si S ni cakap "dua orang ni pun ahli gak. yang baju melayu lengkap tu TP di kelas latihan UMK, yang baju hitam ni TP cawangan Kelantan, and saya plak ahli tamat je..hehehe..(gelak plak die).." Perghhhh !!! Tu mukaddimah dorang after melangkah masuk. "Owh..sekali angkut dengan TP datang umah saya. Segan plak saya. Hehehe.." Ecece.. Aku buat-buat malu kucing.
And ! Haa.. Ade and. HAHA. Aku kena torture kot ! Boo.. Kesian aku kan? Mereka bertiga ni ahli PSSCM Kelantan. And aku memang jemput gak laa datang beraya, sesama ahli kan. Tapi yang takleh blah aku kena basuh secukupnya hari tu ! Sebab aku ni kan terlampau jujur. Dorang tanya, aku jawab. Segala macam perihal tentang diri aku sampai la perkembangan aku dalam PSSCM. Sekali tu aku tersasul, "Saya dah tak aktif dah, dah dekat tiga bulan saya tak turun kelas.." Aku jujur. Masa tu tak terfikir pun bahawasanya ade dua orang TP depan aku ! Sekali dorang kasi ayat power beb. SENTAP ! Aku malu sendirian.
Tapi ape dorang cakap tu cliche kot ! Dah bosan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri la jawabnye. Last-last satu je ayat dorang yang aku stick with. "Awak tak aktif takpe, tapi jangan tinggal..." Emm.. Best betul pembukaan raya kedua aku. Pagi-pagi lagi dah kena ceramah. Nyesal aku ajak dorang datang ! Eh tak ! Aku ajak sorang je, yang datang plak lebih daripada 1. Tapi dorang best, sume pale masuk air. Penat duk main loyar buruk, dorang mintak diri.. Nak beraya ke rumah ahli yang lain plak. Katanya hari raya kedua hari untuk menziarahi rumah ahli. Raya ketiga beraya ke rumah Guru. Dorang ni bagus betul, taat. Hahaha. Aku gak yang teeeettt. =p Tapi yang paling aku cuak giler, bila salah sorang daripada dorang cakap camni "Awak tak amik sijil lagi eh? Takpe, bulan 3 nanti saya nak jumpa awak. Nak bantai cukup-cukup.. Persiapkan la mental dan fizikal bermula dari sekarang. Kelas kemahiran fokus betul-betul. Jangan plak bila penumbuk sampai, awak jatuh tersungkur. Mintak dengan Allah agar dipermudahkan gerak.. InsyaAllah lepas habis ujian awak tak gentar dah. Tak takut dah kalo penumbuk saya sampai." What daaa?!! Apsal dorang kasi aku cuak sepanjang hari wei ! Sengal tol. HAHA. Pastu mula la yang lagi dua orang tuh add aku kat facebook kan. Nak ngorat-ngorat aku. KAHKAHKAH. Kecik je dunia. Aku diajak oleh si S untuk turun ke kelas cawangan bila free. Haishh.. Saya malu.. :D
Seli : Bakpo pelik sayo tengok awok ni eh. Dale facebook gambar napok gemuk, tapi gak tengok luar kecik jah padahal. Edit suruh gambar napok gemuk ko?
Aku : Heh? Yollo eh? Sayo koho kecut kott lepas poso nih. HAHA. Jange gura gitu, malu sayo.
Yang lain-lain, senior kat SEMEKAM dulu, si Chapoi. Ye rr, aku tak femes derr dulu, mane kau nak kenal kan? Lagipun aku baru form 2, zaman kegemilangan aku tak tiba lagi, memang la tak femes. HAHA. Chapoi bawak geng. Farid Badol pun ade. Lama tak jumpa die nih. Die ingat aku tak eh? Nampak gaya cara cakap macam die cam aku. Tapi nama aku pun taktau. Huuu.. Sengal.
Aku jeles betullah dengan mereka yang datang beraya bawak pasangan nih. Jeles derr ! Bukan sorang dua yang datang buat camtu. Sampaikan aku nak salam dengan si aweks, aku tertanya "eh kenapa saya tak cam awak eh.. dulu kelas mane?" Sekali die balas, "Eh kita tak sama sekolah. Saya awek die je.. Datang beraya sekali.." Cisssss ! Memalukan diri sendiri betul aku hari tu. Sume datang bawak boyfriend, girlfriend, sweet nak MAMP korang. Bagus bagus, perkenalkan pada aku, mintak restu aku dulu ! HAHA. Bilalah agaknya aku nak pegi beraya dengan boyfriend sendiri ek? Qistina takleh blah, datang bawak boyfriend, terus tunjuk cincin tunang ! Dushhh ! Bertunang di hari raya pertama. Pelik betul lah kau ni Qist. Takde hari lain ke? Btw, tunang kau hensem giler dowh.. Kalah calon dalam list aku. Wakaka! Eh eh tak.. List kosong lagi. 5 tempat kosong lagi. HAHA.
Datang pulak tetamu yang dah dijangka akan datang. Hariz and Acap ! Bawak kamera siap ! Nak watpe tu weh? Nadia taknak bergambarrr.. Choppp.. Maluuu.. Lepas kenyang segala, Hariz tanya mana rabbit, nak photoshoot. Eh sengal tol. Die cari rabbit?! HAHA. Memang dah lama pun die chop nak jumpe rabbit nih. Acap pun, bile Hariz cakap umah aku ade baby rabbit, diangkut sekali kamera besau die tuh. Perghhh.. Sakan bergambar si rabbit ye. Sume tetamu yang datang geram ngan rabbit. Rabbit lagi femes ! Waa.. Jeles. Rabbit lagi banyak dapat tumpuan. Member aku pown sume duk tanya mane rabbit mane rabbit nak main ngan dorang.

