Assalamualaikum dan salam sejahtera juga salam Ramadhan untuk semua. Eh ! Sedar tak sedar, kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan iaitu 30 Ramadhan dimana kita sudah menghampiri dan akan memasuki 1 Syawal kurang daripada 12 jam saje lagi. Caye tak? Korang dah berpuasa selama 30 hari (bagi yg puasa penuh), esok merupakan hari kemenangan untuk kita semua umat Islam. Rasa macam baru je aku dan kawan-kawan keluar ke pasar, beli barang-barang dapur untuk memulakan hari pertama puasa. Pejam celik pejam celik, kita dah bertemu dengan khatimahnya. Gembira untuk ini ade banyak makna. Gembira dapat melalui bulan puasa dengan kesihatan yang baik.. Semoga masih lagi ada kesempatan untuk kita semua merasai bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan ni. Semoga iman kita sentiasa terjaga insyaAllah..
Ok, berbalik kepada motif asal. Memandangkan hari ni last puase, esok dah raya kan? Selamat kembali ke kampung to all friends, bestfriend, boyfriend, and girfriend aku. Ade juga yang baru sampai ke kampung lebih kurang jam 4.30 pagi tadi dengan memandu kereta sorang-sorang tanpa teman. ^^, Alhamdulillah anda selamat sampai setelah tersekat di dalam kesesakan lalu lintas di mane ek? Oh! Saya tak pasti, yang saya tau jalan itu menuju ke Perak. Selamat hari raya saya ucapkan kepada anda sekeluarga. Semoga aidilfitri yang bakal menjelma ni membawa seribu kebahagiaan untuk anda. Maaf dipinta, andai kata selama perkenalan yang entah bermula daripada mane ni terselit kata-kata kasar, terkecik hati.
Esok raya, makanya persiapan mesti dah sampai 90%. Betul tak? Ape menu special korang di hari raya nanti? Bila korang sume buat open house? Sila jemput aku okay, insyaAllah aku pegi. Walopon hari raya aku dah fully booked, tapi aku tetap mendambakan jemputan ke open house korang. HAHA! Nadia ngade kan? Dah lebih 40x orang tu cakap aku ngade, sekarang ni tengok lerr dah betul-betul ngade. Oh ye, open house aku setiap kali ade tuan dirumah katanya mak aku. Bila takde orang kat rumah tu close house. HAHA. Tapi secara officialnya, open house hari raya pertama, hari Jumaat. Jemput datang ye anda anda sekalian.
Seriously, raya kali ni aku banyak dapat jemputan. Jemputan ke rumah terbuka sahabat handai, jemputan kenduri kawen, jemputan reunion. Yang takleh blah, jemputan kawen tu rr. Ade ke patut esok lusa nak kawen baru nak cari pengapit? Disuruhnya plak aku jadi pengapit die? Perghhh.. Aku tak berani derr. Cukupla aku pernah jadi pengapit suatu ketika dulu, and time tu aku gile meroyan rasa nak kawen jugak der! Betul cakap makcik pakcik aku, "Nadia ni tak lama lagi kena badi pengantin la tu" Yes i am! Habis je majlis bertandang aku jadi meroyan gilerr nak kawen. Tapi time tu aku baru form 3 kot. Sumpah aku tak berani jadi pengapit lagi. Aku takut aku gilerr nak kawen balik. Kang tak pepasal "awak, masuk minang saya bleh?" haaa.. tak pepasal beb! Aku tolak dengan cara elok ye, kepada yang berkenaan, selamat meniti hari-hari bahagia walaupun suami anda itu pernah hadir dalam hidup saya suatu ketika dahulu. Ececece! Aku minat die je! Tapi dulu la, zaman sekolah rendah, suami die tu jurulatih silat gayong. Masa darjah 6 aku mula join martial art, PSSGM kat sekolah. And bakal suami ni sangat hensem, tapi dah nak grad u dah time tu. Aku and kawan-kawan aku ngada-ngada nak menggediks ngan die la konon. HAHA! Dah nak kawen dah abang tu. Kebetulan plak abang jurulatih ni kawen dengan kawan pompuan aku. Ngeh3~~ Bini muda youuuu..
