FOLLOWERS

Thursday, February 17, 2011

Jatuh longkang lagi bagus.

Perut berkeroncong lapar dipujuk dengan menuju ke Restoran Jentayu.

Cik Nadia : Bang, nak chicken chop 3, lamb chop 1.
Abang J : Chicken chop dengan chicken grill je yang ada. Lamb chop takde.
Cik Nadia : Okay, nak chicken grill 4 eh. Bungkus.

Abang J terpaku lama sambil merenung muka aku. Apa, aku cakap bahasa arab ke sampai dia macam tak faham? Ataupun, permintaan aku tu macam melampau, 4 chicken grill?

Cik Nadia : Ehem ! Nak chicken grill 4 bungkus bang.
Abang J : Oh, okay. Chicken grill 4 eh..

Aku ingatkan aku tersalah cakap. Mungkin dia pelik tengok mata aku kot. Tapi takde laa pelik mana. Aku pakai contact lens grey hari ni, bukan merah.

Tiba-tiba rasa macam nak gelak sampai tersembur depan kaunter tu sebab teringat akan satu peristiwa di Restoran Wawa tahun lepas ;

Abang waiter : Nak order apa dik?
Kitorang : Nak chicken chop.
Abang waiter : Okay, nak yang grill ke panggang?

Lepas siap order semua, abang waiter tu blah. Kitorang macam ternganga sendirian. Nak kata lampik, tak. Nak kata tak belajar, menipu sangatlah takkan aku taktau bahawasanya grill dan panggang tu benda yang sama. Last-last aku bagitau kawan-kawan aku yang duduk semeja ;

Cik Nadia : Weh, bukan ke grill dengan panggang tu benda yang sama? Apa abang tu merepek hah?

KAHKAHKAHKAH. Nak terburai usus perut kawan-kawan aku bantai gelak. Ye, mungkin abang waiter tu tersilap kot. Sepatutnya dia tanya nak yang grill or fried. Pekerja baru kot. :)

Oh ya, kejadian di Restoran Jentayu petang tadi tak habis lagi. Aku tarik kerusi di meja makan, aku duduk sambil mengadap jalanraya sementara menunggu order tu siap. Termenung sendirian mungkin, rindukan si dia yang jauh dimata. Tiba-tiba ;

Abang D : Adik manissssss...

Aku berdiri dan pergi ke kaunter bayaran sambil keluarkan duit nak bayar.

Abang D : Sabar eh dik.. (dia suruh aku sabar sambil tangan dia tunjuk kepada seorang budak kecik belakang aku nak datang ambik order yang dah siap..) Chicken grill tak siap lagi dik.
Cik Nadia : Oh, okay..

Sepuluh minit selepas order aku tu siap semua, aku bayar dan masuk kereta. Aku pun mula nak bercerita. Sebelum tu aku menjerit dulu. Arghhhhhhhh MALU GILA BABI LA WEHHH.. Potpetpotpet aku cerita dekat kawan -kawan aku dalam kereta dengan gaya dan nada yang menunjukkan aku betul-betul rasa tertekan.

Sekali lagi, mereka ketawa berdekah-dekah, dan aku hanya tutup muka dengan tissue menahan malu dan rasa taktau nak sorok dekat mana muka ni.

Aku taknak dah jadi orang perasan. Aku ingatkan "adik manis" yang Abang D panggil tu aku dowh ! Sebab aku sorang je customer yang ada time tu. Dari mana laa muncul budak kecik yang memalukan aku tu. Eeeeeiii... Pekerja-pekerja dalam restoran tu tersenyum tengok aku. Malu gila rasa macam nak lari pecut 100 meter tinggalkan chicken grill yang tak siap, naik kereta dan terus blah dari bandar Muadzam ni. Taknak datang sini lagi dah.. =.=' Kenapa mesti dia panggil budak kecik tu adik manis padahal aku lagi manis kot. :p

Nota Kaki : Gaji awak tu, kami yang bayar tau ! KAMI BAYAR. (bengang dengan sesetengah orang yang makan gaji tapi berlagak, dia anaktirikan kitorang) Huh.. Takde kitorang ni, takde la pendapatan dia tuh. Takpun, pendapatan kurang.


Toodles !

1 comment:

Jie(",)v said...

kah kah kah.. *guling2*
nynyo la be chicken grill wt g2 demo ya....
kah kah kah... *glepa dudey2 sapa netey*