FOLLOWERS

Tuesday, June 28, 2011

Pertama kali kenal korang..

Betapa bahagianya diri bila kelas yang sepatutnya mengambil masa dua jam, ditamatkan kurang daripada 45 minit. Best gilaa oiii. Lecturer pilihan aku aa kalau macam ni, semua agenda dia dalam kelas tersusun dan dia tak pernah cakap tak serupa bikin. Contohnya, minggu lepas dia cakap nak discuss soalan tutorial dua soalan, then bila tiba masanya, dia pulak bagi soalan tambahan ke, suruh buat apa-apa ke. Never ! She never do that. Kalau soalan tu mengambil masa setengah jam untuk dibincangkan, memang setengah jam aa kelas aku. Best kan ada lecturer macam tu? Very systematic. Thank you Madam. : )

On the way back from accounting class semalam, my housemate cakap "aku lapar kek ni weiii.. sape yang nak sambut harijadi dalam masa terdekat ni ek? nak suruh beli kek.." Hahaha. Camci laa kawan aku yang sorang ni. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. "Eh, esok 28 haribulan dowh, cukup tiga tahun kita belajar kat Uniten, cukup tiga tahun friendship kita.." Wah excited kemain lagi kann. Intan menyampuk, "Apa lagi, orang yang tengah kaya, yang baru masuk PTPTN kena belanja kek aaa, sempena anniversary kita.." : ) Ada baiknya jugak duit PTPTN member tu aku dah masuk, boleh laa belanja. Nak tunggu MARA kitorang bertiga, memang harapan laa, selagi tu tak tiba hari terakhir dalam setiap bulan, selagi tu dia takkan bagi nafkah. Haktui !


.....

Jangka masa 3 tahun ni lama sebenarnya walaupun tak berapa nak lama. Tapi cukup laa 3 tahun ni aku dapat kenal macam-macam perangai kawan, macam-macam jenis orang, macam-macam jenis budaya, macam-macam jenis makanan yang aku tak pernah rasa, macam-macam tempat aku dah pergi, sangat indah semuanya. : ) Semuanya bermula bila aku keluar dari kepompong dan jagaan keluarga, merantau di negeri orang yakni Negeri Pahang untuk melanjutkan pelajaran.




Masih segar di ingatan, hari pertama tiba di Muadzam Shah, apa yang disangka memang lah macam tak sangka. Sewaktu aku terima surat tawaran daripada UNITEN untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus Foundation in Accounting, tertera di atas surat tawaran tu bahawasanya kampus yang akan aku jejaki ni berada di BANDAR MUADZAM SHAH. Setibanya di 'bandar' yang tertaip rapi atas kertas tu, semua geleng kepala. Baik aku, mak aku, abah aku, adik perempuan aku, dan juga makcik aku. Bandar laa sangat. Sesat dalam hutan woii. Begitu terpencilnya Muadzam Shah ketika itu. Sungguh. Muadzam Shah tersangatlaa hulu. Hutan belantara di kiri dan kanan. Nak cari kedai makan pun susah. : (

First day tiba di Muadzam. Tengah nak cari tempat tinggal. Lama gilaa dowh gambar ni :D
 .....

Hari pertama di Muadzam Shah, aku dan family menginap di Desasiswa Harmoni. Kat situ aku dan family berkenalan dengan sorang budak perempuan dan keluarganya yang pada first impression aku, "fuhh lawanya dia.." Aku susah nak puji orang ni oii. Sila berterima kasih. Hehehe. Dari situ, aku dan dia berkawan rapat sehingga ke hari ini. Tiga tahun hidup bersama, menginap di dalam rumah yang sama.
On the way to kampus, 28 Jun 2008, nak jadi student universiti dah akuuu. =.='

Tiba hari pendaftaran bertarikh 28 Jun 2008, aku berpakaian putih bersih sebab makcik aku cakap nak daftar universiti kena pakai warna lembut-lembut sebab nak suruh nampak innocent. Siot. Aku ni brutal sangat ke? Hahahaha. Settle hari pendaftaran, aku ditempatkan di dalam sebuah rumah dimana aku akan bertemu dengan 3 orang lagi housemate. Roomate aku orang Kedah, dia mula menjadi roomate aku dari 28 Jun 2008 sehingga ke hari ini, 28 Jun 2011. See. Lama kan? 

Pada pandangan aku, majoriti students Uniten ni mula berpecah belah bila dah masuk degree pada tahun 2009. Semua mencari hala tuju dan mencari kawan yang dirasakan boleh ngam dengan dorang. Tapi, aku dah rasa terlebih ngam dengan roomate dan housemate aku dari 28 Jun 2008 ni, membuatkan kitorang berempat nekad untuk hidup bersama (cewah), susun jadual kelas sama-sama, booking apartment sama-sama dan buat apa-apa pun harus bersama. Lebih kurang camtu aa. Kalau tengok susunan jadual, memang tak lari jauh aku dan tiga orang member aku ni, and tak lari sikit pun. Semua sama. Sebab tu bila salah seorang daripada kitorang tak pergi kelas, dan tak cukup kuota 4, mesti ada yang bertanya, mana lagi sorang? Hehehe. Manis sungguh kalau nak ingat balik permulaan kehidupan di Uniten. : )