Kali ni aku dah memberontak balik. Dah sekian lama tak tulis cerita mengarut, hari ni aku nak mengarut balik. Esok kan raya, mak aku pun dah mula sibuk kat dapur. Aku pun turut menyibuk walopon tak banyak keje dapat aku bereskan. Tak lulus! Tadi mak aku suruh kukus nasi himpit menggunakan pengukus, u know what, entah bengap ke ape ntah aku tak reti nak gune pengukus tu. HAHAHAHA! Malu sendirian aku disitu. :'D
Kemas rumah, tak banyak sangat nak kemas. Sebab rumah aku dah kemas. HAHA! Mak aku dah kemas siap-siap before aku balik bercuti lagi. Bilik aku pun dah clean and clear. Takde lagi dah bakul langsir yang besar gedabak menyemakkan tuh. Bakul tu serius asyik buat aku nak mengamuk je. Erghhh!
Oh! Tadi mak aku kate nak mop lantai. Tapi tak mula buat lagi. Eh die suruh aku ke? HAHA! Ape jenis anak dara la Nadia nih. Tunggu orang suruh baru nak buat. Yela, kalo orang tak suruh mane aku nak tau kena buat ape. Kadang-kadang bila aku tanya, nak suruh buat ape, disuruhnya buat benda-benda yang kurang berkaitan. Hilangla minat aku nak menolong cenggitu. EH! Jahatnye aku niii.. Huu.. Takpe takpe, aku tengah rajin, anytime je aku boleh hulur dan salurkan bantuan dari segi tenaga dan idea. Kalo part tenaga tu, insyaAllah keje berat boleh. Tapi, stamina aku kan dah kurang, aku mudah rasa semput sekarang ni. Sebab dah dekat dua bulan aku tak sport dan tak aktif benda yang paling aku aktif sebelum ni. Tapi ade cara lain lagi. Cuma, kaki aku macam biase la. Terasa lagi. Nak berlari boleh, sangat boleh. Tapi kena berhati-hati, if tersilap langkah boleh memudaratkan balik, perit dowh bila tissue kaki damaged. Perghhh.. Tak tido malam aku! Kesian tulang kering aku, dah berlekuk sampai sekarang. Haishh. Patutla dulu ade orang tu cakap, Nadia ni muka je lembut, kecik kecik, tapi bila dah beraksi die sangat agresif! Hope, kaki aku sihat je untuk menghadapi hari mendatang, esok kan nak raya. Kenalah kuat! Yes, Nadia kuat! Sorry ma, pergerakan aku agak terbatas, sometimes kaki aku bagi signal, die taknak aku jalan lelaju sebab die sakit. And disebabkan itu aku buat keje slow slow, tak berani nak gagahkan diri, nanti berisiko. Sorry ma!
Tengok tu aku mengarut lagi. Oh ye! Sedara mara aku pun dah ramai yang tiba di kampung aku belah mak di Kampung Mahligai. Ayah Chik, Andak Sue, Mok Lang, and selebihnya mungkin tiba hari ni. Ayah Chik dah nak bertunang. :') Dua Oktober nanti rombongan akan menuju ke KL. Tersenyum sendirian aku mendengar dan melihat die nak bertunang. Hepi komain lagi! Siap declare tahun ni tahun terakhir berhari raya sebagai orang bujang. Hope bakal permaisuri die tu sporting. Boleh aku manja-manja ngan Ayah Chik lagi. HAHA!
Andak Sue plak dah dapat baby baru. Ahmad Syahmi Irsyad dah ade adik. Walaupun die masih dipanggil adik, tapi die tetap ade adik. Newborn tu bernama Ahmad Irham. Comell..! Sangat comel. Sebijik macam Irsyad baby dulu. Baru berapa bulan ek? Umo die 3 bulan kalau tak silap. Bak kata makcik aku, muka Irham ni muka fotostat ngan Irsyad. HAHA! Betul. Sangat betul. Tapi Ahmad Irham ni sangat manja. Asyik nak orang dukung je.
Semalam aku tido umah tok ayah aku di Melor. Saje je tido situ, nak buat kek sama-sama dengan makcik aku. Kebetulan Andak Sue pun dah sampai kampung, die pun nak keluar pegi beli kasut Syahmi Irsyad. Die tinggalkan Ahmad Irham kepada aku. What? Perghh.. Dapat merasa jadi mama jap. Sume orang pelik sebab selalunya die suke merengek. Tapi bila aku letak die di riba aku die tak merengek pun! Die macam nak bermain-main. Nak suruh orang tegur die. Mungkin die selesa dengan 'mama' baru die ni. HAHA! Agak lama die diam tak merengek. Memang sume suspen gak, apsal Irham tak nangis tak merengek ea. Seronok je die duk atas riba. Aku plak sibuk tengok movie.