Haish. Dalam dok seronok dorang snap sana sini, eh eh, ade gak gambar sesat aku. HAHA. Plak tu sedondon dengan Hariz. Perghhh.. Acappp.. Mata seorang photographer. Laju je die cakap "eh baju dah sama, berpakat ke?" HAHAHA. Kitorang tuan punya badan pun tak perasan, die plak yang nampak. Kereta pun same ! Gen2 biru kat porch, pun Acap yang perasan. "Eh cun la. Baju biru, kereta pun biru, jom ahh amik gambar kat sini plak". WAKAKA! Acap nihhh.. Berbakat betul ! Nanti Nadia nak buat majlis, nak booookinggggg. HAHA.
ni mata cybercop ! HAHAHA.
di sebelah saya ni peminat arnab katanya abah saya. hoho.. ^o^
Ha, turn bebudak SKBJ 1 plak. Tak kering gusi derr ade dorang nih. Aku yang malu lagi sopan ni bleh jadi terkurang sopan and tak reti malu bila berdepan dengan dorang. Upss.. Eh tak tak, aku malu aku malu. HEHE. Mana taknya, sume dok perli aku. "Dulu aku pendek jah, tinggi kat bahu mu jah Ya, loni mu plop pendek tinggi kat bahu aku.." Uishh sentap gok aku ! Hehe.. Tapi aku tak kesah pun. Bila dah bertahun-tahun tak jumpe, memang dorang jakun gilerr la tengok aku. Perubahan yang ketara katanya. Dulu aku kembang, sekarang kuncup. Dulu aku tinggi sekali, sekarang aku 'comel' sekali. Duhhh.. Tak habis habis. Dorang bahan aku dari mula dorang jejak kaki kat umah sampai la dorang nak balik.
Seronok kan? Korang mesti rindu aku sebab aku pun rindukan korang. (^_^) Aku tak cam Kerol, langsung tak cam. Sib baik Apih ade sebut "Ticer, ni Khairul Bariah pun ada.." Ufhh aku tertoleh mencari kelibat Kerol. Eh eh kenapa slim sangat Kerol ni? Hehehehe.. Memang banyak perubahan dorang. Rindu sume ! And Linda, tak habis habis cakap aku slim. Derrr, slim kok celoh mano? Bulat gotey jah ni. Huhuhu.. Maybe sebab rupa aku tak macam ni. HAHA! Manusia berubah kann.. Korang pun sume berubah dah. Yang mana aku lama tak jumpe tu memang berubah terus ! Sume cun cun, sume hensem hensem. Dalam ramai ramai tu, Duwe sorang je aku kerap jumpe. Eh! Bukan dating, tapi masa form 5 dulu kitorang tusyen skali. (^_^) Aku duduk satu kelas ngan die. That's why la aku tak pelik tengok die, sebab die tak berubah mane pown. Hehe.. Dibah plak, memang slim camtu lah ! Dari dulu sampai sekarang duk besar tang tu je katanya abah aku. Heee.. Guano ni worih, aku besar mu kecik? Tok nurun bako tulo ni kito.. HAHAHA.

