Macam dah lama Muadzam tak dibasahi hujan. Eh, yeke? Ke aku yang tidur mati time hujan? :O Syukur alhamdulillah hujan hari ni, setelah panas beberapa hari. Panas gila dol~ Aku tidur malam pun berpeluh-peluh, panas la tu. Nak-nak lagi bila ada rambut. Aku terfikir aa jugak, orang yang botak kepala ni mesti best kan time tidur? Sejuk je kepala dia. :D
I love to smell the rain that pouring down. Bau hujan ni special tau, sangat. : )
The first drop of rain, the sound of roaring thunder (aku trauma), the sweet scent of the earth and the cool breeze that accompanies it... Korang ingat tak tentang monsoon season? Wahhh semua tersenyum bila ingat musim boh ni kan. : ) Seronok. Tambah-tambah lagi bila revise balik childhood memories tak pun memori yang dah berlalu, kejadian yang pernah berlaku dalam hidup.. :')
![]() |
| memori ketika hujan. memori yang tak pernah hilang. |
![]() |
| memori main hujan, memancing dalam hujan, makan kek dalam hujan.. :| |
Orang kata, monsoon season ni dikenali sebagai the season of love, the innumerous songs based on rains, all speak of our love for the rains. Oh boleh dikatakan betul la kot, sebab masa musim hujan tahun lepas, itu musim cinta berputik (dituju kepada diri sendiri). Sekaligus apa yang dikatakan oleh Esha Chatterjee ni betul. Patutlah hati sejuk semacam, jiwa damai, musim hujan rupanya. Kat Malaysia ni berapa kali setahun monsoon season ni ek? Ya ampunn tolonglah aku, dulu tak minat Geografi, memang aa taktau. :O
Kebanyakan orang, mesti ada special sentiments ataupun emotions attached with the rains. Kan kan kan? Tengok.. Power betul hujan, besar sungguh kuasa Allah. Salah satu favourite aku and mungkin jadi habit sampai sekarang, during a rainy day aku suka berdiri tepi tingkap yang terbuka luas, with the cool breeze, ohh best gila angin sejuk menyentuh muka. : )
Kalau kecik-kecik dulu, mak ayah mesti marah kalau nak main hujan. Tapi, kita main jugak! Selalu pulak tu. Lepas tu demam? Oh tidakk. Kalau setakat mandi hujan, aku jarang demam, taktau kenapa. :O Kadang-kadang kalau kita tengah berjalan on the streets, baru balik dari kelas ke, jalan-jalan kat town ke, kita boleh tengok orang lari bertempiaran nak cari shelter sebab taknak getting wet in the rain. Rugi tau.. Aku pulak kalau macam tu, jarang sangat aa nak lari-lari cari tempat berteduh, alang-alang dah basah sikit, biar laa basah semua. :O sebab aku sukaaa sangat welcoming the rain dengan hati yang terbuka dan senyuman yang lebarrrrrrr : ) Sebab, bagi aku, hujan ni adalah satu miracle of nature. Hujan turun tanpa disangka, tanpa dipinta. Itu mitos aku zaman kecik dulu aa, sekarang dah besar dah tau kenapa hujan turun, dah belajar Sains kannnn. :p
Happy Sunday to Unitenians. Esok Isnin sudah. Oh, esok kelas gila punya membunuh kan? 3 kelas advanced sajo. *pengsan* Memandangkan esok Isnin, nak puasa lah. : ) Abah kata bila kita puasa, kita boleh elak daripada perasaan marah. Means, kesabaran kita tinggi. Akhir-akhir ni kesabaran banyak tercabar, elok jugak puasa. Dapat pahala + jiwa pun tenang. : )
P/S : Orang yang tak sukakan hujan boleh dikatakan sebagai seorang yang tak pernah berdiri di tengah-tengah hujan dan tak pernah mendongak ke langit sambil merasai setiap titisan hujan yang jatuh ke muka, sebab tu lah dia tak rasa nikmatnya dibasahi hujan. Aku suka hujan. SANGAT. : )
Nota Kaki : Kenapa hujan selalu turun bila kita tengah susah hati? Korang tak pernah rasa? Aku selalu kena dengan situasi macam ni. SELALU. Adoiiii~~
Toodles !



