Assalamualaikum pembuka bicara. Menghilang seketika tanpa perkara untuk diperkata.
Jangan runsing jangan persoalkan, aku masih wujud di dunia blog. Cuma komitmen tak berapa padat. Pulang dari kelas ni ada laa jugak passion nak menulis. Itu pun lepas jumpa beberapa orang kawan tadi yang bertanya pasal adik lelaki aku yang terlibat dengan nahas jalanraya lewat tahun lalu.
Ramaiiii sangat orang bertanya ; "nadia, mcm mana keadaan adik ko sekarang?".. dah masuk setahun setengah tragedi tu berlalu. Banyak jugak aku dengar kata-kata daripada orang yang berpengalaman, kalau orang yang eksiden dan banyak sangat damage, sepatutnya ambik masa bertahun untuk pulih, masa tu Allah je tahu perasaan kitorang satu family. Entah harapannya macam mana..
Yang sedihnya, abah cakap dia dah bersedia kalau masa tu jugak Allah nak ambik dia. Masa tu adik aku kritikal, dalam icu potensinya hanya 50-50. Takut, risau, sedih. Menangis belakang pintu pun belakang pintu lah, janji aku tak menangis depan ahli keluarga yang lain. Semua kawan-kawan suruh aku kuat masa tu.. masa tu lah jugak aku nampak yg mana kawan tika susah duk contact tanya perkembangan, bagi kata-kata semangat.
Pernah sekali masa tu adik aku tak masuk OT lagi. Eksiden 15 Januari, terlantar di katil sampai 18 Januari tanpa ada apa-apa tindakan daripada doktor. Sedih! Adik aku demam panas tiba-tiba sebab kuman dah merebak. Paru-paru dia mengecut sebab ada tulang rusuk yang patah, tertusuk paru-paru. Tapi doktor tak buat apa-apa. Cuma balut luka dan bagi morfin. Adik aku hari-hari tanya bila nak masuk bilik bedah. Dia sakit, dah bosan tunggu. Sedih tengok dia meminta-minta untuk dibedah. Masa tu aku bengang jugak laa dengan servis hospital kerajaan ni. Hmmm.
Ada satu malam tu, aku dengan adik lelaki nombor dua yang berjaga kat hospital. Masa tu semua balik rumah. Tinggal kitorang berdua nak jaga yang sakit ni. Kalau diikutkan masa tu aku pun penat sebab dah dua hari aku tak tido. Masa kitorang tengah berjaga, adik lelaki yang sakit ni tido. Kitorang dua duk main handphone. Tiba-tiba mesin pulse rate tu mengeluarkan bunyi "teeeetttt". Kitorang berdua saling berpandangan dengan spontannya. Terkejut. Pucat lesi kalau ditoreh pun takde darah yang keluar. Pastu tengok signal, pulse rate takde, oksigen 0. Adik lelaki aku bergegas keluar panggil nurse. Nurse datang, dia pun cakap "ohh.. benda ni longgar, tak ketap kemas kat ibu jari dia.." Ya Allahhh.. Masa tu hanya tuhan aku je tahu apa perasaan. Huwaaa!! Rasa nak ketuk je mesin-mesin tu. Main-main pulak dia.
Hmm. Speechless. Terasa macam dugaan besar dalam keluarga yang pernah kami ada.
Masa tu birthday aku, kejadian tu berlaku pada 15 Januari 2012, dan pada 19 Januari tu adik aku baru selesai operation. Semua ada di icu. Maa datang bawak chocolate handmade sebagai hadiah, seorang kawan datang bawak sebiji kek kat hospital, si buah hati tiba-tiba balik klate dan muncul di hospital dengan mengejut walaupun dia sibuk dengan kelas dia kat KL tu, terharu! Cukuplah tiga tu sebagai kejutan harijadi disaat diri tengah bersedih. Dan hadiah paling bermakna bila operation selesai, dan doktor cakap kondisinya okay cuma perlu dipantau di ICU.
Dan yang membuat aku terharu, hari pertama adik aku masuk ICU (selepas operation), dia cari aku sebab nak wish birthday (nurse yang cerita). Sedihhhhh T_T Yelah, major operation. Tapi aku rasa dia tak sedar masa tu apa yang dia cakap sebab keadaan dia macam lalok. Risikonya masih 50-50. Dengan berkat doa dan sokongan kawan-kawan, ahli keluarga yg sanggup balik jauh-jauh untuk bagi semangat kat dia, ikhtiar ibu bapa, alhamdulillah 6 bulan je terlantar beliau dah boleh masuk belajar balik.
Sekarang boleh laa dikatakan fully recovered, dia pun dah sihat macam biasa. Rawatan-rawatan susulan dah off. :') ni lah nikmat Allah yg paling besar dlm keluarga kitorang.. Alhamdulillah..
RENTETAN PERISTIWA :
Nota Kaki : Terima kasih kepada kawan-kawan, ahli keluarga yang mendoakan kesihatan adik aku sehingga dia boleh sembuh seperti hari ini. Ramai jugak yang bagi ikhtiar untuk menyembuhkan adik aku. Terima kasih. Terima kasih. :')
Toodles!













No comments:
Post a Comment