jejaka terhangit !

gambar pertama.

gambar kedua.
gambar ketiga. Haa ! Baru ok. Berapa kali dah tangkap gambar, asyik spoil je ! HAHAHA. Nak tergelak kot.
Hari raya kedua ni jugaklah ramai kawan abah aku yang datang. Sume pakat dok tanya, "kaklong bila habis belajar.." , "awak ade brapa tahun lagi di Uniten?" and blablabla.. Macam-macam soalan ! Kenapa? Tak sabar nak tengok aku naik pelamin ke? Lek luuu.. Ada lagi dua tahun. (^_^)
3rd RAYA :
Hari raya ketiga aku banyak jemputan, tapi aku tak pegi sume. Aku pentingkan mana yang penting. Cewah! Destinasi pertama, aku ke Pulai Chondong. Aku keluar awal pagi sebab nak elak kesesakan lalu lintas, masuk area Melor, pegi amik kawan-kawan aku sebab dorang join aku skali. Hoho. Sesampainye di depan Maahad Tahfiz Pulai Chondong, aku tunggu Amilan. Bila die sampai, nak eskot la die sampai umah die kan sebab aku taktau jalan. Nak cross jalan tak boleh ! Kete berjujuk. HAHAHA! Takde alternatif lain, aku pompuan, takut takut sikit nak jadi samseng on the road. Milan hulurkan bantuan. "nadia mu wi ke dok kalu aku nak drive?..kalu tunggu mu sini sejam pom tok lepas lepas lagi.." hahaha.. Soalan die takleh blah ! Aku berbesar hati kot. Amik la Milan, meh sini aku bawak Nouvo mu. Then aku follow la die sampai umah. Sembang-sembang, makan-makan. Gelak ketawa tu paling best ! Abah and ma die sporting gile kowt ! Milan plak senget sengal. Ade ke patut die cakap camni kat Ma die. "Ma, bakpo ma duk situ nyoh ! Oghe nok kecek nga saing-saing oghe nih !" HAHAHA. Milan malu la teww ma die duk minum skali ngan kitorang. :D Comel je. "Gak bakpo nyoh! Ma nok duk sini, kecek jah la nok kecek gak. Ma bukey nok dengar pom..." Hihi.. Last-last Milan ajak beredar ke tempat lain. Tergelak kitorang tengok keletah die ni, dari form 1 sampai la umo 20 taun, manja !

Balik dari Pulai Chondong, kitorang takde plan lain dah. Aku pown malas nak pegi open house lain. Sume line bertentangan kot. Tak larat derr nak drive. Time nak pegi aku drive. Time nak balik, aku dah bunyi macam-macam.. "Syidah, mu drive plop. Aku ngatuk laa.." Driver bertukar. Nak gi mane lagi nih? KB Mall jom ! Jalan dah la jem, Syidah tak expert bawak manual. Waa.. Wat malu derr kete mati tengah jalan. Haishhh... Risau gilerr aku. Tapi disebabkan mengantuk, aku rileks dulu. Masuk KB Mall, lepak-lepak, Syidah pegi jumpe ex boyfriend die. Gaduh beb! Ade krisis. Takut aku. Aku ngan Dibah Syahirah plak jalan-jalan cuci mata sampai penat tak larat nak jalan lagi dah. Time balik aku mintak aku nak drive balik. Risau kot... Jalan KB paham-paham la, busy. Naya je kalo mati tengah jalan lagi. Huhuhu.. Aku pun drive la nak hantar dorang balik. Jalan jem lagi ! Melor-KB ambik masa 4 jam der. Giler. 4 jam weiii..sakit urat pinggang aku. Dah la sorang-sorang, takde teman. Aku melalak sorang-sorang dalam kete. Sampai umah dah maghrib dah. Hee.. Abah bising. Upss ! Balik rumah, malam terbongkang awal. Penatt.. Hahaha..
4th RAYA :
Hari Isnin, raya keempat, plan nak pegi Kok Lanas, rumah Kaunselor sekolah dulu, Papa. Tapi pagi tu aku ade hal, terpaksa text balik Dibah Syahirah and Syidah, cancel plan tu. Huhuhu.. Sorry guys. Before Zohor aku pun taktau nak buat ape dah. Pejamkan mata jap, sakit kepala la pulak kan. Family aku sume takde. Dorang awal-awal pagi lagi dah keluar beraya rumah sedara, aku tak ikut sebab ade hal lain. Baru je nak pejam mata, Apis Judin text aku katanya kitorang akan berkonvoi kul 1.30 ptg. Perghhh.. Time dapat mesej tu dah nak kul 12. Sempat ke aku nak ke Selising? Ingatkan family aku angkut sume kete, rupenya ade ditinggalkan untuk aku. HAHA! Ape lagi, aku bersiap ala kadar, terus memecut laju menuju ke Selising. Then Apis Judin text aku buat kali kedua. "Jange lorat, bawak kete slow. Kito gerok kul 2.." HAHA. Macam tau tau je aku speed 120. Bila dah kul 2 baru nak gerak, aku rileks je la walopon jalan jem.

Linda kurus, Nadia bulat. Waa top aci posing gitu !
Rumah pertama, aku singgah umah Linda (Citcit), amik beliau and kemudian ke rumah Ain and Jie. Aku sure Apis Judin konpem bengang sebab janji di tepi padang bola kul 2, tapi dah nak 2.30 kitorang tak sampai lagi. Mane taknye, singgah umah Jie lame kot, minum-minum dulu. HEHE. Jie text Nabil, bertanyakan akan kedudukan beliau yang terkini. Ecewahh ayat skema nak MAMP. Nabil reply, katanya die ade kat padang, tengah main bola. KAHKAHKAH. Ok, ade tanda nak menganjing disitu. Kelam kabut kitorang masuk kete. Hehehe.. Tawu takutt.. Kang tak pasal-pasal kena marah. Janji lain, buat lain.
Aku follow kete Apis Judin menuju ke rumah Duwe. Hari tu ade wedding kakak die. Perghh.. Cun melecun beb ! Siblings die memang cun dari dulu lagi. Adik Duwe, Farahani tu pun tak ubah cam kakak die yang kawen. Cun kot ! Boleh goyang iman lelaki. HAHA. Aku dah la keseganan. Heee.. 1st aku sampai rumah die, aku terus mengkritik. Aku, biasela kan kalo tak kritik. "We, apo ni, jadi jong kako tapi paka baju melayu siap.. Gi tukar We, ttukar ngan pengantin doh ni.. Tukar tukar.." HAHAHA. Jahat sungguh. Bia la die nak pakai baju melayu. Nanti kotor kena gulai segala bagai cmane? Tak macho la pakai baju melayu tercelup gulai daging yang best gilerr.

Bila perut dah kenyang di rumah bekwohs, aku ajak dorang pulang. Eh, bukan pulang, tapi ke rumah seterusnya, rumah Dibah (Liyanadiba). Babai Duwe, kitorang gerak dulu ye. Terima kasih jemput. Hehe.. Sebenarnya aku ni wakil mak aku. Duwe sibuk je ajak suruh mak aku datang jugak kenduri umah die, masalahnya mak aku ade agenda lain. Sib baik aku ade kan. Boleh mewakilkan diri sekaligus merelakan diri pegi umah die. Kate kawannnn.. (^_^)

Sesampainya di rumah Dibah plak, ramai yang ade ex 6d dulu. Sri, Eny, Fatin Izati. Nak dijadikan cite, Fatin Izati ni tak datang salam pun ngan aku pada awalnya. Aku plak yang pegi hulur tangan kat die. "Fatinn.. Lamo dok jupoo kito.." Aku saje je buat ayat camtu, nak suruh die KENAL ! "Eh, Nadia ko ni..? Wey laa hooo.. aku pelik doh sakni bakpo Linda mari bowok saing hok aku tok kenal.. Lainnyo mu Ya, aku tok cam.." KAHKAHKAH. See, perubahan drastik nampaknya. Yang mana terpisah ngan aku dari darjah 6 lagi memang bila tengok aku dorang akan cakap aku ni


