FOLLOWERS

Monday, September 27, 2010

Masih ada rindu..

gambar hiasan. nice kan?

Korang pernah tak rasa rindu nak buat sesuatu?
Ni bukan rindukan seseorang, tapi rindukan sesuatu.
Sesuatu tu banyak cabangnya.
Tak kiralah ape pun 'sesuatu' tu, tapi ade rindu.

Aku sekarang ni, rindu gilerrr nak buat benda tu.
Tapi aku macam tak terdaya..
Tipu la kalo cakap tak rindu.
Cuba korang berada di tempat aku.
Dah 'bercinta' dengan benda tu lama gilerr.
Tiba-tiba korang terpaksa tinggalkan die.
Kerana keadaan sangat memaksa..
Pastu korang tengok benda tu bahagia bersama orang lain.
Korang rasa sedih tak sebab korang abaikan die?
Nak menyesal? Huu.. Never regret. Sebab everything's happen for its reasons.


Aku sedih kot.
Kadang-kadang benda ni tak bermain di fikiran.
Tapi entah macam mane, gatal-gatal cari and tengok benda tu.
Jauh di lubuk hati aku berkata..

"rindunya aku kat 'dia'.. tak terluah dengan kata-kata.. aku jeles tengok 'dia' ada orang lain, ade orang baru.. ade kawan baru, melayan, bermesra, berkawan dengan 'dia'.. aku pun nak berkawan ngan 'dia' jugak..aku nak pulang ke pangkuan 'dia'.. tapi... aku tak terdaya.. aku dah penat dengan macam-macam karenah mencabar kesabaran aku.. berat sungguh ujian ni sampai aku terpaksa tinggalkan 'dia' untuk sementara.. untuk kebaikan bersama.. ye, sementara... dengan izin Allah, suatu hari nanti aku akan pulang ke pangkuan 'dia'.. semoga rasa cinta itu masih wujud di dalam diri untuk 'dia'.. dan semoga 'dia' juga bisa menerima aku kembali.. kerana aku tau, 'dia' sentiasa ada, menanti aku kembali kepadanya.. sungguh aku rindukan 'dia'.. Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang sentiasa menyuburkan rasa cinta dan sayang aku terhadap 'dia'... teringat kenangan indah aku bersama 'dia'.. suka duka, jatuh bangun aku bersama 'dia'.. tapi kini, aku hanya memerhatikan 'dia' dari jauh kerana aku pasti walau dimana pun aku berada, 'dia' tetap ada untuk aku, hanya takdir dan waktu Allah shj akan menentukan bisakah aku kembali kepadanya lagi..."


Nota Kaki : Bila aku ONLINE chat facebook je, berduyun-duyun manusia tak dikenali menegur, mintak kapel, mintak nombor fon, cakap aku sombong laa, kerek la. Aiiiii aiii aii.. Tu pun annoying jugak tuh ! Aku tampo kang. That's why la aku offline sampai ke sudah ! Entah pape. Orang macam tu memang tak lama nak kena block. Friend aku dah berkurang sebab aku dah remove manusia yang tak dikenali. Kalo aku ter'remove' kawan yang dikenali ke, silalah add kembali eh.. Aku dah cakap kan, nak tukar nama biar la nama yang dikenali. Add aku balik eh korang? HEHE..

No comments: