Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk readers JOL (Chun Yue, thanks for viewing my blog.) Munculnya entry ni bersempena bulan Ramadhan yang sudah berada di penghujungnya. Macam mana keadaan anda sekalian? Puasa ada baik ka? HAHA! Tahniah adik kepada Chun Yue, nak tiru Muslim punya pasal, die tak makan or dalam erti kata lain berpuasa 3 days non stop. (kalo dia terbuat benda yg membatalkan puasa tu paham-paham je lah..tak larat aku nak explain. HEHE!) Tapi muka selenge jek adik Chun Yue, penat puasa. Tapi gagah jugak tu nak habiskan sampai Maghrib. Perghhh.. Bagus! Tapi katanya dah tak larat sebab 3 hari bagi dia dah lama sangat-sangat sampaikan tak dapat nak merasa lauk mummy dorang masak selama 3 hari tu. HEHE! 3 hari jauh bezanya dengan 30 hari.
Ok, sedar tak sedar memang dah nak berlalu dah bulan Ramadhan yang penuh berkat ni kan. Puasa pun dah ada yang tertinggal (upsss...terkantoi sudahhh), baju raya pun aku bantai 4,5 pasang. Kaler baju raya pun aku suka! Adehh.. Abaikan la baju kaler pink nanti, pakai tetap pakai, sweet tetap sweet, memang aku kena berubah jadi sweet dah lepas ni, sebabbbbb.. jeng jeng jeng... rahsia!! HAHAHA!
Dua tiga hari sebelum ni, kesabaran aku sangat tercabar dowh. Nak cakap pasal kesabaran ni memang tak habis, tapi di bulan Ramadhan macam ni elok katanya orang kalo bersabar. Tapi kadang-kadang terbabas gak kesabaran aku. First, aku tak sabar nak habis exam, paper Microeconomics hari Jumaat lepas. Memang malas nak pulun study. Orang cakap sabar la, nanti abis la exam tu. Aku sabar ke? Tak wei! Aku tak sabar, sebab kalo aku sabar aku study giler giler punye study. Tapi, disebabkan ketidaksabaran aku, study ciput je. Malas punya pasal. Pastu masuk exam aku tak reti nak allocate graph. Terbaekkkkk.. Si lelaki sebelah aku asyik jeling-jeling nak tiru. Sori brader, aku pun tak reti nak buat soalan tu.
Second, kesabaran aku teruji dah sampai tahap maksima dah! Kalo nak plot graph kesabaran aku ni, graph tu tak landai langsung dah! Dah jadi curam menjunam sebab last point die tersentuh dengan last number dimana kesabaran aku dah sampai ke kemuncak. Perghh nak cakap pasal graph, tapi tak tau pape. HAHA! Benci aku nak lukis graph. Jiwa memberontak derr tengok sorang demi sorang melangkah keluar dari kawasan penginapan Ilmiah, menuju ke main gate, menarik bagasi besar gedabak macam nak bercuti 5 tahun, menggalas bermacam-macam kaler beg, menunggu teksi datang, ambik dorang bawak pegi terminal bus dan naik bus dan 5-10 minit kemudian vroooommmm bus bergerak laju meninggalkan Muadzam Shah menuju ke destinasi yang tertera di cermin bus. DEMM! Aku nak balik jugak!
Rasa nak gigit semua pokok-pokok yang ada, nak ketuk-ketuk semua motor or motokar kat Ilmiah. Benciii korang balik awalllll... Budak batch aku terkandas di Muadzam, budak batch lain sudah bersantai di rumah bersama family. Aduhh.. Sampai hati betul lecturer buat kitorang macam ni, sengaja nak lewatkan cuti. Exam tu boleh diperawalkan, kenapa tak buat? Kesian kot! Makanya, budak batch aku and beberapa batch lain saje le yang tinggal di Muadzam nak tunggu exam hari Jumaat, sedangkan orang lain hari Khamis dah ada kat rumah and kitorang hari Sabtu baru lah boleh jejak kaki ke tanahair. Cis! Aku pulak ditinggalkan. Semua housemate aku dah balik, tinggal aku sorang-sorang kat rumah nak tunggu hari Sabtu. Nasib baik Wani ade, boleh temankan aku tido, kebetulan aku memang balik sama-sama ngan die pun. WAKAKA! Tenkiu Wani! Gosip kite malam tu terbaekkkk... Dah 3,4 jam kite berguling atas katil, mata tak lelap pun, mulut potpetpotpet bercerita. Wani best! And pagi Sabtu tu, mak aku kejut sebab bus aku kul 8 pagi. Yeyyyy!! Semangat nak balik. And sekarang aku dah berada di rumahhhhh.. ^^,
Nota Kaki : Hai orang disana, orang disini rindukan anda. Sumpah tak tipu. Nak cakap depan-depan malu la plak. HAHAHA! Orang disana take care, nak kemana-mana drive safely, ingatlah orang yang tersayang. Ngaaa~~ Nadia buang tebiat, abaikann!


5 comments:
at the end of the post,every post ko,mesti ade nota kaki en....and nota kaki uh mesti related to someone en....and someone uh mesti special gilerrr en....and aku tawu saper someone uh....kantoiii ar ko nadia....kikiki..aku dpt citerr,ko balik lambat sebab tade tket..and let say,if ko tade tiket lgsung,someone uh for sure amik cuti and amik ko,and hantar ko balik kg.kih3!tp dier sweet kowt!ko pulak howt.cantekkkkk~~
anonymous :
derr, ape ko mngarut nih?
blk lmbt sbb xde tiket tu absolutely right la, but 'someone' yg ko said tuh btl2 wujud ke?
dh check? dh psg spy?
cis! aku ade paparazzi rupenye.
hahaha..
aku pn nk say gak. let say, die mtk cuti n x boss x bg cuti, how?
nk suruh aku t'kontg knting di muadzam?
perghh..smpai hati ko biarkan aku.
die sweet aku howt?
derr tbalik kot! aku sweet die howt.
eh, die tu sape wei?
awal nye entry raya cik nadia sudha kuar. hehehehe
pape pon selamt hari raya kepada cik nadia..
tu la..awal2 bagus skit.
lpas ni berebut2 blogger lain hupdate.
nnt x sempt nk bace sbb byk sgt nk stalk entry raya org lain. heee~
slamat haru raya :)
haru la hari raye t ek cik nadia? :-P
Post a Comment