Dibah ni pun lama aku tak jumpe. Walopon bersaudara, tapi jarang jumpe. Die plak study jauh nun di sana (Mesir), kitorang berhubung melalui Skype, YM je lah kan if anything die nak cerita, die cari aku. Cerita skandal gituuuu. HAHA. Aku tak larat sungguh hari ni, aku dah cakap, memang tak kering gusi kalo duk ngan dorang. Apis Judin tak habis-habis menyakat. Derr, aku tak gelakkan kau pun la. Kenapa bersungguh sangat nih. HAHA. Serius time tu aku tak boleh nak tengok muka die, if not aku tergelak besar. Bukan tak biase, tapi macam ade something yang kelakar. Aihh.. Saling membahan. Tunggu laa Apihh.. Ade ubi ade batas, ade hari aku balas la ! Cantik baju mu hari tu kan? Hehehe.. Beli kat mana? Beli sama-sama ke? Ahaks ! Dok dok, gura gura. Hehehe.. Ngepek Apih pahni. =p


Dalam duk berseronok umah Dibah, mak aku kasi mesej. Die suruh aku jadi wakil die ke rumah Diana. Kenal Diana tu sape? Diana tu adik kepada pelakon Fizow Omar. Kenal Fizow Omar tu sape? Fizow Omar tu student mak aku kat SKBJ dulu (mak aku cakap). Diana tu junior aku, Fizow tu senior aku, tapi tak pernah pernah aku kenal die. HAHAHA! Aku pun dijemput ke rumah die, alang-alang aku memang duk Selising time tu. Tapi... Faham-faham je lah, rumah artis, fans ramai gilerr kot. Dari Kota Bharu, jalanraya stuck kejap depan lorong umah Fizow ni. Aku tengok sume kasi signal kiri, nak ke rumah artis la tu ! Memang aku tak pegi laaa.. Ramai giler kot. Sorry ye, saya datang beraya taun depan k.. Saya bukan malu la, tapi saya taknak bersesak-sesak dengan fans Fizow tu ha. Hehehe.. Mesti ramai lagi artis lain. Tu yang malas tu. Kirim salam kat mama awak eh, saya dan mak saya tak dapat memenuhi jemputan. Bukan taknak jumpe artis, takkan saya nak pegi sorang kot? Nak parking atas jalanraya? Perghh jauh nak berjalan. Sorry bebanyak. Kitorang sume dapat jemputan daripada die, tapi tak sorang pun yang pegi kot? Hehe.. (bangga beb tolak jemputan ke rumah artis)

Balik dari Selising, aku ke Kok Lanas. Open house rumah kawan tusyen dulu. Segan kot, aku sorang-sorang. Nasib baik terjumpa kawan lama kat situ, ade geng aku nak merepek merapu ikan kerapu tuh kan. Haaa.. Bila nak balik ni yang aku sadis. Aku mengantuk lagi ! Ya Allah.. Memang tak boleh nak drive langsung kau tawu? Aku mengantuk, tambah plak kepala berdenyut-denyut. Huhuhu.. Aku dengan muka tak malu mintak tolong kawan lama aku yang bernama Azri ni tolong hantar aku. Kebetulan umah die pun area Pasir Tumboh gak. Die pun drive kete aku separuh jalan je, sebab mak die call suruh balik. HAHA. Ok takpelah, aku pegi hantar die kat umah die then aku balik umah aku. Penat giler. Maghrib lagi ! Tu pun abah aku menjeling komain lagi haaa.
Balik umah dengan lemah longlai, rilek rilek jap, semayang Maghrib sume.. Aku pun terlelap.. Tapi kejap je. Lelapan aku terganggu dek satu panggilan fon. "Nadia nadia, ade kat umah tak?.." Aku jawab ade.. "Oghe ade something nak bagi ni.. Jap eh.. Nanti oghe sapa oghe call balik.." Ishhh.. Aku tak fikir ape dah, nak tido. Tak sampai 10 minit, si pemanggil sampai depan umah. Aku keluar umah jumpe die, dihulurkan sekotak Big Apple yang ade 6 bijik donut tuh. Waaaa.. Ape ni ape ni? HAHA. Excited je aku. =p Ingat jugak die kat aku. Si pemanggil ni memang pemurah lagi baik hati. Everytime die pegi Mall ke, Tesco ke, mane-mane je lah, die tak lupakan aku nye. Ade je buah tangan die nak bagi. Haishhh.. Surprise ni best giler. Aku dah la balik umah penat-penat, die bagi surprise feveret aku, sape tak suka? Terharuuuu.. Hehe.. Dah banyak kali terharu nih. Thanks !
Adik : Long, bakpo tok beli donut hok feveret oghe nyoh..?
Aku : Tu bukan aku beli la, saing aku bagi..
Abah : Saing koooo geweee... (abah kenyit-kenyit mata)
Aku : Eh ! Saing la.. Kaklong meme baik nga dio..
5th and 6th RAYA :
Raya ke-5 di rumah sahaja. Tu pun ade lagi tetamu datang beraya. Kawan-kawan adik aku. Makan biskut raya je la korang ek. Tu pun nasib baik mak aku rajin, goreng la jugak bihun ke mee ke nak jamu tetamu. Kesian gilerr mak aku, die penat teramat. Aku plak bab menolong ni memang failed ! Huhuhuhu.. Hari demi hari dah tak terasa lagi dah hari raya. Sekolah pun dah ade yang bermula sesi pembelajaran.. And aku pun menghitung hari nak kembali ke penjara..
Hari raya keenam, malam tu family aku ke Pasir Puteh (kembali ke pangkal jalan). HAHA. Tak tak, kitorang ade jemputan kawen. Singgah umah makcik aku dulu, abah bukak puasa, semayang jemaah (best je rase jemaah ramai-ramai dengan sepupu sepapat), kitorang gerak ke Sri Aman, umah Pok Mudo. Satu Kelantan kenal Pok Mudo ni, wakil rakyat, orang kuat BULAN. Kitorang bersaudara, tu yang abah nak jugak pegi umah die, nanti kang tak elokk tak memenuhi jemputan. Erkkk.. Pandai kan cakap. =p
Yang kelakarnye, aku masuk umah die, and duduk bersimpuh tepi pintu sebab umah die kecik, space pun dah takde sebab hantaran banyak sangat kot. HAHA! Tetibe, ade sorang makcik ni baru datang, tetamu la kiranya, aku pun hulurlah tangan bersalam ngan die. Die pun cakap "yang ni ke menantunye?" Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Tetibe aku jadi menantu orang ! Kenapa? Gelak besar mak aku, makcik aku, sepupu sepapat aku ! Haishh.. Tak lama dah tu Ya, katanya Cik Hah, makcik aku. Wuwuwuwu.. Malu la. Nampak macam orang baru lepas kawen ke ape. Kalo korang kena macam tu, konpem blushing gilerr kan? Dengan tudung bling bling, HAHAHA. No wonder laaa.. Haishh.. Menantu orang rupanya aku ni.
Pernah tak korang berada dalam satu situasi berkawan, dimana kita takde ape-ape ngan die, melayan pun tidak, tetibe nak marah kita, nak tacing sebab tak dilayan. HAHA. Ini orang giler namanya.
Nota Kaki : Setiap hari blog walking, ade je post pasal raya. And setiap post tu mesti ade cakap raya tahun ni bermakna ke tak. HAHA. Bagi aku, raya tahun ni paling bermakna and paling best sejak aku besar and habis sekolah. Sebab, kawan sepermainan, main lompat getah zaman-zaman dulu sume jumpe kot. Pastu nak mengimbau kembali zaman silam, aku selalu nangis kalah main lompat getah. Hahaha.. Apih jahat sungguh ! Kalo bab-bab nak membahan orang nombor satu ! Sume benda die ingat. Sengal ! Haha.. Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, harap kita berjumpa lagi.








6 comments:
slamat ari raya
maafzhir batin..
(◕‿◕✿)
ada beberapa agenda:
de lagi ngumpat ko aku dlm nota kaki...cisss!
koya sariyanti dio kahkah....nk oyk ko sek2 ni
thun dpn nk mee goreng deh
rjin2 la msk dapur..nyaknyo ko tcer aku
kak ayu :
slamat hari raya gop.. hehe.. ^^,
apis judin :
tu bukey ngupak, tu ngato.. (padahal supo jah) hakk3 ..!!
nk mee goreng, goreng sdiri, nyaknyo ko ma aku nk masok ko mu plop.
hahahahahhhaha
waaa ade banyak gambar! hehe
thanks for the invi yer nadia
nanti kene gi make banyop2 lagi
^^
thanks to both of u,
hariz and acap. :)
hahaha..make banyop2 pahtu berat naik pahtu dio bising2. arghhhh...xse dengar dio ngepek. =p
Post a Comment