Assalamualaikum.
CANTIKKKKK PUNYA KILLER PAPER
Tiga paper midterm dah berlalu dan daripada tiga paper yang dah diconteng ni, 100% aku yakin paper AMAB aku failed. Korang tau tak failed midterm tu macam mana? Failed la, below than 40 marks. Korang tau tak AMAB ni apa? Advanced Management Accounting. OMG kalau dulu aku tak suka subjek ekonomi, tapi sekarang subjek ekonomi sudah lama berlalu dan aku dah lepas kesemuanya dan untuk buat keberapa kalinya aku harus, bukan setakat harus der, tapi wajib menghadapi paper AMAB ataupun ramai yang dok sebut ini paper Costing. Costing pun Costing aaa yang penting subjek ni sangat membunuh lagi teruk daripada kes pembunuhan Altantuya. AMAB ni ngeri woii ! Huwaaa tak layak jadi MA.
Kalau aku jadi lecturer AMAB, time aku nak marking paper students, dan bila tibanya giliran seorang budak bernama Nurul Nadia Binti Faisal Shukri, bernombor ID ACO82***, berada di bawah section terbaik punya section 5BM, justeru aku akan berkata di dalam hati.. "budak ni salah course ni.. sepatutnya budak ni amik course introducing mathematics, bukan accounting.." You see? Aku buat formula sendiri lagi oiii ! Huwaa :(
Jadi, kepada junior(s) yang selalu skodeng mengendap mengintip mengintai blog ni expecially Shyafiq and ada tiga empat ketul lagi, please and please and please learn from the bottom. Masa foundation korang akan jumpa intoduction untuk subjek AMAB ni, nama subjek tu Introduction to Costing (tak sure korang kena enrolled semester berapa), lepas tu naik degree mungkin untuk 1st year or 2nd year korang akan rasa benda sama lagi, baby kepada AMAB 333. Dari situ, korang faham aaa betul-betul Costing ni. Dulu belajar FIFO LIFO WACO boleh aa nak berlagak sonang aihh buat bondo cenggini. Nanti bila dah masuk 3rd year macam aku sekarang, and you're currently taking AMAB 333, jangan ada yang nak bunuh diri plak. Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti, hadapilah dengan sabar. Huwaa lagi sekali aku rasa tak best bila sembang pasal AMAB. Perjalanan kita masih jauh oii. Aku tak rasa semester ni pengakhiran kepada AMAB. Sebab dia ada cicit lagi ! *pengsan*
KESEDARAN UNTUK BERUMAHTANGGA TELAH BERMULA
Masuk tahun tiga ni, semua students kena enrolled satu subjek baru dalam hidup mereka setelah empat tahun berkecimpung di dalam dunia accounting. Korang nak tau apa? Subjek ERT - Ekonomi Rumah Tangga. Sebab apa? Sebab... Cerita dia panjang sikit, so aku harap korang tak boring and tak terus pangkah window ni. Huu. Bila dah masuk tahun tiga, akan ada satu subjek baru dimana subjek ni bernama Auditing. Tau tak tau tak? Majoriti tau kot apa benda audit ni. Ok, sambung. Bila dah belajar sampai 9 chapter audit, mungkin semasa lecturer tengah pompang pompang kat depan bagi lecture akan ada students yang kat belakang menyimpan khayalan ataupun sedang berkhayal tentang masa depan mereka.
Jika sebelum ni, asyik dengar senior(s) cakap lebat pasal audit tapi dalam hati sendiri "oo audit..macam senang je keje die..". Rupa-rupanya aku dan yang lain-lain silap perhitungan. Bila dah belajar banyak tentang audit (walaupun 50% serapan ilmu tak berjaya), mesti terfikir, bila dah kawin nanti macam mana la kehidupan berumahtangga kitorang. Serious aku nak cakap ni, time kelas audit, budak-budak yang duk belakang, depan, tepi aku confirm ada yang tersebut pasal ni.
Aku pun tak sure satu berita ni, dengar cerita semua student Accounting kat Uniten boleh buat LI di audit firm SAHAJA. Ya ampun aku macam tak berapa nak rela sebab mind set aku, aku nak LI dekat bank sajo. Kenapa bank? Haa sebab staff-staff bank ni semua hensem. HAHAHA kalau kanda ada depan mata ni maunya masing-masing bertikam lidah nak mengusha taste masing-masing. Ohoo balas dendam ye. Ok fine, kita sama-sama cuci mata. Nak tengok perempuan cantik? Tengok la. :) Nak tengok lelaki kacak lagi tampan? Tengok la. :) Pokok pangkalnya, dalam hati hanya kau yang satu (tajuk lagu). Adil kan hidup kitorang? :p
Tengok aa, merapu lagi. Ok, berbalik kepada kehidupan tadi. Majoriti kata, hidup sebagai students accounting ni takde life. =.=' Exactly yes sebab sekarang pun dah ada sipi-sipi rasa takde life nak-nak lagi bila dalam seminggu ada 3 or 4 paper untuk dijawab. Leburrrrr. Pernah suatu hari, aku chatting dengan seorang senior zaman aku di SEMEKAM, satu aa nak cakap pasal dia, dia students mak aku dulu, sebab tu dia nak bagi ilmu and nasihat banyak kat aku. Hueh hueh. Actually, dia lagi lama daripada aku berkecimpung dalam dunia korporat yang penuh kurap ni. And, satu point dia yang aku ingat sampai hari ni, "dunia audit memang takde life, tapi when it's relate about kehidupan berjaya, please and hopefully you try berada dalam dunia audit.. Banyak faedah dan kita boleh guna ilmu tu untuk berkecimpung dalam dunia lain. At least, kita sudah pernah berada di dalam dunia yang lagi power berbanding dunia lagi.." Haa lebih kurang camtu lah bila orang-orang berjiwa korporat ni bercakap. Dunia tak dunia, dah macam nak transfer pergi dunia bunian pulak. Aku yang terpinga-pinga ni hanya mengiyakan sahaja. =.='
Sebab tu aku kata subjek Audit ni boleh dipanggil subjek ERT sebab majoriti akan mula memikirkan kehidupan berumatangga, macam mana nak corak kehidupan bila dah berkeluarga jikalau rezeki berada di dalam bidang ni, macam mana nak handle krisis dalam keluarga bila krisis di ofis kita takleh settle. Orang tengah belajar audit, kita pulak dok fikir benda lain. Faham tak faham tak? Ibaratnya camni laa, belajar audit ni menyedarkan kita tentang hala tuju masa depan. Haa camtu laa. Bukan nak kata audit ni ada chapter yang mengajar tentang keluarga. No! HAHAHA. Tapi pointnya, bersedialah dengan sebarang kemungkinan. =.='
Buat masa ni, berdasarkan pemerhatian aku, semakin ramai senior(s) aku berubah arah. Berada di dalam bidang yang tak berkaitan dengan zaman belajar. Bila dah habis belajar, baru aa masing-masing tahu betapa susahnya nak cari kerja kan? Serious. Senior yang excellent dalam accounting pun ramai yang join bank, padahal kat Uniten takde pun course banking. Apakah sebenarnya petunjuk yang mahu ditunjuk? Huwaaa :(
Nota Kaki : Nyawa-nyawa ikan lagi... OMG..
Toodles !

