Hai, saya Nadia. Seorang perempuan yang tercabar terus kesabarannya di dalam kelas Advanced AIS siang tadi. Aku boleh sabar lagi sebenarnya, tapi kalau dah 3 lawan 1, gila kau jiwa aku meronta-ronta nak update blog jugak ! Alkisah dia lebih kurang macam ni la..
Semalam aku tidur tak awal tak lewat (sebelum pukul 5 tu kira awal la). Bangun pagi aku bersemangat. Semangat gila-gila nih sebab semalam kanda bagitau tarikh beliau akan start ijazah, bulan depan. Sebelum ni dia jugak beriya-iya takut orang tak terima la, takut banyak persaingan daripada budak lain masa interview la, apa-apa je dia merepek, tapi ada rezeki sambung jugak, aku la antara orang yang gembira. Haha. Terus bersemangat nak pergi kelas pagi tadi. Alhamdulillah... Tahniah alien hijau. :)
Kelas first pukul 10 pagi, Advanced MA, okay okay la, boleh fokus tapi tergelincir jugak sikit-sikit sebab takde notes, takde text book, yang ada depan mata aku adalah foolscap paper. Oh itu sudah cukup untuk membuatkan aku menguap beratus kali. =.=
On the way balik ke rumah, aku menguap tak berhenti. Adoii. Nak kata penat, tak. Nak kata mengantuk boleh laa. Tapi itu biasalah, aku tiap-tiap masa mengantuk. Haha =.=' Sampai aje di rumah ada gap dua jam sebelum kelas kedua, aku baring-baring dengan harapan kepala aku boleh rileks sekejap. Terlelap selama setengah jam lebih-lebih.
Nasib baik set alarm, kalau tak memang kelaut dah kelas Advanced AIS aku tadi. Masuk kelas, dengan perasaan yang tension jugak sebenarnya bila diingat balik, minggu lepas Madam kitorang merajuk. Sebab, kelas huru hara sebelum dia start mengajar. Madam ni sensitif gila, biasalah tu kan, student baru datang kelas, tarik kerusi, bersembang sikit-sikit, letak fail atas meja ketuk ketak sriupp sriupp bunyi kertas, tapi Madam merajuk sebab dia kata banyak distraction, and dia kata kitorang tak berminat nak belajar. Haish. Terus dia kemas barang dia (baru jee dia on OHP tapi dah off balik), and blah balik ofis dia. Kitorang terpinga-pinga. =.=' Tapi best jugak sebab takde kelas. Haha. Okay, ini cerita minggu lepas.
Advanced AIS minggu ni, Madam mood okay-okay saja tapi gerun jugak aku tengok style dia bertudung labuh warna putih dah macam telekung nak semayang, nampak macam pocong masa dia masuk kelas. Ya Allah ampunkanlah aku sebab fikir bukan-bukan dekat lecturer.. Muahaha. Lepas amik seat, aku tengok 3 orang budak perempuan depan aku tengah syok online dengan handphone sedangkan Madam tengah bagi lecture pasal audit apa benda entah kat depan (aku mengantuk so takleh fokus).
Nak dijadikan cerita, ketiga-tiganya tengah online blogger and dorang tengah update blog ! Ya Allah.. Meronta-ronta jiwa aku nak update jugak sebab macam dah lama tak update. Unpublished post dah banyak gila, bukan setakat membebel, info-info berguna tak berguna semua ada, tunggu nak publish je cuma aku malas. Adehh. =.=' Dengki sampai mati betul dengan budak 3 orang tadi. Aku ambik handphone, nak update jugaklah ! Baru je nak connecting dengan wireless kampus, tiba-tiba handphone mati. Ciss, habis bateri. Aku merajuk selama sejam.
Balik rumah, ada gap sejam sebelum kelas terakhir, Advanced FA. Kau tengok, dalam satu hari ada 3 kelas Advanced..!! Maunya aku tak pitam. Lepas balik kelas Advanced AIS, aku terus pengsan atas katil dengan laptop yang on tak off dari malam semalam lagi, dah macam-macam lagu duk menjerit-jerit tapi ada aku kesah sebab aku mengantuk baik aku tidur lantak lah nak bunyi lagu hindustan ke lagu tamil ke janji aku tidur kejap. Sempat tidur kejap je, kemudian roomate kejut untuk pergi kelas Advanced FA. Dengan muka sememeh, bangun laaa aku terhuyung hayang macam pompuan mabuk. =.='
Maka, pergilah kitorang berempat ke kelas dengan gelodak jiwa yang tak bergelora sebab semuanya mengantuk. Masuk kelas Advanced FA, Madam pulakk mengajar topik yang rata-rata teori. Cannot go oiiiii.. Lepas tu dia suruh buat tutorial, kena kira-kira pulak dahh. Otak aku cramp dol. Sekejap teori, sekejap kira-kira. Baik tak payah buat macam ni. Esok kena panggil nama suruh jawab soalan, haruslah tayang muka huduh ni sorang-sorang. Malam ni dah boleh start boo untuk diri sendiri sebab confirm esok macam kena panggil nama since Madam dah ingat nama aku. Ni ahh keburukan kalau lecturer ingat nama. Cis.
Eh, dah banyak eh aku merepek. Patutlah handphone asyik bunyi banyak kali, tak reply mesej member rupanya. Member aku memang semua bagus-bagus. Kalau aku tak reply satu mesej dorang, dorang akan hantar lagi mesej kedua sampai la aku reply "kau ni gelojoh la, sabar la sikit" baru lah dorang akan reply balik "hehehe".. Grr.. Hangin satu badan. Hantar seratus mesej pun sanggup, nak korek hint exam punya pasal, korang pun sanggup kan?????
Eh, dah banyak eh aku merepek. Patutlah handphone asyik bunyi banyak kali, tak reply mesej member rupanya. Member aku memang semua bagus-bagus. Kalau aku tak reply satu mesej dorang, dorang akan hantar lagi mesej kedua sampai la aku reply "kau ni gelojoh la, sabar la sikit" baru lah dorang akan reply balik "hehehe".. Grr.. Hangin satu badan. Hantar seratus mesej pun sanggup, nak korek hint exam punya pasal, korang pun sanggup kan?????
![]() |
| Exam punya pasal, topup RM50 pun sanggup. Janji kau bagi aku hint baik punyaaaaa~ Peace ! (^_^)v |
Nota Kaki : Aku dah tengok cite Nur Kasih TM masa kat KL hari tu..! Dah boleh berlagak. :p
Toodles !


2 comments:
ehhh , awk da balek ! yeay ! ;p
awk rindu sy eh? :)
sy pn rindu awk jugak. hehe
Post a Comment