FOLLOWERS

Thursday, February 10, 2011

Teringat skandal lama.

Siapa tak pernah jadi stalker sila angkat tangan ! Sila sila sila. Aku nak bagi duit lima puluh sen sebagai ganjaran. Lima puluh sen dah cukup nak beli mamee dua bungkus. Sebelum pergi kelas AIS aku singgah Tunas Manja. Usha-usha pekerja bangla kat situ. Dalam duk usha mamat bangla, terpandang pulak mata lelaki hensem duk usha aku. Ambik kau. Budak tu hensem, sumpah tak tipu. Kalau aku single, aku dah say hi dekat dia. Gedik kan? Kalau tak gedik, bukan Nadia lah namanya. 

Sebelum ke kelas AIS jam 5 petang, sempat lagi makan waffles coklat butter. Sedap tak terkira. Bila nak masuk kelas, sempat sambar air mineral sejuk dalam peti ais. Dengan gaya berlagak minum air sambil berjalan menuju ke kereta. Ye ye ye, aku tau itu tak senonoh tapi nak buat macam mana. Air mineral kosong tu membangkitkan nafsu lapar aku. Nampak macam best je. Teguk sampai habis sebotol. 

Balik kelas AIS lebih kurang jam 6.30 petang, masuk rumah, sempat lagi sambar biskut Tiger dua tiga keping. Ye ye ye, aku tengah lapar, jangankan biskut Tiger, biskut Harimau pun aku boleh makan. Eh, bukan sama ke nama biskut tu? Tak tak tak, tak sama. Adik bongsu aku kata, biskut Tiger jantina dia jantan, biskut Harimau jantina dia betina. Aku pun taktau kenapa adik aku cakap macam ni. Ni mesti kes ajaran sesat Ayah Pin tersebar masa dia sedang meningkat dewasa. Kesian, mempengaruhi minda kanak-kanak. Macam terencat pun ada adik perempuan aku, nak melawak tak reti langsung. HAHAHA gelak paksa. =.='

Perut kosong berkeroncong, lapar nasik okay ! Sementara nak tunggu jam 8 malam, kesian perut kena bersabar. Lapar ye? Sabar ye cacing-cacing peliharaan sekalian. Mummy puasa jap. Kul 8 malam kita makan dekat foodcourt ye. 

Tiba-tiba aku baru teringat nak reply mesej seorang senior ni. "nak memancing kat tasik mana? tasik kampus ikan tak makan cacing, ikan makan katak. dulu masa kitorang lepak sambil memancing tepi tasik, saya dengar abang-abang ni bercerita, katak-katak tu mereka beli di Bera. tapi elok jugak kalau pergi tangkap katak dalam bilik awak tu. sebab katak tu gedik bajet putera katak haktui haktui.." Tu dia panjang berjela mesej aku reply. Katak dalam bilik yang dimaksudkan tu roomate dia lah. Ada ke patut dia kata aku comel macam nak gigit-gigit je pipi aku macam gigit marshmallow? Kalau dia menipu aku comel pun aku tak kisah sebab time tu aku baru tersedar dekat pipi aku ada kesan aiskrim coklat yang aku makan dekat Tunas Manja 5 minit sebelum terserempak dengan dia dekat parking kereta. Damn !

Nota Kaki : Ibu boyot bila nak pecah perut? Kakak comel nak tengok adik cacing yang keluar. HAHAHA. Excited nak mati tunggu kelahiran baby sulung si jejaka tampan dan si cantik rupawan.


Toodles !

6 comments:

Jie(",)v said...

ya..!
apo kaite tajuk nge entry?hahaha

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

kaitan dio ---> oghe hok mesej tny nok beli katok mano tu ah skandal lamo. kah3..

SyahmiFikri said...

wah2.. neway u mmg comel jer beb!!

hey sah2 malu hee..

Kimaizura said...

follow awk.. :)

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

syahmifikri :
haha..terima kasih !! :)
of coz malu, rasa nak pakai topeng batman je skrg nih. hahaha

Cik Nadia (。◕‿◕。) said...

kimaizura :
sy follow awk jugak. ;)
thanks for dropping by here.