Aku biarkan Irham diatas riba, bermain bersama abangnya, Ahmad Syafiq Irfan. Tak lame kemudian, Ahmad Irham mula merengek. Bila aku tengok jam, oh!! dah sejam Irham disini. Maybe die ngantuk or lapar susu. Aku bawak die jalan-jalan dalam rumah, bagi minum susu yang Andak Sue tinggalkan dalam botol tadi. And, Ahmad Irham berhenti merengek! Haish budak ni mengada nak suruh orang bawak die jalan-jalan. Kak Ya penat tau! Finally, die tertido dalam pangkuan aku. Comell... I whispered, bila laa aku nak dapat baby sendiri. Kazen aku, Abe Yat cakap, dah ade tokoh dah aku ni. HAHA! Bengong. Abe Yat tu memang bengong. Tak habis-habis. Die boring mengusik aku, die pegi usik adik pompuan aku plak. Sampai merajuk-rajuk budak tu ha. Haish. Jahat betul Abe Yat nih. Agak-agak r der nak usik budak. Nangis kang tak pepasal aku gak nak kena pujuk adik aku yang dah besa gedabak form 1 tuh. And, nak tau tak, Abe Yat setibanya die dirumah tok ayah, die tengok aku, die cakap "Ya koho slim la loni" Wehuuu..!! Aku slimmm..! Tersengih Andak Sue tengok aku buat-buat blur. Ekekeke.. No la, nampak slim maybe disebabkan oleh baju and seluar yang aku pakai kot. Baju seluar muat-muat ngan badan, memang la die boleh cakap slim. HEHEHEHE... Cuba aku pakai tshirt biase, nampak la ketembaman aku nih, dah baju besar.
Lagi, aku tergelak besar bila ade Ahmad Fazari Aqlan. Aqlan anak Mok Lang, die balik kampung dengan Ayah Chik sebab Mok Lang balik lewat skit. Suara Aqlan dah pecah! Dah jadi garau! Memang aku bahan die habis-habis rr. Setahun yang lepas die siap telanjang lagi depan aku. Bila dah bersunat nih, suara pun dah jadi macam cengkerik! HAHA. Kelakar la. Sakit tekak aku nak gelak tengok bebudak nih. Happy kot. Sangat happy bila satu family berkumpul. Ni tak habis lagi ni, baru suku yang balik kampung. Almaklumlah adik beradik mak aku 14 orang kot! 3 belum kawen and yang lain sume dah beranak pinak. Ramai gilerr cucu Haji Ismail. Aku buat kira-kira, menghitung kazen aku sebelah mak aku, sekarang dah cecah 60 orang kau tahu?!!! Perghhh ramai siot.
Ramai kanak-kanak ribena. Yang besar-besar tak berapa ramai sangat sebab yang paling tua, Abe Yat. Die cucu sulung, umo die bape ntah. 24 or 25 camtu la. And yang bongsu Ahmad Irham ni la. Bulan Januari tahun depan, Mak Uda plak dapat baby baru! Sekarang tengah berbadan dua. Haihhh.. Ramai ramai ramai ramai. Nasib baik la umah aku ni ruang mencukupi nak tampung anak beranak yang ramai macam nih. Everytime raya for sure dorang akan datang. And guess what?? Rumah aku meriah! Bising! Huru hara! HAHAHA. Aku suka!
Dah terlampau panjang entry nih. Tapi aku tak puas bercerita lagi. HAHA. Takpe takpe, aku bercerita lain kali plak. Dah lenguh jari ni ha. Sehingga berjumpa lagi. :)
Nota Kaki : Raya tahun ni walaupun kurang terasa bahangnya, tapi aku tetap gembira dengan hadirnya insan baru, Ahmad Irhan dan aku suka tengok satu keluarga gathering ramai-ramai. Sayang korang semua!
4 comments:
senanye aku tanak ngomen,tp tpakse ngomen sebab aku ase nk ngomen and aku ghase entry ni besh.bapak ramai gilerr kaum kerabat ko.ta ajak si dye dtg beraya kt umah ke?tade la jaoh mane pown perak klante.keh3
anonymous :
tu ahh..belah mak aku ramai giler.sakit pale gak kalo mlyn yg nakal.
hehehe..cm kilang jual ank.
kumpul rmai2 cmtu. :D
si die tu sape?
amoii amoi amoiii..
sempat lg tu . perak klate mmg la x jauh.
tp aku tade calon perak. wink2! ;)
alah guraw je macik !kalu ad pown pe salahnye enn.camat aghi ghaye ! maap zahir n batin n sume2 lah yg aku wt salah ngn ko kayh
hahaha..betul3! tak salah pn. :'D
samat ari raye gak. maap zahir batin
Post a Comment