FOLLOWERS

Wednesday, September 22, 2010

Entry kerinduan teramat !

Salam.

Apa khabar sayangs sekalian? Mudah-mudahan sayangs sekalian sentiasa sihat dan sentiasa berada di dalam rahmatNya. Bagi sayangs Cik Nadia yang UPSR hari ni, selamat menduduki peperiksaan ye sayangs sekalian. Do your best ! Baru-baru ni Cik Nadia baru perasan, student mak Cik Nadia ada follow JOL. Thank you sayang ! Selamat berUPSR. Kalo taktau jawapan, sila ke tandas. Mana la tau kot kot ade cikgu mahupun mak Cik Nadia sendiri tengah buang air ke, boleh la tanya jawapan. Don't worry, mak Cik Nadia tak kemana-mana kerana beliau S/U peperiksaan, harus stay kat sekolah jaga data murid. (upsr dulu aku penah pegi tandas then terjumpa dengan cikgu, ape laaagi terus tanya jawapan. HAHA!)

*_* tengok pipi Meknor blako !! Kembung bung bung supo roti pau. Siye laa ko adik aku koho gumup.. =p

 Hari ni hari Selasa, sekaligus aku mengisytiharkan, aku dah homesick ! (T_T). Tiba di Muadzam 'bandar dalam taman' ni pagi Isnin, time tu konon dah tekad, aku taknak homesick dah. Ape yang jadi? Tup tup tup bertahan satu hari je kot, sume tekad tu hancur musnah ! Semalam komain awal lagi aku off lampu, off laptop, tarik selimut, pejam mata. Golek punya golek 3 jam derrr tak lena lena pown ! Dah nak mula homesick la tu ! Korang pun kalo homesick, simptom utama die, tak lena tido sebab asyik teringat kat umah je kan? Baik korang mengaku je la, lelaki mahupun pompuan. Same je. Kawan aku, lelaki, katanya dua hari sekali call Umi die. Homesick la tu kan? Takleh berenggang, rindu semacam. Aku pown same rrr !! =( Semalam nak tido macam nak nangis. HAHA ! Rindu abah, rindu ma. Rasa nak balik. 

 
(^_^)

Pagi ni aku call abah. Aku cakap aku rindu die. HEHEHE. Abah aku comel giler ! Bila aku call mula la die nak buat laporan khas. Rabbit dah bagi makan la, die tengah lapar la, die timbang berat badan die turun naik la. Macam-macam ! Tu yang bertambah rindu aku tu ! Nak call mak aku plak, macam tak best call time die tengah buat keje, nanti ganggu. Nanti die cakap gopoh gopoh, tak best ! Aku nak cakap lama-lama, nak mengarut panjang-panjang and nak ajak mak aku mengumpat ! Yes, nak lepas geram yang terpendam sejak dua menjak nih. Mak aku je sudi dengar, segala perkataan tak sopan aku nak lepas geram, aku berani luah depan mak aku je, sebab die sangat cool ! Pastu die pown start bebel. "kecek apo lagu tu tuh, tok juruh langsung, tok pade nga umo 20..." Blablablaaa.. Erkkkk.. Malu. HAHA ! Pastu die tembak aku balik. Serve me right ! Malu jap..

Dah, panjang je cerita rindu. Rindu ma abah, rindu nak usik Faris dengan rabbit (die sorang je yang geli ngan rabbit, bukan setakat rabbit je, binatang lain pown same!  Gelak melampau der tengok budak nih takut rabbit. HAHAHA..), rindu nak membuli Bunny (suruh pegi kedai beli barang, suruh ambik barang, suruh ambik air, pendek kata adik aku yang ni sangat patuh cuma die kejam sikit je, suka menyakitkan anggota badan aku dengan sengaja, suka tarik rambut aku, suka tekan-tekan hidung aku bila aku tertidur atas sofa kat luar, dah jadi macam habit die wat jahat kat orang macam tu, tapi aku syg die!  ^^,), rindu nak lancarkan perang dengan adik bongsu aku, Enor (sejak masing-masing dah besar ni, aku selalu menang. Yeyyy ! Kalo gaduh, aku cool je, tapi die merajuk sakan sebab kena marah ngan abah. Yeyyy!)


dio ni lekat tebiat pakai cekok rambut doh. hahaha.. supo ponde aku tengok. ^^,

faris meneruskan perjuangan. HAHA.

Rindu nak mengarah adik pompuan aku buat itu ini walopon die kadang-kadang bising aku asyik suruh die je. Tapi bila dah besar ni, semakin rajin adik pompuan aku nih. Ok, kaklong kemas meja makan, awok basuh pinggan. Ngeh3.. Kemas meja paling senang. Basuh pinggan tak best, basah. Ok, kaklong kemas lantai, awok sapu sampah. Kemas mengemas paling senang. Ok, kaklong kasi makan rabbit, awok basuh alas najis die. Hahaha. Yang ni jahat sikit, die cakap kalo busuk-busuk suruh aku sume rrr !! Marah die. Hehehe. Ok, kaklong jaga rabbit ni time dorang tengah main-main, tapi awok tangkap dorang nanti nak masukkan dalam sangkar balik, die lari laju, kena kejar.

HAHA! Pandai tak aku membuli adik? Tapi tu la, rindu je rase nak buat sume tuh. Even mak aku cakap aku dengan adik pompuan aku tuh macam cats and dog, tapi aku tak kesah. Aku kan kakak.. Dengar la kata aku ! Sebenarnya, kat situ la banyak tercipta memori. Bayangkan if adik beradik suramm je. Terlampau baik, terlampau sopan sesama sendiri, boring kan? Umah aku akan riuh kalo aku dengan adik pompuan aku tu asyik bertekak je, si Bunny mengusik sana sini sampai aku terjerit-jerit, and  aku penah nangis kot sebab die usik aku dengan belalang, si Faris buat perangai tak senonoh macam orang terencat akal tuh. HAHAHA. Memang rindu gilerr suasana tuh. Tambah-tambah lagi mak ayah aku pun lebih kurang je kesengalan dorang. Mane tak tumpah kuah kalo ke nasik kan? Masing-masing takmo kalah derr. Mulut, takyah cakap. Aku laju, adik aku laaagi laju (suka menjerit meraung macam orang gile) HAHA.

Kerinduan yang teramat dengan mereka ni sume. Balik cuti raya tak jumpa langsung dengan mereka mereka nih. Baik Che Na mahupun Che Ma (bestfriend mak aku). Tak hang out sesama, tak raya bersama. Bila mak aku ke rumah dorang nak beraya, aku plak yang ade program lain ngan member-member, dah janji, berdosa plak kalo tak buat. Aku takut dosa wei. =.=' Che Na tu duk main misscall aku ape kes. Rindu la tewww. HAHA. 

 
ibu-ibu bersahabat, anak-anak pun jadi rapat. =) Budak-budak ni sume sebaya, cuma ibu-ibu je berbeza umo. Hehehehe... And aku, sebagai baby sitter mereka. *_*


Pendek kata, aku rindu dengan sume orang yang rapat dan terdekat dengan aku. Sorry ma abah, kaklong degil and tak dengar kata and malas and tok juruh. Sorry Miera tak sempat makan donashi sama-sama and buat cupcakes sama-sama. =.= Sorry Yati tak sempat memboros sama-sama and minum air nyior segar tepi pantai. Sorry Che tak sempat bawak Che gi KB jalan-jalan mengepom duit Che. Hehehehe. Sorry adik-adik kaklong memang jahat. Nasib la korang ade kakak macam ni. Sorry kawan-kawan sepanjang perjumpaan, aku kurang melayan or aku terlebih melayan or aku tak sopan or aku terlebih sopan. Sorry jiran, tak beraya umah korang. Sorry rabbit tak bawak korang main lama-lama sebab korang nakal sangat, penat kaklong nak jaga. Sorry Seli, sebab tak pegi open house psscm kelantan. Sorry geng Warna Seni sebab tak pegi open house di rumah Kak Miza. Sorry kepada sume yang berada di Kelantan, yang mana aku tercicir nak beraya ke rumah korang, tak sempat bersalaman. :)

 tanpa dorang, takleh hiduplah aku kat Universiti Tenaga Nasional tuh.


Nota Kaki : Orang lain menghitung hari nak final exam, tapi aku menghitung hari nak cabut daripada Uniten 1 November nanti. Yeah ! Ayah Chik menghitung hari nak bertunang, aku plak menghitung tahun nak bertunang. :D Tak salahkan?

2 comments:

Jie(",)v said...

menghitung tahun bertunang tu ai laikk..haha..

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

hehehehe..
cik jie gak, laikk laluh dio bab2 tunang nih. =p
cik jie kito bilo nk tunang? :D