28 Jun adalah titik permulaan aku bergelar seorang pelajar, dengan menggunakan nombor ID AA80821 pada waktu itu. Settle semua pendaftaran, penginapan, family aku balik ke tempat penginapan mereka di Desasiswa Harmoni dan aku ditempatkan di Desasiswa Ilmiah untuk istirehat dan keesokannya dorang bergerak pulang ke Kelantan dan aku langsung tak sempat nak jumpa dorang sebab aku dah mula sibuk dengan minggu orientasi. Kalau orang tanya, kau tak nangis ke first time duduk berjauhan dengan family? Aku jawab camni "aku dah biasa camni sebab dulu aku sekolah berasrama, dah biasa berenggang dengan family, tapi kali ni rasa janggal sikit sebab berbeza negeri, family kat Kelantan, aku kat Pahang. Kalau aku menangis, jangan pelik, sebab korang pun akan nangis jugak." Hehehe..

.....

Innocent gilo muka budak umur 18 tahun nih. :D Orientation week.
.....

Minggu orientasi, tak payah cakap and tak payah tanya aaa, majoriti ada nightmare dengan minggu orientasi ni dan aku nak buat kesimpulan untuk ini, bahawasanya, perception aku terhadap fasilitator waktu tu tersangatlah teruk, kalau antara malaikat dan setan, aku kelaskan dorang dalam golongan setan. Astaga.. Tapi memang. Tugas pemimpin ni memang selalu dicaci dicemuh kan? Begitulah aku masa mula-mula bergelar pelajar universiti. Tapi lama kelamaan, aku mula mengenali siapa sebenarnya fasilitator aku, sungguh berbeza karakternya sewaktu menjalankan tugas dan selepas menjalankan tugas sebagai fasilitator minggu orientasi. Ternyata bad impression aku terhadap dorang tu sebenarnya salah. : )


 Hari ini, saat ini, aku masih lagi disini, menanti hari untuk bergelar graduan walaupun ada satu lagi batch accounting atas aku yang sedang menanti saat-saat terakhir mereka sebagai pelajar di universiti ni. Jangka masa 3 tahun ni cukup membuatkan aku sayang pada Muadzam Shah, sayang pada Uniten, sayang pada kawan-kawan dan sayang pada kenalan-kenalan yakni penduduk Muadzam yang tersangat laa sempoi dan peramah.

You know what, aku dan kawan-kawan aku sangat dikenali oleh penduduk Muadzam. Sebabnya? Entahlah, mungkin kitorang kuat merayau, kuat membeli belah di kedai runcit (haha), kuat mengisi minyak kereta di Petronas mahupun Shell, kuat melepak di depan 7e, kuat menayang muka di bank-bank dan pasar malam, kuat mengisi perut di kedai makan femes/tak femes dan sebagainya. : ) Orang Muadzam ni ada jugak yang anti dengan budak Uniten, tapi majoriti penduduk Muadzam ni sangat baik dan kitorang mengenali mereka ni sama macam mengenali kawan-kawan yang lain. Ada problem, takde hal.. Kabel banyak, boleh kawtim bila-bila masa. : )



Sepanjang 3 tahun ni jugaklah aku dah merasa bermacam-macam jenis perpisahan. Ceh. Bunyi macam thriller gila, 'perpisahan'. Perpisahan dalam konteks ni adalah melepaskan orang yang terdekat dengan kita. Means, senior-senior aku kat sini la. Dah nama pun tiga tahun duduk sini, dah banyak kali berpisah. Lepas sorang, sorang yang blah kan.. Sekarang ni diri sendiri pulak yang jadi senior. Rasa macam freshie lagi. Kahkahkah nak maintain muda punya pasal. Jangan panggil aku kakak sangat laaa, skema. : )

Together with Kak Suen : )
Together with Kak Mai. : )

Oh ini super senior ni, tak sempat kenal dalam kampus tapi kenal di luar kampus. Abg Ehsan. : )


.....

Macam melebih-lebih pulak gambar aku letak. Nanti orang tanya pulak, blog kau ni blog tayang muka ke? Taknak aku kena attack macam tu. Kesian tengok blogger lain asyik kena je. Apa entah salah dorang kan? Kalau korang taknak tengok, pangkah la der. Tak payah buat dosa banyak-banyak nak kutuk orang nak sound orang. Kalau berani, bak datang direct sound depan muka. Ada bran?

Muka dalam gambar semua orang yang sama. Korang boring? Korang ni tak rasa apa aku rasa, aku dah 3 tahun mengadap muka yang sama, aku LAAAGIIII boring. :D Peduli apa, boring tak boring, kena tengok jugak ! :p





Presenting :




Haa ini Balqis. : )
Dah. Penat buat entry ni, dengan internet camci, selesai jugak walaupun bollok pelik nah. Huahuahua. :D

 Nota Kaki : WAKTU memberi kita kesempatan untuk mengenali seseorang. WAKTU memberi kita peluang untuk menyayangi seseorang. WAKTU menyedarkan kita tentang hala tuju. WAKTU mematangkan diri kita. WAKTU memberi seribu kenangan. WAKTU membuatkan aku akan dan terus menyayangi kalian. : )


Toodles !